Assalamualaikum...
Wah, wah, wah... baru sempat nak cerita pasal balik kampung aritu. Bukan pe, malas nak edit gamba. Banyak sangat. Bila dah edit tu mang makan masa sket. Belum nak taip cerita lagi. Pastu belum lagi ngan anak-anak yang nak itu, nak ini masa ibu dia dok depan laptop. Hrmmm... banyak sungguh cabarannya. Bersabar je lah.
Ok, kami bertolak balik Selangor ari sabtu 14hb sebab ari ahad tu 15hb ada kenduri kawen adik sepupu. Singgah jap kat Parit Buntar sebab membe opis hubby wat kenduri kawen adik dia. So, kami kuar lambat sket la. Bajet-bajet sampai Parit Buntar area pukul 12 tengahari. Sampai tu bley terus makan. Tapi nampak gayanya kami tersampai awal so, tunggu jap la, sebab masa kami sampai tu diaorang dok buat tahlil lagi tak abis.
Bila perut dah kenyang. Hati pun senang. Balik pun dalam keadaan tenang. Layankan je lah gamba-gamba yang ada ye.
Anak-anak yang kebosanan sepanjang perjalanan. Asik dok tanya, bila nak sampai. Jauh lagi ke umah nenek. Firas pulak asik tanya, "ibu kita ni kat mana?, dah masuk Selangor ke belum?". Suh bantai tido takmo. Yang dok bantai tido hanya sikecik tu je lah. Asal kenyang susu je dia tido.
Singgah sat kat Tapah tuk solat dan rehat. Beli makanan yang ringan-ringan je buat kudapan dalam kereta. Satgi kot termengantuk sian si driverku sayang. Drive sorang-sorang pulak. Tak sampai ati.
Cuaca pulak sat ujan, sat panas.
Akhirnya area pukul 6 petang sampai jugak kat kampung. Hilang rindu bila tengok umah. Yelah bayangkanlah selama 17 tahun dok kat umah ni. Semua cerita suka duka ada kat sini. Kiranya setiap tempat tu ada ceritanya. Rindu pulak saat-saat yang dah lepas tu. Masa zaman kecik-kecik dulu.
Masa kami sampai tu mak tak balik lagi dari umah sepupu. Kat sini orang panggil gotong-royong kenduri tu adalah "rewang".
Nilah umah mak, cantik tak?. Tenang je, keliling umah tu semua sawah padi. Kalau time baru padi nak membesar cantiklah, hijau je.
Gamba masa baru sampai kat kampung!
Aktiviti anak-anak tuk next day adalah berlari-larian. Nak menyesuaikan diri ngan keadaan kampung. Selalu kalau kat umah sendiri, jarang sekali nak lepas bebas camni. Yang dua orang lagi tu anak kakak. Diaorang dah biasa ngan kampung sebab dok dekat je. Kalau kakak outstation mang mak yang akan jaga anak-anak dia.
Seronok bila tengok anak-anak ni bersuka ria. Ibu hanya dok tengok je. Bukan selalu pun balik. Dulu kalau balik jarang nak berlarian camni sebab masa tu kecik lagi. Bila dah besar ni. Dah pandai sket. Sok lusa ku rasa kalau balik kampung dok dalam parit berkubang pe.
Dah penat main, sesi minum petang pulak. Dahaga wei, dok lari ke hulu ke hilir.
The next day dah pandai masuk sawah pulak. Kebetulan masa balik tu baru pas menuai. Seronoklah dok lari kat sawah.
Yang budak Fawwaz ni pulak, tak berani nak join sebab masa mula-mula dia masuk sawah kaki dia terbenam kat selut. Dan dan pastu takmo dah main kat sawah. So, dia main lah sorang-sorang. Katanya dok tebar roti canai. Hahaha!. Ikut suka ko la nak....
Sekian, wassalam...
8 comments:
Bestnya ada kampung, jeles tau.
kalau balik kampung..anak anak la yang paling seronok.. main je kojerny kan..
Syok la dpt melepas rindu pada kg halaman ye..:-)
Kalau sawah padi gini...umh tok sy mmg keliling umhnya sawah padi....mmg best time padi masak tu...kuning jer...
fawaz ni jenih serik yer...
cantiknya rumah dan halaman kg yati... best best...
jalan jauh anak2 memang cepat bosan.. anak2 zie naik keta mengantuk sokmo.. hehehe
alamak syioknyer rumah tepi sawah.. feeling habis akak ... cam cerita nur kasih.. yerker ceritatu rumah tepi sawah..
memang balik kampung ialah yang paling seronok...
hahaa. mcm mcm kan. tp kan kg akak ni mcm femes je. mesti tmpt dorng slalu belakon kat kuala selangor tu kan. hihi.
tgk suasana sawah pdi tu.
cntik umh mak akak. mak akak duduk dgn sapa?
CANTIKNYA RUMAH..VIEW PUN CANTIK..
seronoknye balik kampung...
Post a Comment