Terbaca info ni kat http://www.iluvislam.com so, aku share la ngan korang sebab benda ni penting gak dalam mendidik anak-anak.
Bagi mengelakkan anak-anak mengambil barang orang lain tanpa hak, mereka
perlu didedahkan dengan soal kejujuran, amanah, serta pemilikan atau hak.
(1) Sebenarnya sejak dari kecil anak-anak perlu difahamkan dengan konsep
hak milik. Setiap kali ibu bapa menghalang anaknya dari barang milik
orang lain, mereka perlu menjelaskan bahawa barang itu adalah milik orang lain.
Katakan kepadanya seperti:
'Tak boleh ambil ni. Barang ni bukan kita punya. Barang ini org lain punya'
* Alhamdulillah, aku ada wat benda ni kat anak-anak aku, bagi tau nape tak bley amik.
(2) Jika anak-anak dibawa ke kedai, jelaskan juga bahawa sesuatu
barang hanya boleh diambil selepas dibayar harganya. Bila anak itu
sudah makin bijak, bolehlah ibu bapa melatih mereka melakukan jual beli.
Latihan ini bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri, bahkan dapat
memberikan kefahaman tentang konsep hak milik dan kepunyaan. Secara tidak
langsung mereka dapat mengetahui kesalahan mengambil hak orang lain.
* Yang ni pun sama, tiap kali beli barang, tak bley bukak selagi tak bayar, memula susah gak tapi, lama-lama dah jadi biasa. Firas pun dah tau, klu adik dia nak cth dia air vitagen la, Firas slalu kate "adik tak bley minum lagi, tunggu ibu bayar".
(3) Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk menjelaskan
tentang dosa mencuri. Berikanlah ancaman balasan api neraka kepada
mereka yang mencuri. Tekankan juga tentang betapa seriusnya kesalahan mencuri
sehingga Islam menetapkan hukuman potong tangan ke atas mereka yang disabitkan
kesalahan mencuri.
* Yang ni confirm kene bagitau akibat kalau mencuri.
(4) Selain itu anak-anak juga perlu didedahkan dengan kisah-kisah
teladan berkaitan kejujuran.
* Buku kisah teladan mang ada beli tuk aku bacakan pada anak-anak.
No comments:
Post a Comment