Assalamualaikum...
Walaupun dahde dua orang anak sebelum ni, tapi kadang-kadang info ni ada jugak kepentingannya. Bila lama takde anak kecik, tiba-tiba ada anak kecik balik jadik kekok pulak. Aritu masa nak mandikan pun aku suh hubby mandikan dulu. Hihihi...Ntahlah tak tau pasal pe, tapi pastu ok je, memula je. Masa yang 1st baby dulu mak mertua aku banyak amik peranan sebab aku ngan hubby kan PJJ. Anak kedua aku jaga sendiri tapi dah 3 tahun so, kena refresh balik camana nak jaga baby kecik.
Info yang aku baca dari Majalan PAMA ni aku nak sharelah kat entri ni.
Ibu boleh mengatasi keadaan tersebut dengan menyendawakan bayi setiap kali selepas penyusuan. Terdapat beberapa cara untuk sendawakan bayi:
1. Pegang bayi dan sandarkan kepalanya pada bahu anda. Sokong kepala dan bahagian belakang ketika anda mengusap lembut belakangnya.
2. Dudukkan bayi di riba anda. Pegang dada dan kepalanya dengan sebelah tangan anda dan secara lembut usap bahagian belakang badannya.
3. Meniarapkan bayi anda ke bawah. Sambil itu pegang kepala bayi dengan lengan anda. Usap lembut belakangnya.
4. Jika bayi tidak sendawa selepas beberapa minit minum susu, sendawakan bayi dengan pelbagai posisi sehingga 10 ke 15 minit.
Sekian, Wassalam...
9 comments:
great tips
good good sharing....hihihi..lama no kan x jaga budak kecik..kecik pun dah 6 tahun sudah...
cara ketiga tu yang selalu saya buat.
pnh dgr ptua ni.klu bby xsndawa pn ssh jgk kn..tkt temuk nti.huhu
bagus info ini , tq share this
Tips yang betul yati.Tapi ada juga ibu2 yang tebuk2 belakang bayi.Fahz pernah tonton rancangan di tv lama dulu.menepuk belakang bayi adalah 1 tindakan yg salah.sebaliknya hanya mengurut perlahan-lahan seperti yg yati catatkan..moga info ini berguna buat bakal ibu :).perkongsian yg menarik dear :)
bestnya ada baby, leh imagine jer :)
Byk cara nk sendawa kan bby...
bagus info ni kak :)
Post a Comment