teringat masa tahun 2001, pas abis blaja,
konon nak carik keje kat KL ngan kawan baik aku liana,
arwah abah bagi duit RM150.00 tuk blanja masa dok kat kl,
masa tu RM150.00 pun dah banyak sangat,
abah kate kalau tak cukup balik la amik duit,
ari ahad tu abah anta kat bus stand Kuala Selangor,
ari isnin aku ngan liana p cari keje kosong kat area ampang,
selasa malam aku dapat call dari kakak bagitau,
abah masuk hospital dan kritikal,sbb jatuh dari tempat tinggi,
aku rase cam mimpi, betul ke??? tak caya, tak caya,
tp masa tu dh nangis dah pun, sebak wei,
topik sebenar dia adalah masa aku jg arwah abah kat hospital tu,
duit RM150.00 tu hilang,
hilang tu masa aku tengah tido kat surau hospital,
disebabkan terlalu letih berjaga malam,
pagi tu aku tak tahan mang tido lena la,
dan yang aku ni pun bengong, aku tak simpan beg duit tu leklok,
bl aku sedar je, tengok2 beg duit tu dah terbukak,
check2 balik takde dh duit tu,
kesimpulan dia, mang bukan rezki aku la duit tu,
penah citer kat member dulu, sbb aku geram sgt kat si pencurik duit tu,
dah la kita tgh susah ati, duit plak hilang,
dia kate mungkin orang yang curik duit aku tu hidup dia lebih susah lagi dari aku,
so, halalkan je la duit tu.
No comments:
Post a Comment