Assalamualaikum...
Seperti yang telah dijanjikan, minggu ni aku nak share ngan korang pasal Kursus Bina Kumpulan di Banding Lakeside Inn, Grik Perak. Kursus selama 3 hari 2 malam, bermula 10hb hingga 12hb Oktober 2012.
First time masa unit UKP nak buat program kat sini, aku cam takmo pi, sebab diaorang kate Tasik Banding ni keras lah, macam-macam aku dengar. Pulak tu kene buat aktiviti air. Ishh, takut!. Tapi akhirnya sampai jugak aku kat sini. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
Mang ini kali pertama aku lalu kat jalan otw ke pantai timur ni, bley tahan gak jalan dia, berliku-liku. Wah! berdebar gak jantung ni. Tapi, sat je berapa jam je dah sampai. Hihihi... Lupa pulak nak bagitau yang kami bertolak area kul 9.30 pagi. Janji kata kul 8.00 pagi dari Masjid Seberang Jaya, tapi hampeh!. Yang jadi lambat tu yang naik bas kat KOMTAR la. Terlewatlah, macam-macamlah. Biasalah janji melayu, selalu tak ditepati. Kami ni dari kul 8.00 pagi dah tercongok kat tepi pagar masjid tu. Takpelah yang penting aku sampai tepat pada masanya!.
Ok, ni pemandangan Tasik banding dari atas Hotel, cantik kan?
Ni pulak Hotel yang kitaorang stay!
Banding Lakeside Inn.
Satu bilik share 3 orang, besh!!!
Bley kepochi sket, Hihihi....
My Fren! Zura n Farah,
So, far ok lah tempat ni, makan pun ok gak,
Tempat tido pun selesa, cume sebab tempat tu asing bagi aku, tu yang malam susah nak lena.
Kalih sana tak bley, kalih sini tak bley,
Baca doa dah berkali-kali gak,
Lastly, lena gak....
Sekian dulu, nanti aku sambung lagi...
13 comments:
ehe..tempat tu mmg keras sbb ada batu n konkrit..hihiiih..dah lama tak g banding walau sll balik gerik...lawa dah tempat tu..berbeza sangat 12 tahun dulu...
cantik tempatnya.best nya pi berkursus sambil tu blh tgk tempat org kan :)
Tasik Banding tempat yang teringin nak p, selalu dok tengok je amsa nak p Kelantan, hopefully satu hari nanti dapat menginap, semalam pun jadi la kan:D
cantiknya view gambar first tu..:)
cantik tempatnyer bersih & tenang je
wahh beznya jln2..trgin nk g..npk cntik ;-)
kat mne ni? cantik la tempat ni...
izan : hihi, mang keras btul la...
nik : mang besh...tenang je
Myra : InsyaAllah klu ada rezeki bley la pi kan...
anis, KA n @yu : mang cantik...tgk sendiri lg cantik
Nyue : kat tasik banding, grik perak... ala tepi jalan otw nak p kelantan..
view dia tersangat lah cantik. hijau saujana memandang.
kak yat x keras sgt tempat tu...haiwan paling besar patut takut...hehe..tempat laluan sy pulang balik kg masa duk keje dulu jauh kan......
Tempat baru tiba Tie kalau tak letih payah tidur tapi cuba dah letih dapat bantal mesti terus zzzz....
xpnh sggah tp pnh lalu la dkt situ... selalu balik trg mesti lalu situ.. :-)
seronok tengok tempat tu .cam damai dan tenteram je..
Post a Comment