Assalamualaikum....
Pagi tadi masa aku dah tekan duit kat mesin ATM,
Tiba-tiba ada orang sua kad ATM kat aku,
Terkujat aku, Yela mana tau kan pencuri ke,
Dah la kat bank, pas aku amik duit plak,
"Tolong saya, saya nak ambik duit"
Dengan blur-blur aku pun masukkan kad ATM dia kat mesin tu,
Aku suh dia tekan nombor pin,
Dah kuar akaun dia, "Saya nak check baki duit",
Aku pun tekan, adalah baki dia dalam RM600++,
"Saya mahu keluarkan RM300.00",
Aku pun tekan,
"Amik kad tu, pastu tunggu duit keluar",
Dah settle tu aku pun blah la,
Aku rase dia tu orang vietnam kot,
Aku tengok berdasarkan nama dia la, tak tau la aku nak menyebutnya,
cam pelik je, tergeliat lidah aku.
Moral Untuk Hari Ini : "Tolong Menolong Budaya Kita".
No comments:
Post a Comment