Assalamualaikum...
Mood sekarang ni tengah syok layan cerita CINTA JANNAH dalam slot Akasia TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 sampai 8.00 malam. Tak sabar nak nunggu jam 7 nanti... hahaha!. Nak tau pasal pe???. Aku suka tengok gandingan hero n heroin dia tu. Cam serasi je, hensem pun hensem, jelita pun jelita.
Itulah rutin aku masa tengah dok cuti panjang ni. Nak buat pe lagi kan, asik layan tv je. Kadang-kadang bussaaan jugak!. Kalau dah takde citer sangat tu barulah aku off kan. Ingat nak carik novel pulak lah pasni, nak ilangkan rasa busannn tu. Kan ke dah abis pantang. Ok lah ni sinopsis citer Cinta Jannah.
Drama
bersiri 24 episod yang diarahkan oleh Azmi Hatta ini akan ditayangkan setiap
Isnin hingga Khamis, pukul 7 petang di TV3.
Antara
barisan pelakon hebat seperti Aeril Zafrel, Nelydia Senrose, Reen Rahim, Ramona
Zam Zam, Fadilah Mansoor, Saharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz dan
Ezany Nizariff.
Ia
berkisarkan tentangkehidupan seorang wanita bernama Jannah (Nelydia Senrose)
melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini
Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun
yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi.
Jannah
dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk
mendapatkan harta pusaka ibunya.
Duit
tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak
sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab
beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.
Setibanya
Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala
memikirkan apa yang bakal dilakukan, ben tangannya telah diragut dan Jannah
jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.
Secara
kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang
pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa
mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini
Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.
Dalam
keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah
memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin.
Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P
Ramlee), berasa amat marah.
So, nak tau kesudahannya kena tengok sampai abis leee....
Sekian, Wassalam...
7 comments:
Selamat hari raya Aidlfitri :)
Ros minta maaf andai ada tersalah sepanjang kita berkenalan di dunia blog ni ye kak :)
saya dah terjebak la kak.hihi
suka nelydia dgn lelaki kaya tu
KZ tengok juga tapi ala ala kadar sebab 7.30 dah Maghrib!
jalan certa die leh tahan best gak hehe
Tak penah tgk pun..tp pasan la iklan nama anakku.hehe
Xprnh tgk citer nih..Huhuhuhu
nik pun layan citer ni.hehe
Post a Comment