Assalamualaikum...
Seperti yang dijanjikan, kali ni aku nak citer pasal anak aku yang first Muhammad Firas Firdaus. Dilahirkan pada 27 Oktober 2006, hari Jumaat bersamaan dengan 4 Syawal. Tempat kelahiran dia di Hospital Kuala Lumpur. Anak KL kau!. Sebab masa tu aku dok kat KL, keje kat PJ. So, bersalin pun kat sana.
Aku nak citer balik camne susahnya pregnant PJJ ni. Semua kena buat sendiri sampaikan pi buat buku merah pun pi sendiri. Sedih tau, orang lain mai klinik ibu mengandung husband teman, tapi aku sorang-sorang je. Masa nak carik klinik ibu mengandung tu pun jenuh gak, kan ke kat mana kita tinggal kita kene pi klinik tu. So, carik punya carik jumpe gak, kat kampung baru rupanya.
Sepanjang 9 bulan tu la aku drive sendiri tuk pi klinik, sib baik la aku tak mabuk teruk masa pregnant, kalau tak susah jugak lah. Mungkin dalam kesusahan Tuhan bagi jugak kesenangan kan?. Alhamdulillah syukur.
Cukup 36 minggu masa tu raya ketiga. Aku kene pi check up kat HKL, alhamdulillah masa ni hubby ada sebab dia cuti raya seminggu. So, pi la sekali. Check punya check, doktor kate baby still songsang gak. Doktor suggest suh c-zer, sebab mang tak bley nak buat apa. Hari raya ketiga tu jugak aku kena masuk wad tuk amik tarikh bersalin.
4 Syawal aku selamat melahirkan Firas, tu setelah banyak rintangannya. Alhamdulillah syukur anak aku cukup sempurna.
Cukup 2 bulan pantang aku kene keje balik kat PJ. Anak???. Aku terpakse tinggalkan kat Kedah. Sedihkan?. Aku tak bley bawak sekali sebab mak mertua aku kate nanti payah nak jaga. Kalau hubby ada takpe lah. Kot anak demam malam-malam nanti camne?. Terpakselah ku turutkan, walaupun hati ni tak rela... waaaa... puas dah aku menangis masa tu.
Setiap malam aku teringat kat Firas. Nak buat camne, weekend je bley jumpa. Tu pun cam tak puas.
Ni gamba Firas sepanjang dia membesar.
Sebijik macam muka adik dia.
Ni masa kat Hospital Besar Sungai Petani, operate sebab banyak cecair kat telur dia. Tapi bukan Hernia. Masa ni aku dah dapat tukar keje kat Penang.
Sekolah dah pun Firas, tahun depan dah darjah satu!
p/s: semoga Firas menjadi anak yang berguna satu hari nanti. InsyaAllah. Amin....
10 comments:
semoga firas membesar sebagai anak yang soleh..:)
bila kenang time susah payah peknen.memang terasa akan pengorbanan ibu...tul tak?
moga firas membesar bagai juara ye..
dah besar. tahun depan masuk darjah 1 yea
kejap je dh besar...dh jd hensem boy pun firas...
insya-Allah kak.. doa seorg ibu di makbulkan... semoga firas anak yg soleh... berbakti kpd kedua org tua... dan berjaya di dunia dan akhirat...
moga jadi anak terbaik dunia & akhirat ye !
Sekejap je dah 6 tahun berlalu kan yatie.. Bila agaknya Luqman leh jumpa Firas ni ye.
Sekejap je dah 6 tahun berlalu kan yatie.. Bila agaknya Luqman leh jumpa Firas ni ye.
InsyaAllah mudah-mudahan...
Belajar rajin2 ye Firas Firdaus :D
insyaAllah..berkat doa ibu untuk anak;)
Post a Comment