Salam semua,
Selamat Tahun Baru 2012 tau,
ok, nak share ngan korang la,
aritu, masa aku dok belek2 novel yang ada dalam almari aku tu,
aku tergerak ati nak baca balik novel karya ANIS AYUNI,
tajuk dia "BAYANGAN RINDU",
aku beli buku tu pada 11.1.2008,
dan aku hanya baca sekali je,
so, aku dah lupe citer dia tu camne,
nak ingat balik kene baca la,
ni cover depan buku tu,
ok gak jalan citer dia, olahan ayat dia,
senang difahami dan senang dihayati,
nak tau ke pasal pe citer ni?
kisah cinta iddya yang banyak dugaannya,
1stly, dia bercinta ngan baien masa tu dia skola lagi,
abis skola masing-masing, sambung kat Universiti yang berasingan,
si iddya ni tunggu la si baien, tapi rupa2nya baien dahde girlfriend lain,
putus la cinta mereka,
bercinta plak ngan lutfi,
baru je menyulam cinta, rupa2nya,
mak iddya penah jadi ibu susuan lutfi,
so, kire adik beradik la kan, tak bley kawin,
kiew @ umar, kawan iddya masa skola gak,
kat umar la dia curahkan segala suka dan duka dia,
dan cinta iddya sebenarnya adalah untuk umar.
"cinta lahir dalam hati dan bukan dalam bicara,
maknanya cinta tak perlu diucapkan"
"cinta boleh melukakan sekeping hati yang tidak berdosa,
cinta pada ALLAH saja yang abadi"
"cinta itu adalah satu anugerah terindah,
cinta itu cuma satu patah perkataan,
maknanya berbeza bagi setiap insan"
"cinta tidak boleh dipaksa,
nantikan kehadirannya dengan sabar,
cinta datang pada saat yang tak terduga,
jangan lari dari cinta kerana cinta itu indah"
No comments:
Post a Comment