Aku dapat email ni dari sahabat aku mengenai "Doa untuk Anak-Anak", tapi aku dah edit sket-sket la:
Ada
satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk
diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering
sahaja terlepas pandang.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)
Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan?
Pertama
sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa
ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di
dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu
kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan?.
1-
ASSALAM : SEJAHTERA.
Awal-awal
lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari
itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.
2-
WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.
Kita
mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam
kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang
sangat-sangat kita harapkan?
3-
WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH.
Kita
mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap
amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan
dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.
Kata
ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak
adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja
lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau
ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga
diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah,
atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk
anak.
Jiwailah
salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan
penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada
mereka, ketika kita mengucapkan.
Semoga
anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa
diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.
Doa
yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam
juga insyaallah =)
2 comments:
Mudah dan senang diamalkan..
TQ dear ;)
entri yg amat berguna..nice to sharing..
www.azrulin.blogspot.com
Post a Comment