Still tak sihat lagi arini, demam dah kebah dah tapi perut ni still sakit. Aku mang ada sejarah gastrik dari zaman skola rendah dulu. Lama dah tak sakit. Tup-tup pas demam aritu, jadi sakit perut plak. Ya Allah satu-satu plak. Bila jarang-jarang sakit camtu la, sekali sakit mang teruk la. Dah la hubby takde outstation kat Teluk Intan, Perak. Demam plak jumaat malam tu, patut la ku rase pelik. Tak penah-penah rase sejuk kat opis. Tiba-tiba badan sejuk la pulak, sejuk sampai ke tulang. Balik tu masa tunggu feri nak mai, aiii..."macam nak jatuh je...". Dahla orang punye ramai, almaklumlah hari Jumaat kan?. Cari punye carik dalam beg, jumpe gula-gula, selamat la. Mintak-mintak ok la. Yang aku bley rasa panas badan ni bila sampai umah mak mertua la, kan nak amik budak-budak ni. Ya Allah tiba-tiba muka ni cam berbahang, kepala pun cam pening. "Camne nak bawak budak-budak ni balik?".
Pas makan (aku jamah sket je, takde selera nak makan) ngan solat maghrib. Terpaksa gagahkan gak la nak drive kete balik umah aku. Mang tawakkal la. Otw balik tu call hubby "ayang rase cam nak demam la b, badan rase tak sedap, hangat, bla bla bla.....". hubby suh beli cool fever dewasa ngan air 100 plus. Singgah plak kedai. Dengan tak larat, nak usung plak yg si kecik tu. Cool fever ada, 100 plus plak takde. Malas aku. Balik terus. Takmo p kedai lain dah. Tak larat. Malam tu tido ngan tampal cool fever, pakai stokin sebab luar panas dalam sejuk. Demam-demam pun anak tetap diutamakan. Seksa betul hubby takde. Baru je nak lelap rehat. Anak-anak ni, nak tu la, nak ni la. Dalam tak larat bangun tu terpakse gak bangun.
Hari sabtu plak, demam tak baik lagi. Mulut anak nak kene suap gak. Masak plak. Masak sambil duduk kat kerusi, bley tak?. Sib baiklah dapur tu tak tinggi mana. Kain baju nak kene basuh, sebab weekday mang aku tak basuh baju. Basuh la, sib baik ada mesin basuh. Umah nak kene sapu gak. Kalau tak sapu rimas. Masa ni dah start sakit perut yang mencucuk-cucuk tu. Nak kate tak makan aku makan la gak walaupun sikit.
Hari Ahad anta plak Firas p skola, sebab mengenangkan 1stday sekolah bukak. Terpakse la aku gagahkan diri p anta. Seksa sungguh la minggu ni.
Hubby baru balik malam tadi, so mengadu la macam-macam...hehehe...tiba-tiba je jadi lembik, padahal hari sabtu ngan ahad tu bley je jadi kuat. Hubby kata kene p klinik gak la, sebab sakit perut sampai 2 ari dah ni. Takut plak jadi apa-apa.
2 comments:
jaga diri ye n get well soon!
Kesuma Angsana: tq dear!
Post a Comment