Assalamualaikum...
Semalam sahabat baik aku sms bagitau dia dapat tukar ke jabatan lain. Waaa! sorang lagi sahabat aku dapat tukar, sedihnye!. Disaat aku cuti panjang ni pulak dia bertukar. Tak dapatlah nak sembang-sembang tuk terakhir kalinya. Tak jauh mana pun dia tukar dari Pulau ke Seberang je. Tapi, pasni susah sketlah nak jumpa. Kalau tak roger makanya tak jumpalah. Masih bley berhubung jugakkan???. Kanke dah de macam-macam skang ni, Viber lah, Line lah, Whatsapp lah....etc.
Banyak kenangan ngan dak zura ni. Kenal tahun 2008 masa mula-mula aku dapat tukar ke Penang. Dia pun baru start servis dalam goverment tahun yang sama. Satu unit yang sama. Selalu jugak bertukar-tukar fikiran pasal kerja. Camana nak selesaikan masalah tu, masalah ni. Susah senang selalu bersama. Bak kata orang saling memerlukan antara satu sama lain. Apa-apa event pun selalu sama-sama join. Mang dah kenal sangat hati budi masing-masing. Aku pun dah anggap dia cam adik sendiri. Dah aku pun takde adik pompuan kan?. Sedihlah jugak pasni dah kurang sorang geng aku.
Azura yang sebelah kanan tu, sebelah kiri tu Farah, dia pun baru je tukar ke Politeknik.
Apapun aku sentiasa mendoakan yang terbaik tuk dia. Semoga dia akan lebih-lebih bagus lagi di tempat yang baru. Orang kata cukuplah servis 5 tahun di satu-satu jabatan, pastu mintaklah tukar ke jabatan lain tuk kemajuan kerjaya kita. Cari persekitaran yang baru, kawan yang baru dan semangat yang baru. #akupunakanmenyusuljugakpasni
Sekian, Wassalam....
10 comments:
all the best
betul tu. mcm mcm cara nak berhubung sekarang ni.free lak tu
a'aa kan, yati tgh bpantang lg kan.. mmg xsempat la nak laga2 pipi sembang2 kan.. :-)
dah lama kawan.. dapat tukar tu.. mmg terasa la juga kurang geng hehehe
jgn lupa contact2 terus pas ni lah kan !
Done sedekah nuffng pagi2 jumaat ni !
Stiap pertemuan psti ada perpisahan..
ermm.. kehidupan.. tiada apa y kekal ;-)
selamat btugas di tempat bau buat kawan yati.. xpe kak..nanti mesti jumpa geng baru lak
betul kak. kalau dah lama di satu jabatn tu, lebih baik beralih angin kan. cari pengalaman baru pulak.. untuk kemajuan kerjaya kita. dapat belajar benda baru...
semoga lebih maju di tempat baru kan. best blh tukar2 tempat kerja ni. rasa la suasana lain pulak
Post a Comment