Assalamualaikum....
Info ni aku amik dari buku "40 Minggu Nan Indah". Buku ni aku beli masa first mengandung. Yelah tak tau apa-apa pun pasal kehamilan, nak kena carik bukulah. Atleast ada gak lah info yang aku tau. Menarik jugak buku ni sebab ia berkaitan ngan jantina anak dan usia ibu semasa hamil. Usia ibu dan bulan kehamilan mempengaruhi jantina anak. Tapi bagi yang beragama Islam toksahlah terlalu mempercayainya. Mungkin semua tu hanya kebetulan je. Semua kan kuasa Allah.
Bila aku kaji balik pengalaman dua kali mengandung, mang kebetulan adalah baby
LELAKI.
Anak Pertama : Muhammad Firas Firdaus
Mengandung pada Bulan Februari tahun 2006,
Masa ni umur aku masih 25 tahun so kene tengok carta yang umur 25 tahun tu.
Carta kat situ menunjukkan baby adalah LELAKI.
Anak Kedua : Muhammad Fawwaz Firdaus
Mengandung pada Bulan Mei tahun 2009,
Masa ni umur aku masih 28 tahun so kene tengok carta yang umur 28 tahun,
Carta kat situ menunjukkan baby adalah LELAKI.
Sebenarnya kedua-dua kali mengandung ni takde perancangan langsung tau-tau je ada. Hihihi.... Rezeki Allah kan... kita pun tak tau. Tiba-tiba je dia bagi rezeki. Syukur Alhamdulillah....