Assalamualaikum...
Rapatkan anak-anak dengan saudara mara atau sepupu-sepupunya yang
mempunyai akhlak yang baik dengan membayakkan ziarah-menziarahi.
Kadang-kadang anak-anak boleh ditinggalkan bermalam rumah saudara agar
dia dapat berkawan dengan lebih rapat lagi. Cara ini dapat menjadikannya
memilih kawan yang baik disamping boleh mengeratkan ikatan silaturrahim.
Perkenalkan dan rapatkan anak anda dengan anak kawan-kawan anda yang diketahui mempunyai akhlak yang baik.
Aturkan program ziarah yang melibatkan aktiviti santai, agar mereka
boleh bergaul dengan mesra. Jika ada program-program yang melibatkan
keluarga seperi Hari Keluarga dan rehlah, ajaklah mereka agar mendekati
antara satu sama lain. Galakkan mereka membuat ikatan susulan agar
perkenalan itu berpanjangan.
Libatkan anak-anak dengan usrah,
kelab dan persatuan keremajaan yang menganjurkan program-program yang
Islamik dan menarik. Galakkan mereka terlibat secara aktif agar mereka
bukan sahaja memperolehi kawan-kawan yang baik bahkan dapat memberi
sumbangan kepada ummah serta boleh mengasah bakat kepimpinannya.
Galakkan anak anda menghadiri majlis-majlis ilmu dan menunaikan solat
di masjid dan surau. Di sini mereka akan bertemu dengan kawan-kawan yang
baik dan berakhlak.
Dipetik dari: iluvislam
No comments:
Post a Comment