Assalamualaikum....
Terpanggil untuk membuat entri berdasarkan kepada komen INA ni.
Nak share pengalaman jugak mengenai anak aku yang first, Firas yang pernah menjalani pembedahan untuk membuang lebihan cecair pada telur dia.
Mula-mula tu mang tak perasan sangat, tapi bila ada misi (dulu mak mertua mengasuh anak misi ni) tu tegur pasal telur Firas besar sebelah. Barulah kitaorang refer kat klinik. Masa tu kalau tak salah umur Firas baru setahun lebih. Doktor mang syak yang tu adalah Hernia. Apa tu Hernia?
HERNIA merupakan gangguan kesihatan yang umumnya dideritai oleh kaum Adam. Sekalipun insidennya lebih banyak menyerang orang dewasa, ia juga kerap terjadi di kalangan kanak-kanak.
Walaupun hernia tiada kaitan dengan masalah angin, tetapi ia turut mendapat jolokan di kalangan masyarakat kita sebagai penyakit angin pasang.
Hernia diambil daripada perkataan Latin, herniae yang membawa maksud penonjolan keluar organ atau tisu yang lembut melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen. Ia kelihatan seperti bonjolan kecil pada kulit dan akan jelas kelihatan semasa anak batuk atau menggeliat.
Salah satu puncanya mungkin kuat menangis masa dia bayi dulu. Kan ke aku dulu PJJ ngan hubby. Anak pulak hubby ngan mak mertua jaga. Masa tu umur Firas baru je dua bulan. Terpaksa tinggal sebab aku keje kat Petaling Jaya. Kalau ikutkan ati masa tu aku nak je bawak sekali Firas tapi dah hubby kata dia nak jaga. Kena gak lah ikut cakap suami. Sebab tu sampai sekarang Firas jadi cucu kesayangan. Mak mertua jaga daripada bayi.
Tapi yang jadi kat telur Firas ni tak kecut pun, kalau kata angin pasang kan. Ada masa dia besar dan ada masa dia kecut kan?. Masa doktor pakar check dulu pun, doktor confuse. Tak tau nak klasifikasikan sebagai sakit apa. Cuma nak sama cam Hernia, tapi bukan Hernia. Yang pastinya dalam kantung telur tu ada lebihan cecair.
Nak tak nak doktor decided suh operate buang cecair tu gak. Takut effect bila dia dah besar nanti. So, masa umur Firas dua tahun, doktor set appoinment tuk operate.
Rawatan moden satu-satunya kaedah yang dapat menyelesaikan masalah bayi yang mengalami hernia. Jika ibu bapa takut dan tidak mahu mengambil apa-apa tindakan atau hanya mencuba kaedah mengurut, besar kemungkinan hernia itu lebih parah.
Penah gak bawak dia tuk urut tapi tak jadi apapun sama je camtu gak. Sib baik tak jadi apa-apa.
First time anak masuk bilik bedah. Sesuatu keresahan yang tak dapat nak digambarkan. Risau yang amat. Kesian pun ada sebab masa tu usia dia kecik lagi. Mak ayah mang diaorang tak bagi masuk.
Alhamdulillah, lastly berjaya jugak doktor operate telur dia. Kecut dah seperti sedia kala. Kami suh doktor tu sunat terus. Senang dua dalam satu. Seminggu jugaklah nak bagi dia betul-betul baik. Payah gak masa tu kan dia dok pakai pampers lagi. Cakap pun tak reti lagi. So, cara penjagaan dia rumit gak lah. Sib baik mak mertua banyak membantu. Cucu kesayangan, confirmlah dia jaga betul-betul. Huhuhu....
sumber SINI
Sekian, Wassalam...
5 comments:
bagus info
dulu si Naiim tu ada hernia. masa bayi je la. dah baik pun. k.k berubat kampung.
ramai jugak org dewasa yg buat operation utk hernia ni kan.
bagus juga sharing the info..
alhamdulillah selamat hf
tak tau lak psl firas operate dl yati. risau gak kan. kami mmg tak reti la bab cmni
Thanks kak share pasai ni.
Seingat sy la kan. Masa dok jb ada satu pakcik ni citer. Kebetulan msa kami pi umh dia trnmpak satu pokok ni. Cik abe tnya la pokok ap kn.
Skali pakcik tu bgtau la. Nama pokok tu POKOK KECUBUNG. Kalu ada penyakit angin pasang, amil daun tu 2,3 helai.kemdian layur dgn api. Lekatkan daun td dekat tmpT yg jadi tu. Kiranya letak daun, pakai seluar kecik la. Buat msa nk tido. In shaa Allah. Dia akan kecut nanti.
Post a Comment