.:: Sahabat Blog ::.

Showing posts with label mengandung. Show all posts
Showing posts with label mengandung. Show all posts

Wednesday, August 21, 2013

.: Keywords kat Blog Memori Terindah :.

Assalamualaikum...

Keywords terkini setakat hari ni. Ramai yang mengandung kot ye. Sebab rata-rata diaorang search bab mengandung. Tahniahlah pada u all yang dah disahkan mengandung. Syukur alhamdulillah rezeki Allah. Kepada yang belum dikurniakan rezeki, bersabarlah banyak-banyak, usaha dan tawakkal ye. In Shaa Allah Allah akan perkenankan hajat kita satu hari nanti. 


Entri aku yang berkaitan dengan keywords kat atas ni ialah ;


Sekian, Wassalam....

Thursday, July 4, 2013

.: Hati Gundah Gulana :.

Assalamualaikum....

Semakin dekat nak due ni, macam-macam benda bermain kat fikiran ni. Ntahlah, takut pun ada. Cemas pun ada. Camanalah bersalin kali ni, sama ke ngan yang sebelum ni???. Kalau boleh takmo sakit lama-lama. Hai... hati usahlah kau gundah gulana. Tunggu je la masa dan ketikanya. Sabar ye.....

Masa tu tetap akan tiba, cuma tak tau bila. Tak arini, esok. Tak esok, lusa. Tak lusa, tulat. Kalau boleh sebenarnya takmo dah tunggu lama-lama. Nak bagi cepat je baby ni kuar. Tak sabar jugak nak tengok muke baby yang comei loteh ni.

In Shaa Allah, Allah akan mempermudahkan segalanya. Itukan doa yang aku pohon tiap-tiap ari.

Sekian, Wassalam...



Tuesday, June 18, 2013

.: Perkembangan Fetus 36 Minggu :.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur dah sampai ke bulan terakhir pregnant,
Doakan semoga yati sihat dan kuat tuk melahirkan baby,
Last sunday pi jumpa doktor pakar, sebab pernah ada sejarah czer,
So, misi suh jumpa doktor pakar tuk pastikan yang takde masalah tuk bersalin normal,
Alhamdulillah takde pe pun sebab yang 2nd pun bersalin normal,
Kepala baby pun dah dok kat bawah, cuma menunggu masa yang sesuai je tuk dia keluar,
 
 



Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki.

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Sediakan nutrisi yang diperlukan di masa penghujung ini dengan
panduan makanan sempurna kami.

Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan.

 sumber: babycenter
 
 
p/s: tak sabar rasanye nak tunggu baby ni kuar sebab tak tau lagi jantina lelaki or perempuan... hihihi.....

 

Tuesday, June 4, 2013

.: Kesakitan Pada Bahagian Bawah Abdomen Ketika Hamil :.


Assalamualaikum...

Tiba-tiba rasa sakit kat bahagian bawah perut ni. Cam mencucuk-cucuk gitu. Tak tau pasal pe. Oleh kerana risau sangat so, aku search lah kat google manatau kalau ada info pasal masalah ni. Memang ada pun.....


Sebenarnya kesakitan pada bahagian bawah abdomen agak biasa berlaku semasa hamil. Tidak seperti kekejangan, kesakitan ini disebabkan oleh penegangan otot-otot dan ligamen (tisu kuat dan fleksibel yang menyambungkan tulang-tulang anda) yang menyokong uterus (rahim). Kesakitan ini biasanya dipanggil round ligament pain

Hormon-hormon yang dihasilkan oleh badan anda semasa hamil menyebabkan penegangan ini. Anda mungkin merasanya apabila anda bangun daripada katil atau kerusi, apabila anda batuk atau keluar daripada bilik mandi. 

Ia juga mungkin menjadi masalah apabila kepala bayi mula turun pada fasa akhir kehamilan. Masalah ini dikatakan lebih kerap berlaku dalam kehamilan kedua atau seterusnya



sumber : SINI 

p/s : sabar baby ye... kuar ikut due tau... jan kuar awal sangat.....

Sekian, Wassalam....

Monday, May 27, 2013

.: Perkembangan Terkini 33 Minggu (8 Bulan) :.

Assalamualaikum...


Ni la perkembangan aku terkini. Mengembang kan???. Kahkahkah!... Ok, sekarang ni dah masuk 33 minggu (8 bulan). So, ada lagi 49 hari (sebulan lebih) nak sampai ke due bersalin. Jap je kan masa berlalu, tau-tau je dah nak bersalin dah.

Hari ni pi check up sekali ngan appoinment doktor. Sebab semalam kedah cuti kan, kalau tak semalam pi check up, hari ni appoinment ngan doctor so, cepat sketlah. Sempatlah aku nak balik ofis. 

So far perkembangan baby dalam perut ok, berat aku pun ok. Takde apa yang merisaukan. Makan still kena jaga lagi. Selebihnya tunggu jelah sakit nak bersalin. Jantina baby????. Ermm... tak nampak pun, asik dok kepit je kaki dia. Doktor chinese tu kata "alamakkkk... baby u arini tak bukak kedai lagi lah!". Tak dapeklah ku tau boy or girl. Takpelah... kita tunggu jelah masa dan ketikanya. Kalau ikut arini adalah last scan perut ngan appoinment doktor. Pasni checkup biasa je.



Budak yang terdampar pas balik dari ikut ibu pi check perut. Mengantuk sebab kena bangun awal.... Hihihi

Sekian, Wassalam....




Tuesday, May 7, 2013

.: Persiapan Baby :.

Assalamualaikum...

Persiapan tuk baby dah dibuat sikit-sikit. Yelah beli mana yang perlu je, sebab macam baju tu baju abang-abang dia ada yang masih elok dan boleh dipakai lagi. Cuma keperluan lain kena belilah. Aritu masa pi check up misi ada tanya, "persiapan tuk bersalin dah buat ke?". Hihihi... aku senyum..." belum lagi lah misi". Misi tu kata "mana boleh, kena standby dah sekarang ni sebab dah cecah 7 bulan, kadang-kadang 7 bulan pun boleh bersalin".



Selepas diberi nasihat oleh misi, baru rase cam excited nak buat persiapan bersalin. Hahaha! bley cenggitu???. Tapi apapun sebelum tu kena buat checklist dulu, mana bley main sambar beli je. Confirm nanti ada yang tak terbeli punya. 

Pasal pe aku beli baju kaler hijau???. 
Hihihi... sebab tak sure boy or girl, bak kata Firas "kaler hijau dua-dua bley pakai, baby perempuan bley pakai, baby lelaki pun bley pakai".
Langkah selamat sebenarnya. Betul tak?


Ok, sekian je... nanti aku update lagi k.
Wassalam....


Monday, May 6, 2013

.: Perkembangan Fetus - Hamil 30 Minggu :.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, perkembangan terkini kehamilan dah cecah ke 30 minggu, alhamdulillah jugak setakat ni takde apa-apa yang berlaku, body pun ok, masih kuat lagi. Cuma tak boleh nak berdiri lama-lama sangat, lutut ni tak kuat dah hihi...

Pemeriksaan kesihatan pun dah kena pi 2 minggu sekali. Carta gerak anak pun nak kena start kira dah, dari pukul 9 pagi ke 10 malam. Sebab takut jadi apa-apa kat baby dalam kandungan. In case tak bergerak kena pi hospital terus.




Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan. 

Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya. 

Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata. 

Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 



SUMBER SINI


Friday, May 3, 2013

.: Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung :.

Assalamualaikum....
 

Bagi ibu-ibu mengandung, adalah digalakkkan untuk mengambil kurma dalam diet harian mereka. Di dalam al-Quran terdapat ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini. Ayat ini merujuk kepada peristiwa ketika Maryam mengandung Nabi Isa a.s sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
...
وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا

“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” (Maryam : 25-26)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Ruthab (kurma basah) mencegah terjadinya pendarahan bagi perempuan-perempuan ketika melahirkan dan mempercepat proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala sebelum waktu hamil yang berikutnya. Hal ini karena dalam kurma segar terkandung hormon yang menyerupai hormon oxytocine yang dapat membantu proses kalahiran.
 
p/s: Alhamdulillah sedang mengamalkan pengambilan buah kurma.


Wednesday, May 1, 2013

.: Lanjutan Dari Check up 28 Minggu :.

Assalamualaikum....

Mesti korang nak tau kan hasil daripada CHECK UP aritu?,
Hihihi.... Masa aku masuk jumpa doktor tu,

Doktor kata "awat perut u kecik je, tak macam 28 minggu je?".
Doktor tu perempuan dan berbangsa Cina, so biasalah cara cakap camana kan?,
Aku kata "Ntahlah doktor, mang dah camni, nak buat camna?".
Tapi bila doktor tu scan semua, so far besar baby dalam perut sama ngan minggu kehamilan,
Takde apa yang perlu dirisaukan.

Ok, masuk bab jantina pulak....,
Scan punye scan, tak nampak apapun.
Malu kot sebab dia kepit kaki,
So, kita tunggu next time punye checkup lah ye....,
Doktor sendiri pun tak sure, nak tentukan boy or girl,

Takpelah aku pun tak kisah,
Kalau boleh aku sebenarnya takmo tau jantina baby tu boy or girl,
Biarlah dah bersalin nanti baru tau, kan ke lagi supprise???,
Yang penting baby sihat dan sempurna,
Bersyukur dan redha ngan rezeki yang Allah kurniakan,
Ok.

Sekian, Wassalam...





Monday, April 29, 2013

.: Checkup : 28 Minggu :.

Assalamualaikum....

Semalam pi check perut, berat turun pulak,
Ishh, misi tu siap suh timbang 2 kali lagi, takut bacaan tu salah,
Tapi, mang betul pun turun 0.5kg,
Dari 72 kg ke 71.5 kg.


Aritu sampai terlebih-lebih kg, siap kena minum air gula bagai,
Kali ni terkurang pulak.
Takkan cirit-birit aritu effect kat berat badan???,
Mungkin jugak ye....

Apappun mintak-mintak baby sentiasa sihat.
So, arini nak kena pi klinik lagi, sebab ada appoinment ngan doktor,
Mungkin scan baby kot..... 
erm... berdebar pun ada gak sebab doktor mesti bagitau jantina baby, boy or girl kan?,
boy or girl.....
boy or girl....
boy or girl....

Tak kisahlah... yang mana pun,
Asalkan yang lahir nanti baby yang sihat dan cukup sifat.
Tapi mang betul pun masa bersalinkan kedua-dua anak lelaki sebelum ni,
First yang aku suh hubby tengok adalah, kaki ngan tangan dia cukup tak???,
Hihihi...itu mang penting....

Apapun tunggu je la ye....



Wednesday, April 17, 2013

.: Pak Tunku :.

Assalamualaikum....


Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak makan Pak Tunku ni,
Lama dah nak makan tapi, pi carik kat pasar malam dan dan takde,
Hampeh betull!, Bila orang takmo ada je, tapi bila tiba-tiba terasa nak makan,
Time tu la dia takde.

Bila dapat makan tu kan.... ermmmm.... dap, dapnye!,
Nikmat sangat, ceh!, sebenarnya nilah 1st time aku makan Pak Tunku,
Cam tak caya kan?. Betul! aku tak tipu. Sebelum ni pun mang ada jual tapi tekak ni takmo.
So, tak penah nak beli lah. Hihihi....


Sekian, Wassalam...






Tuesday, April 16, 2013

.: Oh! Kuih Koci :.

Assalamualaikum.....


 
pinjam gamba en.google
 
 
Pasal pe lah kau tiba-tiba menjelma dan terbayang-bayang kat mata ni wahai kuih koci?,
Tak pasal-pasal aku teringin nak makan kau,
 
Lama sangat tak makan kuih koci, kalau kat kampung tiap kali ada kenduri mesti ada kuih ni,
Sekarang ni dok sini jaranglah jumpe kuih koci,
Ada kot ke aku yang tak perasan?
Mana aku nak carik kau ye???
 
 
 


Monday, April 15, 2013

.: Keputusan Ujian Air Gula :.

Assalamualaikum....

Semalam pi check up kat Klinik Kesihatan. Aritu kan aku ada citer yang kena MINUM AIR GULA sebab berat badan naik mendadak. Alhamdulillah keputusan daripada ujian tu aku adalah bebas dari kencing manis.


Ujian darah sebelum minum air gula adalah 4.6, dan selepas minum air gula adalah 5.8. Syukur sangat-sangat. Tapi misi tu kata jan suke sangat sebab takut jadi balik cam aritu. Makan kena jaga. Selagi tak sampai due selagi tu lah kena jaga pemakanan. Kalau jadi jugak cam aritu maknanya aku kena check lagi tekanan darah selang sehari. Isshh, takmolah penatlah asik check tekanan je. Kalau ikut takde apapun. Aku pun tak tau camana bley naik banyak. Nak kata makan banyak sangat, aku rasa sama je cam sebelum aku pregnant. 

Masa pregnant yang 2nd tu senang je, takde masalah apapun, semua maintain. Yang 1st ngan 3rd ni yang kene banyak control. Takpelah asalkan baby dalam perut ni sihat sudahlah kan?. Apapun untuk kebaikan sendiri jugak kan?.

Pasni, kena check up setiap 2 minggu sekali, sebab dah masuk 28 minggu!.



Tuesday, April 9, 2013

.: Perkembangan Terkini :.

Assalamualaikum.... 




Perkembangan terkini!,
Berat dah cecah 70kg, hihihi.... Dah 26 minggu pregnant,
Aritu kan aku ada bagitau, yang kene pi check tekanan darah setiap selang sehari,
So, lastly doktor suh minum air gula jugak,
Wahhhhh, perit tekak-tekak ni... nak menelan,
Masa 2nd pregnant je aku tak kena minum air gula,
Sebab berat maintain je,

Keputusannya kene tunggu 14hb ni, tak taulah samada kene teruskan minum air gula atau tak,
Mintak-mintak tak kena lah, takmolah....


Sekian, Wassalam....



Tuesday, March 26, 2013

.: Mood Shopping Kureng :.

Assalamualaikum...



Tak tau pasal pe sejak preggy ni cam takde mood nak menyopping,
Sebelum ni kalau time gaji mesti dah pi survey kat mana ada sale hihi,
Tapi la ni, ntah cam malas je nak amik tau,
Walaupun aku tau katne ada sale,
 
Dulu rajin gak beli baju kat anak-anak walaupun bukan time nak raya,
Asal ada sale je beli, asal nak balik kampung je beli,
Sekarang ni, pakai je la apa yang ada,
Hihi sian kat anak-anak aku,
 
Tapi, barang dapur wajib beli la, kalau tak beli nak makan pe?,
Mungkin banyak shopping kat benda-benda makan kot?,
Erm tak jugak, sama je ku rasa...,
 
Ntahlah, tapi apapun selamat jugaklah duit aku kikiki...
 
Sekian, Wassalam.....
 



Monday, March 25, 2013

.: Perkembangan Fetus Hamil 24 minggu :.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, genap 24 minggu (6 bulan) kehamilan, ada lagi 3 bulan sebelum kelahiran. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT.



Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang. 


Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelar stria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya. 

Juga, mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar 'mata kering'. Untuk meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah larutan 'airmata tiruan' untuk menambahkan kelembapan. 




Sekian, Wassalam...

Thursday, March 21, 2013

.: Tips Mengurangkan Sakit Belakang :.

Assalamualaikum....


Tip-tip berikut untuk mengurangkan kesakitan belakang (ni aku search kat internet)

• Berehatlah pada selang-selang masa yang tertentu. 

• Sentiasalah tukar posisi anda. 

• Elakkan daripada bersandar ke satu arah, dan sentiasalah tegakkan badan anda ketika berdiri, duduk, ataupun berjalan.

• Jika anda bekerja dalam keadaan duduk atau berdiri, menukar posisi adalah sangat penting. 

• Cuba letakkan pek ais selama 15-20 minit pada bahagian yang paling sakit.
• Pakailah kasut rata yang mudah dipakai.

 Sekian, Wassalam...





p/s: sekarang buat keje berat sikit dah sakit belakang.

Monday, March 18, 2013

.: Check Up :.

Assalamualaikum...





Semalam pi check up, berat naik banyak sket je... 67kg ke 70kg. Haha...amik kau, Alamak!, aku dah cuak dah, siap bagitau kat misi tu nak timbang lagi sekali. Tapi mang betul pun bacaan berat tu. Kalau ikut takmola minum air gula. Sadis tau!. Sib baik misi tu kata suh check tekanan darah selang sehari. Kalau dari segi makan takdelah aku makan banyak sangat. Sama je cam sebelum pregnant. Weekday pi kejepun  ari-ari dok jalan dah. Ntahlah tak tau kat mana silapnya. Apapun kita tunggu je pasni jadi camne. 

Hb pulak turun, aritu 13 kali ni jadi 11 pulak. Misi tanya badan rase letih ke?. Atau tak cukup rehat?. Mang pun, aritu kan start mak mertua tak sihat, rehat aku tak berapa nak cukup. Mang badan pun rase letih. Tu yang Hb turun kot.


Sekian, Wassalam...


Friday, February 22, 2013

.: Tips Mengetahui Jantina Anak Dalam Kandungan :.

Assalamualaikum...



Hanya ramalan dan petua orang tua-tua ;-


1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan.

2) Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. Ingat..nipple abang atau kakak kepada anak dalam kandungan tau.

3) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri mungkin anak pompuan.

4) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan.

5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek dan bergaya anak lelaki.

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan.

7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..

8) Melihat kepada buku lali si ibu. Kalau kelihatan licin dan putih berseri, kemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan

9) Melihat kepada response kakak atau abang terhadap ibu. Kalau kakak suka kat ibu mengandung ni..anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi sebaliknya kalau kakak tak suka kemungkinan ianya sama jantina dengan dia..pompuan. Begitulah sebaliknya..

kopipasta dari Facebook


Friday, February 15, 2013

.: Petua Supaya Mudah Mengandung :.

Assalamualaikum...

Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.


Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: IkatanKu ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:: Muhammad Firas Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Fawwaz Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Hafiy Firdaus ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Labels

anak-anak famili tentang aku fawwaz Muhammad Hafiy Firdaus wordless wednesday Firas giveaway kerjaya ragam anak-anak jalan-jalan segmen blog mengandung hari raya blog memori terindah birthday blogwalking apa-apa je nuffnang perkembangan terkini Hafiy mutiara kata kursus novel renungan review blog churpchurp doa CPUV Nuffnang puasa 1st Giveaway jalan-jalan cari makan pemeriksaan ibu mengandung tip didik anak pulau pinang rumahku Contest GA Hadiah Menang anak yang cerdik demam campak ibu berpantang mak mertua perkembangan hafiy pertukaran petua Hadiah GA aksi anak balik kampung banding lakeside inn belajar membaca demam hari lahir info sihat makan-makan motivasi diri pemeriksaan anak di klinik solat tesco Mini GA anniversary artis bergaduh buat baju kurung cuti sekolah cuti-cuti melaka hadiah birthday hari inovasi header kami keywords kucing makanan masak-masak peperiksaan KPSL Gred N27 pregnant rezeki sahabat blog shopping raya tak sihat 6 Mei 2013 Cuti Umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bantuan Rakyat 1Malaysia Bersalin BonusLink Caesarean Carta Jantina Anak Lelaki atau Perempuan Carta Mengenai Jantina Anak Dan Usia Ibu Doa ketika bayi dalam kandungan Hanif Idrus Ibu dan bayi KFC Karya Seni Kawalan Komuniti Taman Kelahiran Normal MH370 Pengomen Setia Permohonan Bertukar Sekolah Perodua Kancil Potong Rambut Siti Nurhaliza Slot Zehra TV3 Tahun Baru Cina alat permainan anak lelaki anak perempuan annual dinner awal muharram baby berkatalah yang baik-baik kepada anak-anak blog ana suzana camana nak buat bila anak-anak bergaduh celoteh MJ doa akhir tahun doa awal tahun doa untuk anak-anak follower free diapers hari ibu hati hobi http://tengkubutang.blogspot.com i-city irma hasmie jamu lepas bersalin jamu ratus warisan plus jatuh jenis-jenis makanan semasa berpantang kaki novel kek karemel coklat moist kenduri kesyukuran keputusan peperiksaan KPSL Gred N27 tahun 2013 kesihatan khasiat buah kurma kpsl 27 lesen memandu lirik lagu luahan mak mengajar anak tidur sendiri persiapan hari raya rabun silau rezeki Allah pelbagai cara riadah petang sahabat sambutan hari merdeka samsung galaxy S2 sekolah sekolah baru sekolah darjah satu terima kasih tip cantik tip sihat top entry top post tupperware ulangtahun perkahwinan wayang 10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara 10 bulan 1000 posts 13 jam A380 33 minggu 8 bulan Aeril Zafrel Air Zam Zam Al- Fatihah Amalan Meminum Air Zam Zam Anuar Zain Awal BE BL1M BMI BORANG Permohonan BR1M 2014 BRIM 2.0 Bangunan MPSP Bayaran Hasil Beris Lake Vineyard Best Friend Forever Best Vacation Photo Beto Kusyairy Big Box Pizza Hut Bila Blogger Jadi Maid Blog Sepet Borang Permohonan BL1M Online Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Bukit Merah Laketown Resot CMart Sungai Petani COLA Camera360 Cerita Perodua Anda? Cheezy Wedges Cinta Jannah TV3 Cintai Isteri City of digital lights Doa memohon zuriat dan anak yang soleh Donut buatan sendiri Drama Cinta Jangan Pergi TV9 Electric Multifunction Pressure Cooker Evelyn Rose Fajar Pakeer Felinna GA IntaNBerliaN Gangnam Style HTC One V Hanya PadaMu Hubby Ikan sepat goreng Inilah Realiti Bukan Fantasi IntaNBerlian Internet tanpa had Istana Negara Jamuan Hari Raya KGT KSSR Kartun Upin Ipin Kenaikan Gaji Tahunan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Khasiat Air Zam Zam bagi Ibu yang Mengandung Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung Kuih Donut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Ladang Anggur Beris Majalah PaMa Mak Dara Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 MalaysianCubprix Maulidur Rasul Melur Jelita Menang Top komen Motor Cubprix Batu Kawan Muharram Mums n Kids Fair My Precious Iris Nabi Muhammad SAW Nelydia Senrose P1 PC Fair Pagi yang nyaman Panggil Aku Kiah Paul Walker Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Penjawat Awam Permohonan BR1M 2014 Permohonan BR1M 2014 secara online Persiapan Menyambut Bayi Baru Petua Mengandung Petua Mudah Mengandung Pilihanraya Pizza Hut Pizza roti Program 1Karisma Punca nafas berbunyi Putu Mayam Rumah P. Ramlee SKT tahun 2014 Sabahat Baik Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Senarai Semak Kelengkapan Bayi Baru Shopping online Sik SimplySiti Sinopsis Cinta Jannah Sinopsis drama Cinta Jangan Pergi Slot Akasia TV3 Spongebob Star Max Technology Tahun baru 2014 Terus Cintai Aku The Fast and The Furious The Wedding Breaker Top Komen Tugu Negara Upin Ipin Zati Mohd adrianna syaz aircond akar fatimah altimet amalan penambahan rezeki amalan ucap terima kasih amanda misbun anak anugerah Allah anak isap jari anak kembar anak pandai membaca anak rajin solat anak yang nakal anak yang soleh anonymous anugerah apa itu hernia apa itu ujian pap smear apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa berpantang arabian night arnab asingkan anak tidur dari ibu bapa autumnz awak suka saya tak? awi rafael ayat kursi badan tak selesa bagaimana nak mengajar erti tanggungjawab pada anak-anak bahagia baju printed bakul balck out bancaan bantuan sara hidup barangan elektrik barangan online basikal baru baskin robbins batuk beg beg duit belajar berpuasa beli barang secara online berbudi bahasa berkelah di Pantai berkelah di Pantai Batu Feringgi berkhatan berpantang sendiri bersangka baik dengan orang lain bertukar ke jabatan lain berurut selepas bersalin. biar lambat asalkan selamat bila anak-anak bertanya blocking colour blueberry cheese buah langsat buah manggis buang air besar bubur keladi budak yang cerdik buku merah buku prima bulan ramadhan burger burger yang simple cabaran candy crush saga cara berpantang cara mengatasi anak yang nakal cara-cara untuk free diaper cars cash out nuffnang cat jotun cat rumah ceeranoh.com cerdik cerita hari raya 2013 cerita kegemaran check nuffnang check up bulanan cheese cheese meleleh cheesekut cicak colour congratulation coolblog cuaca panas cucu perempuan cucuk 6 bulan cucuk untuk dua bulan cukur kepala cup cake cuti damansara intan demam kuning diapers dinner doa angin ahmar doa bahagia suami isteri doa ketika hendak bersalin doa ketika hujan doa menghindarkan diri dari sihir doa minum air zam zam doa pengikat kasih sayang suami isteri doktor dugaan durian crepe email entri entri blog ephyra fasha sandha bersanding free diaper frozen gadis pecinta pink game transport games ganjaran isteri memasak untuk suami dan anak-anak gastrik google analytics google chrome gunting rambut gusti hadiah hari guru hantu hari graduasi tabika kemas tahun 2012 hari pertama sekolah di tahun 2013 hari potensi tabika kemas parlimen sungai petani hati mudah terasa hati tak bahagia hello mr. perfect hernia hidung tersumbat? Fawwaz hikmah keluarga bahagia hisap jari homework http://atienstory.blogspot.com http://ayuinsyirah.blogspot.com http://botak-gambus.blogspot.com http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ http://herba-tihara.blogspot.com http://ihaveasweetsmile.blogspot.com http://mylovekasih.blogspot.com http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com http://normj1001.blogspot.com http://sayangkudinadania.blogspot.com/ http://staibaqhang.com http://summerkisseswinterrain.blogspot.com http://tengkubutang.blogspot.com/ http://www.google.com/analytics hubungan menantu dengan mak mertua hujan i-city snowalk ikatan yang rapat antara anak dan ibu iklan jawatan kosong impian dan harapan 2014 integriti internet isap jari istighfar jahit baju jahit kain langsir jeli jeli nona jimat cermat jimmy palikat jiran setaman johan kad ATM kad raya kalau aku kaya kalau memang harus bagitu kampung sungai raba kampungku kanser servik kapur kasut kartun frozen kasut sekolah kata-kata hikmah kebersihan vagina selepas bersalin keburukan bagi bayi yang hisap jari kedah kehamilan kek coklat kukus kek coklat strawberry kek keju oreo kek oren kelas mengaji kelebihan ephyra kelebihan istighfar keluarga iskandar kenangan kencing kotor dan kesannya pada wanita hamil keretaku kerja isteri kesan pegambilan jamu ratus warisan plus khasiat akar fatimah khasiat jamu kira berat badan ideal kiraan BMI kisah gigi klinik pakar kanak-kanak Harcharan Sungai Petani kreativiti anak-anak kuih dangai kuih koci kuih pak tunku kuning telur kurma baik semasa berpantang kurus langgar latihan legolang malaysia lirik Ketulusan Hati lirik lagu anak kampung lirik lagu kalau aku kaya loghat utara maal hijrah magic colour main-main majlis perpisahan mak mertua terbaik makanan berkhasiat ketika mengandung makanan berkhasiat semasa berpantang makanan kegemaran makanan pejal bagi bayi 6 bulan ke atas makku yang tersayang malu malware sms manjaku baby centre sungai petani masak di hari raya masak untuk suami masakan mak mee udang pulau sayak memanjat memey bertudung memilih makanan menang teka-teki menanti saat bersalin mengajar anak-anak belajar mengigau semasa tidur menguji minda anak-anak meniarap menjaga orang sakit menyusu anak merajuk merancang sendiri merangkak mercun merdeka mini contest minum air gula minum malam minyak minyak naik harga misteri surat Al- Fatihah monster inc monster university mood shopping motivasi muara hati muntah murai nabila biela nakal nasi ayam goreng nasi kerabu novel Sebenarnya Saya Isteri Dia nugget nurul akad nikah nurul dan eric deep office operation oreo better together oscar oasis panduan sendawakan bayi selepas menyusu panggilan emak pantai merdeka pap smear pawagam pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 pekembangan bayi di usia dua bulan pemandu kereta pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan malaysia pemilihan nama anak yang baik dalam islam pencerobohan di sabah pengalaman bersalin pengantin pening penyedut hingus penyusuan susu ibu peperiksaan akhir tahun peribadi perikemanusiaan periuk periuk pelbagai guna perkembanga terkini anak-anak perkembangan anak-anak perkembangan bayi perkembangan bayi 5 bulan perkembangan fetus 22 minggu perkembangan fetus 24 minggu perkembangan fetus 30 minggu perkembangan fetus 36 minggu perkembangan ketika mengandung perodua persiapan melahirkan anak persiapan sekolah personaliti anak kedua personaliti anak pertama pertama kali memandu kereta pertukaran tempat bertugas pesanan pesta pesta pulau pinang petua kulit bayi bersih petua mengetahui jantina anak petua selsema dan batuk pewangi baju pil perancang pondok-pondok posts power bank prego keju & herbs pretzels puasa ganti puding roti coklat punca bayi hisap jari punca hernia punca telinga berair puzzle quality time rambut rantai tangan resepi resepi cheesekut resepi kek coklat resepi kek oren resepi koktail buah resepi kuih inti sardin resepi nasi ayam goreng resepi puding roti resepi roti arab rezeki yang berkat ribut romper dan cloth diaper murah rosak roti roti arab sabah sahabat yang baik sakit di bahagian bawah abdomen ketika hamil sakit perut sakit telinga salam perpisahan salam takziah salindah saman traffik samsung sandiwara cinta sarang burung sardin satu barang satu ringgit sauce says sayur sayur tahan lama selamat hari raya selamat tahun baru 2014 selsema semasa berpantang senarai barisan kabinet persekutuan 2013 sendawakan bayi selepas menyusu service center samsung servis kereta servis laptop sesi persekolahan set manual breastpump autumnz shaklee shopping shopping online Hishop soalan mengenai kelahiran normal selepas caesarean softlan sos prego soya spageti status pertukaran super spontan surirumah susah nak tidur susu dutch lady 123 tahun baru 2012 tak boleh nak bukak blog sendiri taman perbandaran pulau pinang tambah rezeki tandas lelaki tandas perempuan tanggungjawab seorang isteri teka harga tekanan darah telefon telinga berair telur telur ayam telur ganjil temujanji dengan doktor tiada ubat batuk dan selsema untuk baby bawah setahun tidur sendiri tiga bulan tip asuh anak tip bila anak dah berusia 7 bulan ke atas tips anak tidur lena tips cairkan susu perahan tips gembira sepanjang hari tips kebersihan vagina tips mengurangkan sakit belakang tips untuk menangani adik-beradik yang bergaduh tiramisu tobasco tumbuh gigi tutorial letak button facebook tutorial scroll box untuk bloglist ubat batuk ubat selsema ujian minum air gula ujian pap smear village mall vita-lea shaklee walker wanita weekend wirid wanita hamil world children's day free screening og planes www.babycenter.com www.jpa.gov.my www.mialiana.com yes boss you drive you win youtube zaman sekolah zizan zoo bag zoo taiping and Night Safari