Assalamualaikum...
Jika anda mengalami batuk berkahak, perah sesudu besar limau nipis dan campurkan secubit garam. Kacau dan minum bancuhan tersebut. Batuk cepat sembuh dan kahak mudah cair.
Buat anda yang tercari-cari kaedah untuk menghilangkan jerawat, ambil sebiji tomato yang segar. Lenyek atau kisar tomato hingga hancur dan sapukan di wajah sebelum tidur. Ulang tiga kali seminggu. Insyallah jerawat hilang dan hasilnya wajah lebih berseri.
Jika anda berhasrat untuk menurunkan berat badan, ambil lima biji buah delima dan keluarkan isinya. Tumbuk isi delima sehingga hancur dan masukkan ke dalam dua gelas besar air. Campurkan sedikit garam. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Jadikan ia sebagai minuman setiap pagi selepas bersarapan. Amalkan selama dua minggu untuk melihat hasilnya
Dipetik dari : PAMA
3 comments:
Thanks for the information :)
sama2 lily
pasai delima saya pernah cuba kak..
mmg mujarab..
saya kopek isi, pastu tumbuk. masa nak minum campur air + garam.. pastu terus minum
Post a Comment