Assalamualaikum dan salam jumaat!
Dari Abu Hurairah dari Nabi saw ia bersabda:
Sesungguhnya Allah Taala suka kepada orang yang bersin dan benci kepada (orang
yang) menguap. Apabila salah seorang dari kalian bersin dan mengucapkan
hamdalah kepada Allah Taala adalah hak bagi setiap muslim mendengarnya membaca
YarhamukAllah(Semoga allah memberi rahmat kepadamu). Adapun menguap itu adalah
dari syaitan. Apabila salah seorang dari kalian menguap maka hendaklah ia
mengembalikan (mulutnya) sedapat-dapatnya. Sesungguhnya apabila seseorang dari
kalian menguap, syaitan pun tertawa kerananya. [Riwayat Bukhari]
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan
mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu
yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan.[Riwayat
Muslim]
Dari Abu Said Al-Khudri ra dari Nabi saw ia bersabda:
Jika ada di antara kamu menguap, tutuplah mulutmu kalau-kalau syaitan masuk
[Riwayat Abu Dawud]
Terdapat beberapa hadis lain lagi yang berkisar perihal menguap dan adab-adabnya.
Dan kesemua hadis-hadis tersebut membawa kepada satu makna, iaitu Islam tidak
suka seseorang menguap terutama tanpa menutup mulut apatah lagi ketika
sembahyang.
Dari Sahih Muslim Syarah Nawawi membicarakan mengenai maksud "Menguap
adalah dari Syaitan. kata Imam Nawawi :
"Apa-apa perbuatan dari akibat kemalasan dan penyebabnya ditambah kepada
seseorang bagi memuaskannya. Didalam Al-Bukhari Nabi saw berkata [Hadith no 1
diatas] : "Sesungguhnya Allah swt suka kepada bersin dan benci kepada
menguap". Dan berkata : Bersin menunjukkan kecegasan (aktif) dan ringan
badan. Dan menguap pula sangat berbeza kerana ia memberatkan berat badan dan
kepadatannya, dan kerehatannya membawa kepada bibit-bibit kemalasan. Ia satu
penambahan kepada kerja Syaitan kerana ia akan menyeru kearah Syahwat. Ia ia
disasarkan kearah menambah dan berlebihan didalam makanan dan makan yang
berlebihan. Dan mengetahui bahawa menguap telah menambahkan. " - Al-Nawawi
Menurut Mohammad bin Ismail as-Shanani didalam bukunya Subulus Salaam bahawa
"Menguap dikatakan termasuk perbuatan syaitan, kerana dia keluar dari
akibat kekenyangan atau kemalasan, dan kedua-dua perbuatan ini termasuk
perkara-perkara yang disukai syaitan"
Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid berkata, dari hadis-hadis yang mengkhabarkan
perihal menguap ini, boleh disimpulkan bahawa:
Syaitan menyukai manusia yang menguap kerana ia tanda kemalasan
Syaitan memasuki seseorang itu ketika menguap.
Syaitan mentertawakan sesiapa yang menguap dan memperlekehkan keburukan wajah
diri yang sedang menguap
No comments:
Post a Comment