Assalamualaikum...
Terpegun sat tengok gamba Irma. Memang cantik.... dan memang sepadan sangat dengan Redza Syah. Bagai Pinang Di Belah Dua. Baju dia pun cantik....ishhh... Jodoh dia lebih baik dari yang dulu. Alhamdulillah, Tuhan tu kan Maha Adil. Suke lah! Semoga Kebahagian Irma berkekalan hingga ke akhirnya. Amin....
Akhirnya dua hati yang dipertemukan di tanah suci Mekah iaitu pelakon dan pengacara, Irma Hasmie dan pasangannya, Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, selamat disatukan dengan ikatan yang sah di Dewan Persidangan Putrajaya, kira-kira jam 3.50, petang tadi.
Dengan hanya sekali lafaz, pasangan berkenaan telah diwalikan serta dinikahkan oleh bapa Irma sendiri iaitu Ibrahim Othmandi hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad dan dua orang saksi dalam sebuah majlis akad nikah yang cukup manis.
Pengantin lelaki telah memberikan mas kahwin sebanyak tiga dinar (RM 2,220) dan 11 dulang hantaran yang dibalas 13 dulang hantaran daripada pihak perempuan.
Irma yang pernah dinobatkan sebagai Gadis Jelita diawal kemunculannya menerima wang hantaran berjumlah RM33,333.33. - Murai
No comments:
Post a Comment