Assalamualaikum...
Lama dah sebenarnya teringin nak makan bubur keladi masakan mak sendiri. Dari masa aku dok peknen lagi. Tak kesampaian nak makan sebab tak balik kampung. So, masa balik kampung aritu. Saja tanya kat mak, (hihi..padahal nak suh mak buatkan bubur keladi) ada keladi tak kat tepi umah tu?. Mak kata pokoknya ada tapi buahnya tak taulah ada ke tak, kena tengok dululah. Petang tu mak pi carik. Alhamdulillah sib baik ada buahnya. Sok pagi tu mak masakkan bubur keladi tuk anak dia.
Bubur keladi ni mang feberet anak-anak mak. Sekali makan dua tiga mangkuk. Sedap. Tu la air tangan mak kan. Tengok macam biasa je tapi, bila makan sedap. Kenyang anak-anak mak.
Bila dah balik sini, terfikir balik pengorbanan mak kepada anak-anaknya. Bagitau jelah nak makan apa. In shaa Allah, mak akan buat. Tak penah pun menghampakan anak-anaknya. Selalu je menunaikan apa yang anak-anaknya nak. Tapi boleh tak kita buat camtu gak kat mak kita?.
In shaa Allah, akan ku balas balik segala jasa-jasa mak selama membesarkan aku. TERIMA KASIH kat mak sangat-sangat sebab menghargai aku sebagai anak. Dan aku jugak akan sentiasa menghargai mak sebagai orang yang berjaya melahirkan dan mendidik aku selama ini. Sayang mak selalu!.
Sekian, Wassalam...
haryatifaizal: waaaa.... rasa sedih pulak....
7 comments:
assalamualaikum
singgah pagi
dah lama xmkn bubur keladi... ms kat trg dulu, sellau makan..
mak memang cam tu kan. tak pernah nak hampakan anak anak kan.
sok sok kita pun cam tu jugak kot
iye, seorang mak sanggup buat apa sahaja demi anak-anak. harap2 kita juga sebagai anak dapat buat benda yang sama untuk mak kita :)
rasa nk nagis bc entry ni...ingat kat arwah mak..huhu..mmg..mak tak akan pernah menghampakan permintaan kita kan...dari kita kecik hingga kita dah jadi mak orang..kasihnya ttp sama sekelumit pun tak pernah surut...
sedap bbr keladi..
kasih ibu kan kak
tak pernah makan lg
Tak pernah makan rasanya bubur keladi ni :)
Keladi pun xmakan..ehhee
Post a Comment