terbaca dalam majalah Harmoni pasal tip didik anak ni,
aku kan suke kalau topik2 camni,
sbb aku pun ada anak kecik kan,
kecik2 lama2 jadi besar gak,
atleast bila baca info ni adalah ilmu2 yang aku dapat,
so,aku nak share la ngan korang sume,
JADIKAN DIRI SEBAGAI MODEL
anak slalu memerhatikan apa yang kita buat,
setiap perlakuan dan tindakan kita akan jadi garis panduan buat mereka,
apa yang diperhatikan itula yang ditiru oleh mereka,
seeloknya jaga tingkah laku kita, kata-kata yang keluar dari mulut kita.
SABAR
kerenah mereka kadang kala buat kita hilang sabar,
untuk mendidik mereka kita kene bersabar dan tegur kesalahan mereka
dengan teguran yang lembut,
teguran yang berunsurkan nasihat adalah yang sebaiknya.
LUANGKAN MASA BERSAMA
sekurang-kurangnya dalam sehari dapatkan masa yang berkualiti
tuk bersama-sama mereka,
lakukan la aktiviti bersama-sama.
PENDIDIKAN
terapkan ilmu pendidikan seawal bayi lagi,
dedahkan ngan bahan bacaan yang sesuai,
ciptakan minat membaca pada mereka.
DIDIKAN AGAMA
terapkan asas agama pada anak-anak.
DISIPLIN DIRI
disiplinkan anak-anak tak kira dalam apa jua perkara,
supaya ianya menjadi amalan sepanjang hayat.
SENTIASA BINA KEYAKINAN
sekiranya anak-anak mempunyai masalah,
pujuk mereka ngan kata-kata semangat dan beri tip tuk selesaikan masalah,
anak-anak kecil juga tak lepas daripada masalah,
mungkin salah faham ngan kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment