Assalamualaikum....
Last week cikgu sekolah tadika Firas buat program outing ke The Carnivall Water Park, kat Sungai Petani Kedah. Program ni sempena meraikan kemenangan 18 orang budak tadika masa Hari Potensi Tabika Kemas Tahun 2012. So, Firas antara yang menang masa tu. Wah, seronok sangat lah!. Mang kami sebenarnya nak bawak anak-anak pi tapi asik tak berkesempatan je. Dah kebetulan cikgu Firas buat program ni, apalagi aku ngan hubby pun sakanlah nak pi, siap amik cuti lagi sebab nak memeriahkan program ni. Ahaks!. Kire ni kali kedua kitaorang pi, dulu kami pi masa mula-mula The Carnival ni bukak, masa tu Firas baru setahun lebih kot. Lama dah kan.... tak pi.
Kitaorang semua sampai kat The Carnivall pukul 1.30 petang, pas abis sekolah tadika. Aktiviti ni sampai kul 6 petang. Hah! amik kau, mandilah sepuasnya!.
Tiket masuk hanya RM 12, sempena promosi tuk "School Outing". Kitaorang pun bayar harga yang sama. Ok, gak kan. Mang ramai pun budak-budak sekolah buat program tu. Masa kitaorang sampai tu diaorang dah nak beransur, so tak ramai sangatlah. Agak seronok lah. Tak sesak sangat.
Petang sket baru ramai famili mai bawak anak-anak diaorang. Majoriti aku tengok adalah orang luar berdasarkan loghat diaorang yang aku dengar. Mungkin diaorang bercutila tu... kanke dekat ngan Resort Cinta Sayang.
Masa dah masuk kat dalam air ni, firas dah tak ingat dunia dah. Terlalu seronok. Pulak tu main ngan kawan-kawan sekolah...tak ingat dah mak ayah dia.
Cuma yang adik je takut nak masuk kat dalam air. Bila aku dukung masuk sekali, konon bagi kaki dia jejak air tu...ermm, ilang terus rase takut tu. Makin seronok pulak. Tapi aku ngan hubby kene monitor gak, tak bagi dia join sangat ngan abang dia. Adik kan pendek lagi, kalau dia terjatuh mang tenggelam gaklah kepala dia tu. Ntah berapa kali air masuk kat idung. Yelah dia nak ikut berenang cam abang dia, mana bley. Dia kecik. Last-last berenang ala-ala itik berjalan tu. Jadilah!.
Nak tau sikecik ni kutip pe?
Daun bunga kemboja yang jatuh kat dalam air. Hihi..sebab takde benda yang dia bley main. Kitaorang pun lupa nak bawak pelampung ngan bola. Ada je semua tu kat umah. Dah sampai baru ingat, ermm..hampeh tul!
Area kul 5.00 petang, aku suh budak-budak ni naik sebab dah ujan renyai-renyai. Takut ujan makin lebat pulak. Tu pun takmo naik lagi, jenuh pakse, kate ujan dah turun. So, terus tukar baju budak-budak ni. Dua-dua dah menggigil, tangan pun dah kecut.
Malam tu firas bagitau kat aku "ibu, lain kali kita pi mandi lagi tau.... firas suka main air". Hai, tak puas lagi kot. InsyaAllah, nanti kita pi lagi ye. Tapi kena pi time bukan cuti sekolah baru besh, sebab tak sesak sangat dan bley main air dengan tenang.
10 comments:
seronoknyer KA tgk!
Bukan Firas aje suka main air Tie... kalau dah nama kanak-kanak main air dalam bilik air pun suka apa lagi dekat water park macam ini...
amboi..kan main ..bestnyer berendam sampai tak mo naik ekss..
memang dok tunggu ada blogger yg byat review tentang waterpark ni. nak tengok mana yg lebih best. bkt merah ke kat sini. hehehe.. thanks ya.
bkt merah selalu pi dah. dok aim kat sini la . tapi tak de jodoh tuk terjah lagi nih..
Myra tak pernah kesini lagi :)
Happy la diorang dapat kesini ;)
seronok ni main air..:)
salam sis haryati
Peqhhh....enjoy sakan
seronoknyer budak2 kalau main air. mmg xnak balik lar kan...
bestnya... sy pnh lalu je.. msk blm lagi.. hihii
seronoknya.budak2 mmg suka main air.
Post a Comment