Assalamualaikum....
Dalam tempoh aku cuti bersalin ni mungkin banyak perkembangan anak-anak yang aku update kat blog ni sebab setiap saat dan setiap masa aku disamping diaorang ni, so mana yang aku rasa nak share kat blog ni aku share le ye, so sila jangan menyampah hihihi....
Nanti bila dah start keje tak taulah sempat ke tak aku nak update strorimori ni. Rasanya kena buat autopublish kot. Iyelah masa aku ngan anak-anak kalau time keje mang terhad, malam berapa jam je nak bersama dan layan anak-anak. Tengok jam dah nak pukul 10 malam. Time tu adalah time tido tuk Firas sebab sok tu dia skola. Kalau selagi aku tak tido mang dia takmo tido tu yang susah. Cuma kalau dia dah tertido kat depan tv tu senang sket la keje aku. Bley tido lewat sket, paling lewat pun takde la sampai kui 12. Siap buat keje umah semua aku tidolah. Tu nak layan baby kecik ngan baby besar lagi.... Baby besar kena jaga jugak kot dia sentap nanti, takmo kawan pulak.
Ok kali ni nak share picture anak-anak aku, tak penah lagi kot aku update gambar diaorang bertiga. Ni baru ada kesempatan nak buh kat blog. Bley jugak diabadikan bila diaorang besar nanti.
Sayang sangat diaorang kat baby Hafiy ni. Pantang kalau Hafiy bangun, dua-dua dok berebut nak kiss baby, nak sembang ngan baby. Kadang-kadang sampai bergaduh. Aku pulak yang pening. Isshhh... payah jugak. Si Fawwaz ni dia kedekut sket, selalu tak bagi Firas join sekali. Dah pastu merajuklah. Kalau bley dia sorang je yang ngadap Hafiy. Ermmm....
Sekian, Wassalam...
11 comments:
tomei2
x jemu pnya...kisah anak2 la yg senang nak diterima rasanya...santai dgn kerenah bebudak...syok kan...hehe..
memang gambar2 dalam blogni semuanya jadi kenangan.. anak2pun kalau dah boleh membaca mulalah baca kisah kat blog ni...gelak sorang2 baca perangai sendiri kecik2...
Comel hero2 you ni. Semoga jadi anak yg soleh.
syok depa dok gomoi adik.. emm syokkan dapat baby bary leh cium bau syurga,... emm rindu...
comel la dier...sama la ngan anak kalo nengok kartun memang ternganganganga mulut
alahai..comelnya :)
pas ni kejap je , tengok tengok anak anak dah besar. sekali si baby tu pun kan..
Hafiy ni ikut muka abg long ke abg ngah ni.. Comei je dok gomol adik depa
Seronok je tgk telatah ank2
alahai ..berebut adik pulak yea.haha
nampaknya ibu kena lahirkan sorang lagi la..hihi
Post a Comment