.:: Sahabat Blog ::.

Monday, December 31, 2012

.: Daftar Darjah 1 :.

Assalamualaikum...

Semalam hantar Firas tuk Pendaftaran Darjah Satu bagi Tahun 2013. Alhamdulillah, Firas dapat sekolah kat Sekolah Kebangsaan Tikam Batu, Sungai Petani. Dekat sket ngan umah tok mie dia dan dekat jugak ngan tempat keje hubby. 

Taklimat pendaftaran bermula pada pukul 9.00pagi. Kitaorang sampai sekolah tu area pukul 8.00pagi. Awal lah sangat, ye lah...takut susah nak parking. Dah tentu-tentu ramai orang yang mai tuk daftar anak sekolah darjah satu kan.

Area pukul 10.30pagi cikgu benarkan semua murid masuk kelas yang dah ditetapkan tuk amik kupon buku teks. Firas dapat kelas 1 Setia. Adalah dua tiga orang kawan dia masa tadika tu sama kelas ngan dia. Tapi cikgu kata pas 3 minggu akan ada satu ujian untuk menetukan kelas yang sebenar.


Sementara hubby beratur nak amik kupon, aku lari sat pi sekolah tadika Firas, sebab nak amik sijil tadika dia. Masa singgah sat kat Petronas, mak mertua pulak call, tanya ada kat mana. Dia tanya nak mai umah ke tak?, sebab tab dia tak bley nak on. Jan tak tau ye, mak mertua aku pun dah ada tab. Ni gara-gara anak-anak aku yang meracun tok mie dia lah. Ari-ari dok ajar tok dia main game kat tab, lastly dia pun teringin nak beli sendiri. Hahahaha!.. Mak mertua moden lah katakan, sket ari lagi confirm ada facebook!.



Dah singgah umah tok mie dia, kalut pulak nak tukar baju sekolah. Dahlah aku tak bawak kasut spare sebab tak niat pun nak singgah. Dah tu balik lah ngan pakai kasut sekolah. Sib baik tak singgah mana-mana. Singgah sat pun sebab amik laptop, tu pun hubby yang kuar sorang-sorang sebab yang kecik pun dah terlentok. Bangun awal kan pagi tu... nak teman abang pi skola.



ok, sekian babai!


.: Alhamdulillah....Servis Laptop Dah :.

Assalamualaikum....

Elok dah my lappy!. Yeye!... Alhamdulillah... So, arini bley lah post entry hehehe... dan wat entry tuk minggu ni. Banyak sangat cerita yang tertangguh. Dan kebetulan pulak arini aku cuti. Nak abiskan cuti ujung tahun.



Aritu masa kejadian lappy ni jadi camnilah. Tak tau pasal pe kuar mak nenek ni dengan tiba-tiba. Padahal aku takde pun tekan apa-apa. Cume yang aku perasan, aku ada BW kat blog seseorang, pastu terus keluar benda ni. Masa tu pulak hubby takde kat umah, so aku tak tau nak buat apa... just shutdown laptop je.

Bila hubby balik aku citer balik kat hubby  pasal laptop ni. Hubby kata kena format lain, sebab tak bley buat pe, benda tu dan block semuanya termasuk wifi.


Kat STAR MAX TECHNOLOGY, Sungai Petani ni lah aku servis laptop tu, termasuk kali ni dah dua kali aku buat kat sini... so far ok lah. Cepat pun cepat. Servis pun bagus!.

Friday, December 28, 2012

.: Still Tak Bley Nak BW :.

Assalamualaikum...
 
Laptop tak ok lagi, baru nak pi servis weekend ni, so nampak gayanya weekend ni i tak bley lah nak BW kat blog korang ye...
Aritu bawak balik gak software dia dari ofis, tapi hubby kata amik masa nak install, camne?, Dia pulak tak dan nak buat, harap kat aku???,
Erm, sorilah mang tak tau apa pun pasal software2 ni.
Lastly, dia kata nantilah dia suh kedai buat.
 
Pastu hubby nak tukar pulak line internet, sebab yang biasa guna ni ada limit.
Kalau dah abis limit tu, internet jadi slow, kadang-kadang tak sampai ujung bulan dah slow.
Benci tau!.
Nak download macam-macam pun tak bley.
Harap-harap diri ini dapat bersabar ye!, walaupun sebenarnya tak sabar hahaha!.
Dahlah Isnin ni aku amik cuti, erm...agak bosan jugeks la... sebab takde internet...
 
 
 
p/s : Malam ni ada function jabatan. Tema adalah "Arabian Night".
Haha! Baju baru nak carik lunch our ni bley tak?????

Thursday, December 27, 2012

.: Loghat! :.

Assalamualaikum....

Ibu : "Sabo, ye Firas...ibu ada dua tangan je ni...nak buat keje"
Firas : "Ibu ni apa?. Dok "sabo, sabo....".
Ibu ni cakap bahasa orang mana?. Bukan "sabo" lah... "SABAQ"...."
Ibu : Hahaha! *pening!....


Dah ibu hang ni asal orang Selangor, confirm-confirmlah loghat lain ngan utara. Kadang-kadang cakap pun campur-campur. Bila call mak kat kampung, secara automatik loghat ibu hang jadi lain. Bila cakap ngan kawan-kawan pun loghat jadi lain, sebab majoriti kawan-kawan ibu adalah orang utara. So, masuk kandang lembu kene "Mengemmmbuuu..." (betul ke?). Masuk kandang kambing kene "Mengembeeekkk...".
 
 
 
 

Wednesday, December 26, 2012

.: Tips : Didik Anak :.

Assalamualaikum...

Masa on the way nak pi keje tadi dengarlah radio Sinarfm. Ada satu pemanggil perempuan tu bagitau yang anak lelaki dia tak berapa nak ngam ngan suami dia (ayah).
 
So, Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah jawap : Mungkin masa mengandungkan anak tu si ibu tu ada rasa terkecik ati ngan suami, dan dia bagitau lagi, cepat-cepatlah buat solat taubat, In Shaa Allah, dengan kuasa Allah anak tu akan cepat berubah.
 
Lagi satu dia pesan mang dah lumrah anak lelaki mang akan rapat ngan ibu, berbanding ayah. Manakala anak perempuan pulak anak rapat ngan ayah. Anak lelaki akan lebih dengar cakap ibu dia, so kalau anak tu agak nakal sket, masa bagi nasihat tu peluklah anak...sebab bila ibu peluk anak secara automatik hati anak akan lembut, hati anak akan cair.
 
Erm, dari apa yang aku dengar tadi, bagus jugak apa yang Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah tu bagitau, dan In Shaa Allah aku akan praktikkan supaya anak-anak aku akan menjadi anak yang terbaik.. Amin...
 
Itu je yang aku dengar dan itu jelah yang aku bley share ngan korang.  Ok, Wassalam!
 
 
 
 

Tuesday, December 25, 2012

.: Mood : Frust... :.

Assalamualaikum...

Sedih sebab tak bley nak post entry ngan BW kat umah. Laptop kesayangan dah kena jangkitan virus...waaa! sedih baru je nak buat entry autopublish tuk minggu ni. Ermm.. kene tunggu laptop ni ok la nampaknya. La ni pun dok terkial-kial nak post entry guna hanset, tapi still tak sama cam laptop...lambat sket nak tulis..so harap-harap hati ni dapat bersabar ye...
ok tu je yg aku nk bgtau... klu ada masa bley gak jejak blog korang time lunch our ok..bye!

Monday, December 24, 2012

.: Bukit Merah LakeTown Resort! :.

Assalamualaikum....

Sori la, lambat sangat post entry tuk weekend ni. Bizi sangat. Arini still cuti lagi sebab, agak malas nak pi keje hihi..takdelah sampai camtu. Cuti ada balance lagi so, apa salahnya amik cuti kan?, lagi pulak sok kan cuti krismas.


Kemana kita?. Bukit Merah LakeTown Resort, Taiping Perak!. Ofis aku buat Family Day kat situ so, dapatlah pi dengan percuma!. Beshnye!. Tahun lepas tak dapat nak pi mana sebab tak sempat, hanya buat kat Traders Hotel je. Tak syok kan?. 

Bila aku bagitau anak-anak yang 22hb nak pi mandi manda kat Bukit Merah. Seronok sakan lah diorang. Asik dok kira hari je. Warna tema tuk Family Day ni adalah "MERAH". Takyahlah aku bersusah payah nak beli baju, sebab mang banyak baju kaler merah. Yeye!


Ni bekalan baju ngan makanan tuk kami sekeluarga. Bila dah mandi, perut akan lapar so, kene standby makanan cam roti dan makanan ringan. Dalam program mang ada minum pagi, makan tengahari n minum petang. Tapi aku tetap standby gak, manatau kadang-kadang tekak anak-anak aku ni lain macam sket. Yela, dibuatnya angin dia takmo makan.


Setiap family diwajibkan membawa satu hadiah tuk acara bertukar-tukar hadiah. Nak tau hadiah aku dapat kat sape?. Hahaha, dapat kat Pengarah korang tau!. Alamak!. Takpe la....nak buat camne.


Perjalanan kitaorang bermula pada pukul 6.30pagi sebab nak kena sampai kat Bukit Merah, pukul 8.30 pagi. Keja aku pada aritu adalah tuk jaga bahagian pendaftaran. Mang dan confirm-confirm kene mai awai. Orang dah bagi tanggungjawab, kita kene bertanggungjawablah kan?.





Alhamdulillah, kami sampai kat Bukit Merah pukul 8.15pagi. Memang BUKAN JANJI MELAYU lah kan?.  Kalau JANJI MELAYU, kata pukul 8.30pagi, pukul 9.00pagi baru nampak batang idung. HIHIHI....
Masa sampai tu orang pun tak ramai lagi. Ada tu adalah tapi bukan group kitaorang lah. Mungkin diaorang nak booking tempat tuk letak barang dan mandi manda.

Bukit Merah boleh masuk pukul 10.00 pagi, so kena tunggu sampai semua mai baru bley masuk sekali. Agak berejam jugak la nak tunggu. Budak-budak ni dah dok tanya "ibu dah pukul berapa ni?, pukul 10 dah ke?". Aduiii...penat jugaklah aku nak menjawab soalan yang sama berkali-kali.


Bersama anak-anak yang tak sabar nak mandi.


Hubby ngan anak-anak...


Aku bersama hubby tersayang, hasil tangkapan gamba Firas!
Ok, gak bley diharap!.

Ini je gamba yang sempat aku ambik, sebab lepas tu mandi dah tak ingat donia. Sebenarnya ada acara sukan sket yang dikendalikan oleh pihak resort, gamba kalau ada nanti aku citer kat entry lain ok.

Kitaorang mang puas hati dapat mandi kat Bukit Merah!. Yang beshnye sebab FREE!. Hahaha!.Kalau bley cam nak pi lagi je. 

Kitaorang bertolak balik area pukul 3.00 petang, tu pun disebabkan budak-budak ni dah tak larat nak mandi dah, Fawwaz dah terlentok mengantuk. Pastu Firas dok tanya, nak pi mana pas ni?. Ibu takmo pi Zoo ke?. Alamak!. Nak pi Zoo pulak ke?.


Bersambung.......


Friday, December 21, 2012

.: Anak Yang Bijak :.

Assalamualaikum...

# Bunyi guruh kat langit....

Fawwaz : Bu.... nak jan pi kat kain..... (# nak hujan pi angkat kain - cakap masih pelat lagi).
Ibu : Alahai....sweetnya kamu wahai anak!... haha...bijak-bijak.

Teringat kot pgi tadi dia tolong ibu sidai kain. 
Kebetulan pulak mang niat dihati nak angkat kain kat jemuran, dah masuk asar pun. Mesti dah kering. Cuma dok tertangguh je. Bila bunyi je guruh baru kalut nak angkat kain...hihi..




.: Mini End Year Giveaway :.

Assalamualaikum....




Lama tak join GA ni. So, dah kebetulan di tag, maka terjoin la aku "Mini End Year Giveaway" by Nurul Farain. Jom join kengkawan! Ada hadiah besh tau!.



.: E.L :.

Assalamualaikum....

Syukur alhamdulillah coz Allah SWT masih memberi peluang untuk kita bernafas di hari Jumaat yang mulia ini. Masih diberi peluang untuk melihat, mendengar, bercakap, merasa.....alhamdulillah!

Ok, citer sebenarnya ialah arini aku E.L!. Tak larat yang amat, rasa cam seminggu tak rehat. Ntahlah, asal balik keje je jadi lembik. Masa on the way balik keje tak rasa. Semangat nak balik umah kot kan?. Ku gagahi jugak mendaki nak naik feri tuk balik seberang, penat wei!. Ari-ari pulak tu. Tapi nak buat camana rezeki aku kat Penang. Nak tak nak kene redha jugak. Tapi bila sampai je umah,  dan dan tu terus tak larat, mang tak buat apa pun. Pinggang pun lenguh-lenguh. Nasib baik lah hubbyku sangat-sangat memahami. Terima kasih sayang!.

Semalam pun Firas dok mengamuk lagi. Asal aku tegur sket je dia merajuk, payah sungguh. Dah dia buat salah aku tegurlah bukannya aku marah pun tapi, dia pulak yang lebih-lebih. Lastly aku biar je. Tak larat nak layan. Hubby pulak p main bowling kat Taman Sejati. Dok melalaklah dia sorang-sorang. Fawwaz tido dah. Lama jugak aku biarkan dia melalak... Kesian pulak, hihi... so, aku suh dia diam, masuk bilik, tido. Sebelum tido aku pesan kat dia. "Lain kali dengar cakap ibu, ibu bukan marah. Ibu cuma tegur je, napa takmo dengar cakap ibu. Susah sangat ke?". Dia angguk kepala. Faham la tu. Baca doa tido, terus tido!. Penat, sebab melalak punya lama.



Thursday, December 20, 2012

.: Pelik Jugak! :.

Assalamualaikum....

Aku tengok Firas sejak akhir-akhir ni cam lain macam je. Takkan sebab aku mengandungi dia jadi camtu?. Asik nak berkepit ngan aku je. Pastu asik sensitif je, tegur sket je dah nangis, sedih!. 

Sebelum ni takde pe pun, kalau kita tegur dia buat tak heran je. Tu yang kadang-kadang aku jadi hangin satu badan. Sekarang ni bila dia berubah peel, aku pun terikut sekali. Bley pulak aku nak pujuk-pujuk dia bila dia merajuk. Sebelum ni aku buat derk je, malas!, sebab bila kita pujuk makin menjadi pulak rengekan dia.

Alhamdulillah, dalam keadaan sekarang ni aku dapat mengawal emosi aku ngan anak-anak. Apa yang aku buat pujuk diaorang ngan cara yang elok. Tak bley kasar-kasar sebab nanti dia akan melawan balik. So, cakap lah elok-elok, mang dia akan termakan jugak ngan pujukan kita. Orang kata tak elok kan beremosi masa mengandungi ni. Kena hepi-hepi je.



peace!





Wednesday, December 19, 2012

.: # 52 : Wordless Wednesday :.

Assalamualaikum...




Bermulalah episod........ 40 Minggu Nan Indah!


Tuesday, December 18, 2012

.: Cheezy Wedges :.

Assalamualaikum....




Tiap kali pregnant aku tak tau pasal pe jadi gila ngan Cheezy Wedges KFC ni. Padahal biasa je, tapi tu la bila dapat makan tu...Ya Allah...nikmatnya.... mang feberet la. Pas abis pregnant takde apa pun. Aritu hubby pi KFC pun semata-mata nak beli yang ni je. Hihihi... Sebab asik dok terbayang-bayang je kesedapan Cheezy Wedges ni.... Terima kasih sayang sebab sentiasa memenuhi hajat isterimu ini. 




Monday, December 17, 2012

.: Santai Petang Bersama Anak-Anak :.

Assalamualaikum...

Semalan malas nak kuar berjalan-jalan. Hubby ajak gak pi CMart. Tapi takde mood nak berjalan. Gaji pulak minggu ni baru nak masuk. Paham-paham je la ye.... Pas abis iron baju keje semalam, ada masa tuk bersama anak-anak. Seronok melayan kerenah diaorang ni yang kadang-kadang melucukan dan menggembirakan. Lagi pulak si Fawwaz ni baru nak fasih cakap. 


Kalau orang tengok dia cam dah umur 4 tahun, sebab badan dia besar. Teringat aritu kakak ipar kata "ermm..tahun depan Fawwaz skola tadika la ye...?". Skola tadika pe nya, tahun depan baru nak masuk 3 tahun. Hahaha!. Sebab jarak dia ngan abang dia jauh, lebih kurang 4 tahun. Cakap pun baru nak fasih, kadang-kadang lucu jugak ngan bahasa dia.



Dua-dua tengah dok berangan nak beli mainan kat katalog tecso ni. Kalau bley nak beli semua mainan yang ada. Siap bagitau lagi, minggu depan ibu beli yang ni tau, pastu minggu lagi satu beli yang ni pulak tau... Habis kopak duit aku!. Asik dok beli mainan je....#pengsan!



Hanya mampu tunjuk kat ibu je lah, nak beli pun pikir dua, tiga kali. Kalau beli pandai jaga takpe, ni tak sampai sehari dah lingkup. Penat!. Baik beli yang RM5 ke, RM3 ke...baru puas ati kalau lingkup.





Sunday, December 16, 2012

: Lapar! :.

Assalamualaikum...

Perut sentiasa lapar,
Asik lapar je...,
Walaupun dah makan, still mulut ni nak makan benda yang ringan-ringan,
So, mang kene sentiasa ada stok makanan tuk kudap-kudapan kat umah.
Pagi-pagi dah standby masak nasi, goreng ikan dan masak tomyam, Hihihi... 
Tak yah nak tunggu makan tengahari dah,
Pagi-pagi dah ku balun nasi hihi...perut-perut...



Friday, December 14, 2012

.: Pesta Pulau Pinang 2012 :.

Assalamualaikum...



Sape yang dok area utara, pi dah ke Pesta Pulau Pinang?. Tahun ni cam takde mood pulak nak pi. Tak macam tahun-tahun lepas. Excited nak pi Pesta. 

Macam takde apa yang menarik je. Lebih kurang sama je cam tahun-tahun lepas. Salah satu sebab yang jadi takde mood adalah "parking" susah. Kena pi awal-awal, tu pun belum tentu gak dapat parking. Sebab tahun lepas pun jenuh hubby dok bergaduh ngan si tukang jaga parking tu. Ramai yang keluar tapi still tak bagi kete nak masuk parking. Hampeh sangat. 

Lastly bagi jugak sebab hubby dah sound, tau pulak takut. Kalau kata parking tu full mang orang tak pi parking la, tapi ni still bley masuk cuma takmo bagi masuk lagi. Pelik!. Tu yang cam lagi malas nak pi.

p/s: Apapun tak bley nak kate lah kot-kot last minute hubby aku pulak teringin nak pi. Camne? hihi...


.: Petua Sihat : Untuk Ibu Hamil :.

Assalamualaikum....

Nak share ngan korang antara petua sihat bagi ibu hamil ;
 
Hilangkan rasa loya
Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya-Allah rasa loya akan hilang.
 
Kulit anak bersih
Semasa mengandung, amalkan meminum air kelapa agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar daripada masalah ruam.
 
Inginkan anak berkulit cerah
Ibu hamil disarankan agar banyak makan sayur-sayuran berwarna hijau terutamanya sayur bayam jika inginkan anak berkulit cerah.
 
Atasi rekahan kulit semasa hamil
Agar kulit sekitar perut dan paha anda tidak merekah semasa hamil, sapukan dengan minyak zaitun setiap kali selepas mandi dan ketika hendak tidur.
 
Mudah bersalin
Ketika kandungan berusia 6 bulan, amalkan memakan satu sudu teh minyak kelapa yang dibuat sendiri sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setelah berusia sembilan bulan pula, amalkan pengambilan setiap hari.
 
sumber dari SINI
 
 
 

Thursday, December 13, 2012

.: Terima Kasih Nuffnang :.

Assalamualaikum...

Lama aku tak ucap terima kasih kat En. Nuffnang dan para pengiklan yang sudi singgah kat blog aku. Hihihi...lupelah sebab jumlah dia tak banyak sangat kahkahkah. Tak baik kau!. Itu pun dah kira bagus, ada sape-sape ke nak bagi duit free tu?.

Alhamdulillah syukur walaupun aku tak penah lagi dapat BE tapi setiap minggu ada jugak masuk walaupun sket. Untuk minggu lepas aku dapat RM 0.50 tuk kempen iklan Tourism Australia dan Maxis Roaming Peace..... Terima kasih ye sebab sudi singgah kat blog aku.



Wednesday, December 12, 2012

.: Ragam Anak-Anak :.

Assalamualaikum....




Main sorang-sorang sebab abang dia dah merajuk. Kene sound ngan ayah dia, sebab dok berebut nak main game. Padahal siang tu Firas dah puas main game dah, ngan tok mie, tok mie dia sekali main. Hahaha!. 

Adik pulak keje dok mengalah je, so malam adik pulaklah menguasai game tu hihi... tu pun si abang dah meraung, tak mo bagi adik dia main. Sebab abang nak simpan siap-siap dalam beg, nak main game ngan tok mie dia. Sayang betul ngan tok mie dia......ye...




.: 12.12.12 :.

Assalamualaikum....

Cantik tarikh arini kan?,
12.12.12,
Ada sape-sape buat majlis arini ke?,
Bertunang ke?, Akad Nikah ke?,
Besh tarikh ni, Senang nak ingat,
Ye lah, nak abadikan sesuatu yang istimewa bersama insan yang tersayang,
Hihihi....

Tapi bagi aku yang penting, setiap saat kita haruslah bersyukur kepadaNya, sebab masih diberi peluang untuk melihat dunia ni,  Masih boleh bernafas,
Masih boleh mendengar, masih boleh bercakap, masih boleh menggerakkan setiap anggota kita,
Alhamdulillah syukur, sangat-sangat.



p/s : serabut sket minggu ni sebab kata audit nak mai, tapi tak mai-mai pun....tak mai terus pun takpe lah! 



Tuesday, December 11, 2012

.: Makin Menjadi Pulak... :.

Assalamualaikum....

Firas lah, kan ke  mak mertua aku tido kat umah aku 2 malam. So, si abang ni...amboi...amboi... manja sangat ngan tok mie dia ni pasal pe?. Bila dilarang sket, terus buat muke sedih. Nangis!. Tukang pujuk dia, biasalah tok mie lah. Ada sekali aritu dia nak makan ais, hubby kata nantilah petang sket. Dan dan tu dia nangis sedih sebab ayah dia tak bagi makan aiskrim. Mak mertua pun bela..."takpelah bagilah makan, kot dia teringin..., nanti abis beli lain lah". Ermm.. naik lemak lah dak tu. Selalu kalau ayah dia kata "jangan....". Dia ikut dan tak merengek-rengek pun. Bila tok mie dia ada, jadi lain macam pulak ye..."manjanya dia...".
 
Tido malam pun, nak tido ngan tok mie. Nak teman tok mie dia kata. Takpela yang ni aku tak kisah sangat. Tapi yang buat aku hangat, manja terlebih sebab ada orang bela dia. Si adik dia tak pe, takde apapun.
 
Mungkin dari kecik tok mie dia jaga so, sayang tok mie tu dah sebati cam anak sendiri. Mang kalau hubby marah sebab dia buat salah pun tok mie dia bela dia. Bukan marah teruk mana pun. Tegur sket tu pun tak bley. Kalau kita tak tegur bila dia buat salah, dia takkan tau yang dia dah buat salah dan kene dibetulkan salah dia. Lain kali jan buat lagi dah. Tu je....
 
 
 
 

.: Jom Baca Novel #12 : Awak Suka Saya Tak? :.

Assalamualaikum...



Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.


Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha

Komen dari aku :

Citer dia mang besh, bila baca sket rase nak baca lagi dan lagi...kalau bley nak abiskan terus. Satu lagi citer dia bagus sebab diselitkan unsur-unsur keislaman, aurat wanita dan lelaki. Kata-kata renungan yang amat berguna dari penulis.


Monday, December 10, 2012

.: Malu... :.

Assalamualaikum....

Tak tau pasal pe aku nak malu....hihi.
Bila member opis kata "wei, aku baca dah blog hang...".
Tiba-tiba muka aku jadi lain macam..."uu..aaa....uuu...aaa....kuang...kuang...kuang...!".
Malunya....rase cam nak menyorok dalam kotak je...

Kalau korang nak baca, baca je la...takyah la bagitau aku.
Ishhh, tak tau nak kata pe...maluuuu...
Aku kan pemalu....
Sebab satu opis kot,
Kalau membe aku yang bukan satu opis takpe pulak,
Tak pun aku rase malu,

Camana pulak ngan korang semua?,
Malu cam aku tak, kalau member opis baca blog korang?,



Sunday, December 9, 2012

.: Hari Minggu Pun Sibuk...! :.

Assalamualaikum....

Kesibukan yang tak boleh nak dielakkan, sebab arini mak mertua nak mai tido kat umah. Esok umah mak mertua aku takde letrik, so sian pulak, dahlah dia yang mengasuh anak-anak aku. Hubby suh mak dia stay kat umah kitaorang lah.

Last weekend kan aku demam, hubby pulak outstation. Faham-faham jela umah jadi camana hahaha!. Lebih dari tongkang pecah. Mang tak larat sangat aku nak mengemas. Baju pun berbakul-bakul tak lipat. Dapur pun tak berkemas. 

So, semalam terpakse mengemas umah gak. Basuh baju, lipat baju, cuci toilet, kemas dapur. Petang pulak pi pasar malam beli barang-barang basah. Murah sket kalau beli kat pasar malam. Alhamdulillah, akhirnya kemas jugak umah aku hihi...




Friday, December 7, 2012

.: Kerahan Cuti Sekolah :.

Asslamualaikum....

Cuti sekolah, cuti sekolah jugeks!, tapi belajar tak boleh tinggal. Nanti masuk sekolah semuanya lupa. Dahlah kalau suh buat latihan liatnya yang amat. Buat sket je dah penatlah, nak tengok kartun lah... macam-macam alasanlah. 



So, apa yang aku buat nak bagi Firas seronok adalah..... Setiap kali dia dapat abiskan latihan tu aku akan bagi dia satu stiker transport. Siap beli note book lagi nak buh stiker tu. Ermm.. baru lah bersemangat sket nak buat latihan. 

Aritu dapat gak Firas abiskan latihan yang aku suh buat. Aku belikan dia buku latihan matematik, bahasa melayu, jawi ngan bahasa inggeris. So, setiap buku tu aku suh dia buat dua atau tiga muka surat. Dah siap aku akan check dan bagi BINTANG!. 


Harus beli jugak note book kat adik Fawwaz, dan bagi jugak stiker kat dia. Kalau tak buat camtu maunya dia meraung!. Berebut ngan abang dia. Anak dua orang biasalah, semuanya kene bagi sama rata. Hihihi...





Thursday, December 6, 2012

.: Pinky Awesome : Blog PinkUmmi :.

Assalamualaikum...

Nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Mimie @ Corat Coret PinkUmmi, coz sudi menghadiahkan aku keychain yang sangat comil!. Sebenarnya lama dah aku dapat keychain ni, cuma tak sempat nak upload n post dalam entry ni. Sowi ye Mimie!. 



Hadiah keychain ni sebab aku rajin komen kat blog Mimie ni. Hihihi...
Alhamdulillah rezeki....!



Wednesday, December 5, 2012

.: Siapa Siti Fatimah? :.

Assalamualaikum...


Teringin sangat nak mengenali empunya nama 'Siti Fatimah', rajin sangat dia komen kat blog aku, tapi aku tak bley nak cari sape dia sebab takde url blog dia bila aku klik kat nama tu....nak check satu-satu kat follower tu bley tahan gak la, hihihi.... tu pun kalau ada.



Seandainya Siti Fatimah baca entry ni, mintak tolong bagi url, nak sangat terjah blog awak pulak!. Ok, terima kasih!

.: # 51 : Wordless Wednesday :.

Assalamualaikum....




Tuesday, December 4, 2012

.: Sekitar Majlis Anugerah Inovasi 2012 :.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah berakhir sudah apa yang dinanti-nantikan selama ni. Fuuhhhh! lega rasenya. Selangi tak berlangsung selagi tu lah hati tak senang. Sebab dah jadi sebahagian dari AJK Hadiah. 

Majlis berlangsung pada 28 November 2012, bertempat di Bayview Beach Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang. Tahun ni Pulau Pinang jadi tuan rumah sebab tahun lepas kitaorang yang menang hadiah keseluruhan. Tahun ni menang jugak cuma tak banyak lah, menang 3 kategori je. Persaingan adalah sangat sengit. Apapun Alhamdulillah.

Pemenang keseluruhan tahun ni adalah Terengganu, so tahun depan ke Terengganu la pulakss!. Hahaha!.

Jom layan gamba sekitar Majlis Inovasi!


AJK Hadiah bergambar ngan KSU dan KP.


Inilah geng AJK Hadiah yang dah penat bertungkus-lumus siap kena maki hamun lagi hihi... biasalah, nakkan sesuatu yang perfect. Haha tabah jelah wahai hati.


Pas abis majlis, sementara nak mengemas mana yang patut dan menunggu tetamu keluar dari dewan.


Sebahagian dari warga jabatan.

Ok lah tu je! Babai!




Monday, December 3, 2012

.: Sepetang Di Sawah :.

Assalamualaikum...

Kesinambungan dari cerita balik kampung aritu. Entry yang belum sempat aku post, lama sangat duduk dalam draft hihi.... Besh kat kampung bila petang-petang angin sepoi-sepoi bahasa je, walaupun panas tapi bila ada angin hilang terus panas tu. 

So, aritu masa balik kampung, berkesempatanlah kitaorang jalan-jalan kat pinggir sawah mak aku. Baru pas musim menuai. Alhamdulillah syukur, rezeki mak aku musim ni ada lebih sket. 

Selama ni tak penah pun jalan sampai tali air kat belakang umah mak aku ni. Adalah dalam 5 minit berjalan kaki. Bley tahan gaklah.

Dulu tali air nilah tempat aku berkubang hihihi...besh...laju je air dia kalau penuh. Dulu masa kecik-kecik aku lebih rapat ngan adik laki aku yang dua orang ni, jarak umur antara kitaorang pun tak jauh selang dua tahun je. So, kebanyakan apa yang diaorang buat aku pun buat, apa yang diaorang main aku pun main gak. Itulah sebahagian kenangan manis aku masa kecik dulu.






Tali air ni takde air sebab baru pas menuai, akan ada air balik bila tiba musim menanam padi.




Saturday, December 1, 2012

.: Demam :.

Assalamualaikum....

Musim demam mai dah.... Aku pun dah terkena gak ni. Badan dah seram sejuk dari ari Jumaat pagi. Ingat nak EL, tapi memandangkan aku jaga kaunter ari tu terpakse mai jugak lah.

Pastu pagi tadi ingat takmo nak keluar tapi terpakse gak sebab barang-barang dapur semua dah abis. Hubby pulak takde, kene keje kat Batu Kawan. Ada Cubprix kat situ. So, bila pikir balik kesian kat anak-anak, terpakse gagahkan diri jugak, walaupun badan ni tak larat.

Kami p tesco je, itu je yang senang semua ada. Tempat parking pun tak panas. Beli mana yang penting je sebab aku nak cepat-cepat balik. Tak larat nak lama-lama kat tecso. 

Turun kat bawah tu pi beli KFC je, sebab aku takut tak dan nak masak makan tengahari. Dengan keadaan badan yang tak sihat, aku rase cam tak larat nak masak je. Mang tak larat pun....teringat bantal je....!




Friday, November 30, 2012

.: Layan Si Kecik! :.

Assalamualaikum...

Rindu kat dak kecik sorang ni...,
Hihi...takpe lain kali balik kampung mesti kene gomoi....Haha!


Mainan tuk dak Fadzil!




Si adik pun nak nenen kat dak kecik ni...


Pandai abang layan adik Fadzil main ye!,
Dah bley jaga adik ye pasni,
Senang hati ibu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: IkatanKu ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:: Muhammad Firas Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Fawwaz Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Hafiy Firdaus ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Labels

anak-anak famili tentang aku fawwaz Muhammad Hafiy Firdaus wordless wednesday Firas giveaway kerjaya ragam anak-anak jalan-jalan segmen blog mengandung hari raya blog memori terindah birthday blogwalking apa-apa je nuffnang perkembangan terkini Hafiy mutiara kata kursus novel renungan review blog churpchurp doa CPUV Nuffnang puasa 1st Giveaway jalan-jalan cari makan pemeriksaan ibu mengandung tip didik anak pulau pinang rumahku Contest GA Hadiah Menang anak yang cerdik demam campak ibu berpantang mak mertua perkembangan hafiy pertukaran petua Hadiah GA aksi anak balik kampung banding lakeside inn belajar membaca demam hari lahir info sihat makan-makan motivasi diri pemeriksaan anak di klinik solat tesco Mini GA anniversary artis bergaduh buat baju kurung cuti sekolah cuti-cuti melaka hadiah birthday hari inovasi header kami keywords kucing makanan masak-masak peperiksaan KPSL Gred N27 pregnant rezeki sahabat blog shopping raya tak sihat 6 Mei 2013 Cuti Umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bantuan Rakyat 1Malaysia Bersalin BonusLink Caesarean Carta Jantina Anak Lelaki atau Perempuan Carta Mengenai Jantina Anak Dan Usia Ibu Doa ketika bayi dalam kandungan Hanif Idrus Ibu dan bayi KFC Karya Seni Kawalan Komuniti Taman Kelahiran Normal MH370 Pengomen Setia Permohonan Bertukar Sekolah Perodua Kancil Potong Rambut Siti Nurhaliza Slot Zehra TV3 Tahun Baru Cina alat permainan anak lelaki anak perempuan annual dinner awal muharram baby berkatalah yang baik-baik kepada anak-anak blog ana suzana camana nak buat bila anak-anak bergaduh celoteh MJ doa akhir tahun doa awal tahun doa untuk anak-anak follower free diapers hari ibu hati hobi http://tengkubutang.blogspot.com i-city irma hasmie jamu lepas bersalin jamu ratus warisan plus jatuh jenis-jenis makanan semasa berpantang kaki novel kek karemel coklat moist kenduri kesyukuran keputusan peperiksaan KPSL Gred N27 tahun 2013 kesihatan khasiat buah kurma kpsl 27 lesen memandu lirik lagu luahan mak mengajar anak tidur sendiri persiapan hari raya rabun silau rezeki Allah pelbagai cara riadah petang sahabat sambutan hari merdeka samsung galaxy S2 sekolah sekolah baru sekolah darjah satu terima kasih tip cantik tip sihat top entry top post tupperware ulangtahun perkahwinan wayang 10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara 10 bulan 1000 posts 13 jam A380 33 minggu 8 bulan Aeril Zafrel Air Zam Zam Al- Fatihah Amalan Meminum Air Zam Zam Anuar Zain Awal BE BL1M BMI BORANG Permohonan BR1M 2014 BRIM 2.0 Bangunan MPSP Bayaran Hasil Beris Lake Vineyard Best Friend Forever Best Vacation Photo Beto Kusyairy Big Box Pizza Hut Bila Blogger Jadi Maid Blog Sepet Borang Permohonan BL1M Online Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Bukit Merah Laketown Resot CMart Sungai Petani COLA Camera360 Cerita Perodua Anda? Cheezy Wedges Cinta Jannah TV3 Cintai Isteri City of digital lights Doa memohon zuriat dan anak yang soleh Donut buatan sendiri Drama Cinta Jangan Pergi TV9 Electric Multifunction Pressure Cooker Evelyn Rose Fajar Pakeer Felinna GA IntaNBerliaN Gangnam Style HTC One V Hanya PadaMu Hubby Ikan sepat goreng Inilah Realiti Bukan Fantasi IntaNBerlian Internet tanpa had Istana Negara Jamuan Hari Raya KGT KSSR Kartun Upin Ipin Kenaikan Gaji Tahunan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Khasiat Air Zam Zam bagi Ibu yang Mengandung Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung Kuih Donut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Ladang Anggur Beris Majalah PaMa Mak Dara Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 MalaysianCubprix Maulidur Rasul Melur Jelita Menang Top komen Motor Cubprix Batu Kawan Muharram Mums n Kids Fair My Precious Iris Nabi Muhammad SAW Nelydia Senrose P1 PC Fair Pagi yang nyaman Panggil Aku Kiah Paul Walker Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Penjawat Awam Permohonan BR1M 2014 Permohonan BR1M 2014 secara online Persiapan Menyambut Bayi Baru Petua Mengandung Petua Mudah Mengandung Pilihanraya Pizza Hut Pizza roti Program 1Karisma Punca nafas berbunyi Putu Mayam Rumah P. Ramlee SKT tahun 2014 Sabahat Baik Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Senarai Semak Kelengkapan Bayi Baru Shopping online Sik SimplySiti Sinopsis Cinta Jannah Sinopsis drama Cinta Jangan Pergi Slot Akasia TV3 Spongebob Star Max Technology Tahun baru 2014 Terus Cintai Aku The Fast and The Furious The Wedding Breaker Top Komen Tugu Negara Upin Ipin Zati Mohd adrianna syaz aircond akar fatimah altimet amalan penambahan rezeki amalan ucap terima kasih amanda misbun anak anugerah Allah anak isap jari anak kembar anak pandai membaca anak rajin solat anak yang nakal anak yang soleh anonymous anugerah apa itu hernia apa itu ujian pap smear apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa berpantang arabian night arnab asingkan anak tidur dari ibu bapa autumnz awak suka saya tak? awi rafael ayat kursi badan tak selesa bagaimana nak mengajar erti tanggungjawab pada anak-anak bahagia baju printed bakul balck out bancaan bantuan sara hidup barangan elektrik barangan online basikal baru baskin robbins batuk beg beg duit belajar berpuasa beli barang secara online berbudi bahasa berkelah di Pantai berkelah di Pantai Batu Feringgi berkhatan berpantang sendiri bersangka baik dengan orang lain bertukar ke jabatan lain berurut selepas bersalin. biar lambat asalkan selamat bila anak-anak bertanya blocking colour blueberry cheese buah langsat buah manggis buang air besar bubur keladi budak yang cerdik buku merah buku prima bulan ramadhan burger burger yang simple cabaran candy crush saga cara berpantang cara mengatasi anak yang nakal cara-cara untuk free diaper cars cash out nuffnang cat jotun cat rumah ceeranoh.com cerdik cerita hari raya 2013 cerita kegemaran check nuffnang check up bulanan cheese cheese meleleh cheesekut cicak colour congratulation coolblog cuaca panas cucu perempuan cucuk 6 bulan cucuk untuk dua bulan cukur kepala cup cake cuti damansara intan demam kuning diapers dinner doa angin ahmar doa bahagia suami isteri doa ketika hendak bersalin doa ketika hujan doa menghindarkan diri dari sihir doa minum air zam zam doa pengikat kasih sayang suami isteri doktor dugaan durian crepe email entri entri blog ephyra fasha sandha bersanding free diaper frozen gadis pecinta pink game transport games ganjaran isteri memasak untuk suami dan anak-anak gastrik google analytics google chrome gunting rambut gusti hadiah hari guru hantu hari graduasi tabika kemas tahun 2012 hari pertama sekolah di tahun 2013 hari potensi tabika kemas parlimen sungai petani hati mudah terasa hati tak bahagia hello mr. perfect hernia hidung tersumbat? Fawwaz hikmah keluarga bahagia hisap jari homework http://atienstory.blogspot.com http://ayuinsyirah.blogspot.com http://botak-gambus.blogspot.com http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ http://herba-tihara.blogspot.com http://ihaveasweetsmile.blogspot.com http://mylovekasih.blogspot.com http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com http://normj1001.blogspot.com http://sayangkudinadania.blogspot.com/ http://staibaqhang.com http://summerkisseswinterrain.blogspot.com http://tengkubutang.blogspot.com/ http://www.google.com/analytics hubungan menantu dengan mak mertua hujan i-city snowalk ikatan yang rapat antara anak dan ibu iklan jawatan kosong impian dan harapan 2014 integriti internet isap jari istighfar jahit baju jahit kain langsir jeli jeli nona jimat cermat jimmy palikat jiran setaman johan kad ATM kad raya kalau aku kaya kalau memang harus bagitu kampung sungai raba kampungku kanser servik kapur kasut kartun frozen kasut sekolah kata-kata hikmah kebersihan vagina selepas bersalin keburukan bagi bayi yang hisap jari kedah kehamilan kek coklat kukus kek coklat strawberry kek keju oreo kek oren kelas mengaji kelebihan ephyra kelebihan istighfar keluarga iskandar kenangan kencing kotor dan kesannya pada wanita hamil keretaku kerja isteri kesan pegambilan jamu ratus warisan plus khasiat akar fatimah khasiat jamu kira berat badan ideal kiraan BMI kisah gigi klinik pakar kanak-kanak Harcharan Sungai Petani kreativiti anak-anak kuih dangai kuih koci kuih pak tunku kuning telur kurma baik semasa berpantang kurus langgar latihan legolang malaysia lirik Ketulusan Hati lirik lagu anak kampung lirik lagu kalau aku kaya loghat utara maal hijrah magic colour main-main majlis perpisahan mak mertua terbaik makanan berkhasiat ketika mengandung makanan berkhasiat semasa berpantang makanan kegemaran makanan pejal bagi bayi 6 bulan ke atas makku yang tersayang malu malware sms manjaku baby centre sungai petani masak di hari raya masak untuk suami masakan mak mee udang pulau sayak memanjat memey bertudung memilih makanan menang teka-teki menanti saat bersalin mengajar anak-anak belajar mengigau semasa tidur menguji minda anak-anak meniarap menjaga orang sakit menyusu anak merajuk merancang sendiri merangkak mercun merdeka mini contest minum air gula minum malam minyak minyak naik harga misteri surat Al- Fatihah monster inc monster university mood shopping motivasi muara hati muntah murai nabila biela nakal nasi ayam goreng nasi kerabu novel Sebenarnya Saya Isteri Dia nugget nurul akad nikah nurul dan eric deep office operation oreo better together oscar oasis panduan sendawakan bayi selepas menyusu panggilan emak pantai merdeka pap smear pawagam pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 pekembangan bayi di usia dua bulan pemandu kereta pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan malaysia pemilihan nama anak yang baik dalam islam pencerobohan di sabah pengalaman bersalin pengantin pening penyedut hingus penyusuan susu ibu peperiksaan akhir tahun peribadi perikemanusiaan periuk periuk pelbagai guna perkembanga terkini anak-anak perkembangan anak-anak perkembangan bayi perkembangan bayi 5 bulan perkembangan fetus 22 minggu perkembangan fetus 24 minggu perkembangan fetus 30 minggu perkembangan fetus 36 minggu perkembangan ketika mengandung perodua persiapan melahirkan anak persiapan sekolah personaliti anak kedua personaliti anak pertama pertama kali memandu kereta pertukaran tempat bertugas pesanan pesta pesta pulau pinang petua kulit bayi bersih petua mengetahui jantina anak petua selsema dan batuk pewangi baju pil perancang pondok-pondok posts power bank prego keju & herbs pretzels puasa ganti puding roti coklat punca bayi hisap jari punca hernia punca telinga berair puzzle quality time rambut rantai tangan resepi resepi cheesekut resepi kek coklat resepi kek oren resepi koktail buah resepi kuih inti sardin resepi nasi ayam goreng resepi puding roti resepi roti arab rezeki yang berkat ribut romper dan cloth diaper murah rosak roti roti arab sabah sahabat yang baik sakit di bahagian bawah abdomen ketika hamil sakit perut sakit telinga salam perpisahan salam takziah salindah saman traffik samsung sandiwara cinta sarang burung sardin satu barang satu ringgit sauce says sayur sayur tahan lama selamat hari raya selamat tahun baru 2014 selsema semasa berpantang senarai barisan kabinet persekutuan 2013 sendawakan bayi selepas menyusu service center samsung servis kereta servis laptop sesi persekolahan set manual breastpump autumnz shaklee shopping shopping online Hishop soalan mengenai kelahiran normal selepas caesarean softlan sos prego soya spageti status pertukaran super spontan surirumah susah nak tidur susu dutch lady 123 tahun baru 2012 tak boleh nak bukak blog sendiri taman perbandaran pulau pinang tambah rezeki tandas lelaki tandas perempuan tanggungjawab seorang isteri teka harga tekanan darah telefon telinga berair telur telur ayam telur ganjil temujanji dengan doktor tiada ubat batuk dan selsema untuk baby bawah setahun tidur sendiri tiga bulan tip asuh anak tip bila anak dah berusia 7 bulan ke atas tips anak tidur lena tips cairkan susu perahan tips gembira sepanjang hari tips kebersihan vagina tips mengurangkan sakit belakang tips untuk menangani adik-beradik yang bergaduh tiramisu tobasco tumbuh gigi tutorial letak button facebook tutorial scroll box untuk bloglist ubat batuk ubat selsema ujian minum air gula ujian pap smear village mall vita-lea shaklee walker wanita weekend wirid wanita hamil world children's day free screening og planes www.babycenter.com www.jpa.gov.my www.mialiana.com yes boss you drive you win youtube zaman sekolah zizan zoo bag zoo taiping and Night Safari