Assalamualaikum...
Sebelum ni aku pernah citer sket kat SATU ENTRY ni pasal kurusnya aku masa zaman remaja dulu. Remaja sangatlah ko!. Hihihi. Memang aku kurus, tapi entry ni bukan aku buat tuk camana nak jadi kurus ye!. Tapi aku nak share ngan korang perasaan yang tertekan bila orang asik memperkatakan tentang "kekurusan aku". Fedap tau!.
Aku memang dilahirkan dalam keluarga yang kurus dan tinggi. Semua tu mewarisi keluarga belah arwah abah, memang semuanya tinggi-tinggi belaka. Adik beradik aku pun sama cam aku, cuma kakak aku je yang rendah sket. So, nak kata pe?. Semua tu dah kurniaan dari Allah SWT kan.
Cuma yang menjadi tekanan (time aku keje swasta dulu) bila orang asik dok tanya "eh, kurusnya ko, ko tak makan ke?". "Ko kene makan banyak sket, tinggi ko ngan berat ko tak seimbang!". Ishh, asik benda yang sama je diaorang kata. Lagi satu tang pakaian, sama gak. "Eh ko tak bley pakai camni, nanti ko nampak lagi tinggi". "Ok, Ok... aku tak pakai". Lupa pulak aku nak bagitau tinggi aku 168cm dan berat aku masa tu 49kg. Memang kuruslah sangat. Kadang-kadang aku buat tak kisah je, malas nak pikir. Lantaklah apa orang nak kate. Dah memang aku kurus, ingat senang ke nak bagi berat badan naik.
Bila aku pikir balik, camtu kot apa yang orang obesiti (gemuk) rasa. Semua serba tak kena. Semua melibatkan perasaan. Kadang-kadang teguran bley diterima, dan kadang-kadang susah nak diterima.
Bila dah asik beulang kali orang kate aku "kurus". Senang je aku bagitau. "Alhamdulillah, syukur dengan kurniaan Tuhan ni, atleast aku sihat walafiat walaupun kurus". Hah amik kau!.
Tapi, sekarang alhamdulillah, berat badan aku dah naik dah ke 62kg. Itu pun lepas aku bersalin dua kali. Hihihi...
ni lah gamba aku masa keje kat swasta tahun 2002 kalau tak salah aku lah. Pipi pun takde isi kan?
Sebelum ada anak dan selepas ada anak, beza sangat. Selepas ada anak badan naik sket tu yang baru nampak ada pipi.
7 comments:
kurusnya..senyum pun xnmpak pipi..hihih
Sekarang dah ada buah hati pengarang jantung yg buat naik sikit. Tapi cantiklah sekarang Tie... gemuk sangat pun sibuk pulak nak turunkan berat badan ye tak..
tingginya kamu.
hahaha.. memang kurus pun . kalau dah berat 49 kg. memang sah sah la kurus. sekarang pun tak de lah gemuk. nice je tengok. sebab kamu tinggi...
Kurus itu OK ler...
nik skarang kurus tapi pipi yg tembam..hehe
tak kisah la.janji sihat.
xkisahlah.. janji sihat kan.. :-)
xpe....kurus pun ok jnji sihat...
Post a Comment