.:: Sahabat Blog ::.

Wednesday, May 22, 2013

.: Tips Cairkan Susu Perahan :.

Assalamualaikum....

Panduan kepada ibu yang memerah susu tuk baby. Tip yang boleh di 'share' dengan kawan-kawan, sebab sebelum ni pun aku tak penah buat. Bila tengok kawan-kawan dok buat camtu cam teringin pulak nak join nanti, In Shaa Allah....
 
Ok, apa yang perlu dibuat:
 
1. Sentiasa menggunakan susu yang paling awal diperah.
2. Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan.
3. Lalukan susu perahan beku di bawah aliran air paip untuk mencairkannya.
4. Bila sudah cair, rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja).
5. Untuk lebih mudah dan menjimatkan masa, gunakan pemanas botol elektrik yang kini banyak dijual dipasaran.
6. Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur kerana ia akan merosakkan hasiat susu ibu.
7. Jangan carikan susu beku dalam suhu bilik.
8. Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa satu jam (tidak boleh disimpan semula).
9. Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan. Goyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan lapisan lemak yang terpisah itu.
10. Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian dalam pergelangan tangan sebelum diberi kepada bayi.
11. Elakkan memanaskan susu di awal pagi dan memasukkan ke dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
12. Susu yang sudah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, jadi ibu kene pandai mengagak kuantiti yang diperlukan anak supaya susu perahan tidak membazir.
13. Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.
 
 
Tip Penyimpanan Susu Perahan
 
a. Di tempat kerja
 
Simpan susu perahan di bahagian sejuk peti ais, jangan dibekukkan (jika ada peti sejuk). Jika tiada, simpan sahaja dalam beg penyejuk susu ibu yang banyak terdapat di pasaran. Ia untuk memastikan kandungan antibodi terpelihara dari proses pembekuan.
 
b. Sampai di rumah
 
Simpan susu perahan dari tempat kerja semaksima yang boleh di bahagian sejuk (bukan dibekukan) untuk kegunaan pada keesokan hari. Simpan susu selebihnya di bahagian beku peti ais untuk stok seterusnya.
 
c. Seeloknya labelkan bekas perahan susu dengan nama bayi, tarikh dan masa pemerahan sebagai memudahkan anda menggunakan susu yang awal terlebih dahulu.
 
d. Tinggalkan sedikit ruang udara di dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku jika susu dibekukan.
 
e. Jangan lupa membersihkan dan mensteril semua bekas penyimpanan susu ibu termasuk aksesori pengepam.
 
 
 
Sekian, Wassalam...
 
 
sumber : pama
 

 

Tuesday, May 21, 2013

.: Rindunya nak BW :.

Assalamualaikum...
 
Rindunya nak terjah blog korang,
Berapa ari tak jenguk,
Tapi masa tu cam takde sangat, banyak sangat keje yang perlu diselesaikan,
Macam tak cukup tangan, agggghhhh!!!, pinjam tangan korang bley???
 
Balik kursus semalam, hari ni terus keje,
Adoiii..., kepala pun cam bengong-bengong jugaklah,
Tapi dok pikir keje, terpaksa gagah jugaklah mai keje,
Kalau ikut ati mau jugak aku amik e.l,
 
Ok lah, nanti petang-petang sket i terjah blog u all k....
 
Sekian, Wassalam.....
 
 
 

.: Demam Rindu :.

Assalamualaikum....



Sian, sampai demam-demam sebab ibu tinggal Fawwaz pi kursus,
Siap selimut ngan kain batik ibu lagi,
Masa hari Jumaat tu elok je takde pape,
Tiba-tiba ari sabtu petang tu badan dah panas,
Hubby bagitau, kata Fawwaz demam,
Alahai, tak sampai hatinya... nak buat camana,
Dok tengah kursus, takkan nak lari balik,

Takpelah i mang serahkan 100% kat hubby tuk jaga,
Alhamdulillah hubby boleh handle anak-anak,
i respect betul-betul kat my hubby!,
Thank you dear!,
Love u so much!,
Bukan senang nak handle anak-anak dalam keadaan tu,
Tapi, dia cuba jugak....,
So, takdelah risau sangat, siap masak tuk anak-anak makan lagi,
Alhamdulillah.... anak-anak pun taklah nakal sangat bila ibu dia takde,
Cam paham-paham je kan,
Kalu ibu dia ada, ari-ari jadi  tarzan... hahaha!.

Ok, lah sekian je...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...