Assalamualaikum...
Hari kedua kursus kami kene mengharungi tasik untuk pergi 5 pulau kalau tak silap aku. Ala cam explorace tu, kene selesaikan masalah di setiap pulau.
Kami dibahagikan kepada 5 Kumpulan. Kumpulan Gajah, Tupai, Cengkerik, Kelawar dan Tokek. Aku masuk kumpulan Gajah!. Pas dahde kumpulan, kami kene tetapkan arah utara. Dapat arah utara baru fasi tu bagi sampul tuk pergi ke pulau pertama. Driver bot tak tau apa-apa, so kami kene bagitau nak pi mana. First time naik bot aku gayat kau!. Asik dok melatah je, benci betul!. Rase cam nak jatuh pun ada. Ishh, bley ke ni?. Bila bot tu start jalan. Doa je la yang mampu mengiringi perjalanan atas air tu. Alhamdulillah, akhirnya rase gementar tu hilang sket demi sket. Mula rase seronok!. Tapi bila tengok je air tasik tu cam seram je!. Macam-macam pikir dalam kepala ni. Mintak selamat la semuanya...Amin!.
Nampak tak kat bawah tu ada cam jeti, kat situ lah kami naik bot. Sosak gak nafas nak pi kat situ.
Sempat posing sebelum naik bot...hihi...tunggu diaoranglah still tak cukup lagi.
Naik bot sudahhhh....wah hebat tak saya!, sebenarnya masa ni takut lagi, tapi sebab nak tunjuk kat anak-anak yang ibu dia pi kursus kena naik bot. So, kene amik gak gamba hihi...
Bila dah naik bot, Subhanallah mang cantik sangat pemandangan kat sini, kalau ada camera canggih tu lagi cantik!.
Dalam hutan tu ada bunga reflesia tapi malangnya masa kami pi tu dia tak kembang lagi, mungkin dalam seminggu lagi baru nak kembang. Takde rezeki nak tengok bunga reflesia yang cantik tu lah...
Dahlah nak mendaki tu punya seksa, curam 90 darjah tu... sosak nafas bila sampai atas tu.
Yang ni pulau ke berapa aku tak ingat tapi, dalam sampul surat tu kami dikehendaki menyediakan tempat penginapan sementara, ala cam pondok gitu lah!. Tapi aku tengok cam bukan pondok je, hihi.. lantaklah!
Ni pulau last, kami kene melukis hihi... tu lukisan kami....
Hari last nak balik, time ni tengah tunggu makan tengahari yang dijangka pada pukul 11 pagi. Alih-alih jadi pukul 12.00 tengahari. Chef tu tak dan nak masak kot. Hihihi... kitaorang nak balik awal sebab kalau sempat nak singgah masjid tuk kaum adam solat jumaat. Tapi, tak sempat.
Alhamdulillah kami selamat sampai kat Masjid Seberang Jaya, pukul 2.30 petang.
Kesimpulannya : Mang tak menyesal pi kursus ni! Besh sangat!
6 comments:
wah mmg best, tq share ye ti
wah bestnyer nek boat. akak selalu gak nek boat p[i tanjung dawai. nek dari pantai merdeka..
pergh.... gile laju dorang speed. kekadang pi makan mee udang kat pulau aman nek boat gak.
Kursus best + dapat pengalaman + suasana cantik + orang ramah :)
wahhh beznya lma dh xklr cmni ni..hihi
lama sy tak wat aktivit mcm nih...best kan sekali sekala mcm nih
bestnya. mmg seram jugak kalau naik bot ni.lagi2 kalau dia bawak laju..hehe
tapi best kan. ade gak pengalaman naik bot
Post a Comment