Assalamualaikum....
Disebabkan benda ni lah Fawwaz bebai. Selagi tak cukup 10 stiker mana bley nak redem kan?. So, aritu beli barang dapat 4 stiker je. Yang stiker sebelum ni mang dia bagi free sebab ada kad tesco tu. Bebai bagai nak rak kat tesco, Ya Rabbi.... abis baju aku ditarik-tarik. Tak bagi nak balik. Nasihat pun tak guna sebab kalau dia nak tu, mang naklah!. Tak bley nak tipu-tipu dah.
Lama jugak dok merengek, naik malu muka aku ngan hubby ni. Semua orang dok tengok. Dahlah aku dok dukung si Hafiy. Hubby pulak tolak troli. Aku takut je, dia tarik-tarik baju, aku pulak yang tertungging. First time dalam sejarah dia buat hal camni. Adoiii...lah anak. Lastly, pujuk dia leklok.... mau jugak dia balik walaupun still nangis lagi. Masuk kereta, dan dan tu dia lena. Erm, patutlah dok meragam, nak tido rupanya. Sabo je le...
Masa abang dia kecik-kecik dulu rasanya tak penah pulak bebai camni bila tak dapat barang yang dia nak. Baik je. Dengar cakap je. Tu lah orang kata setiap anak tu mang ragam dia lain-lain. Tabahkan hati je le...
Sekian, Wassalam...
[Autopublish]
8 comments:
assalamualaikum
singgah pagi isnin
Penat kut...tu meragam gaknya....
Anak sy pun duk aim mende ni...hik3...
Anak kak Sarah pun sama....Baru dapat lima sticker mengamuk nak katun tu...Nasib baik boleh redeem cuma tambah duit RM4.90 jer...
Bebai tu apa? Memngamuk erk...hehehe...
Anak saya yg second tu pon mcm tu juga. Selagi tak dapat selagi tu lah dia membebel/nangis nak juga...haishhh...sabar jer lah.
kena byk bersabar melayan budak2 ragam camne hehe
sayang sangat . dah kumpul penuh sticker ni then dah reedem pun. tapi tertinggal kat dalam troli. Tak de rezeki Naiim nak main.
best baca ayat yati..dah jd rakyat kedah 100% dah yati ni.hehe. yati,kami tak simpan pun sticker tu.
Layan k je kak.
Slagi termampu
Post a Comment