Assalamualaikum....
Lamanya tak memunculkan diri ye. Rasanya tak terlambat kalau nak ucapkan Selamat Hari Raya kat korang semua kan?. Masih dalam mood raya lagi kan. Mesti syokkan sambut hari raya. Dapat balik kampung jumpa mak ayah. Jumpa sedara mara. Ofkoslah kadang-kadang time raya ni la baru nak bersua muka, baru nak sembang-sembang. Hari lain macam susah je nak jumpe kan.
Alhamdulillah, aku, hubby dan anak-anak dapat balik beraya kat kampung aku. Mana lagi kalau bukan balik Tanjong Karang, Selangor. Semestinye seronok jumpe makku yang tersayang. Lama tak jumpe mak. Hihihi... dan dapatlah nenek dia jumpe Baby Hafiy buat pertama kalinya.
Kitaorang balik kampung sehari sebelum hari raya sebab hari selasa tu hubby keje lagi. Dan alhamdulillah jugak perjalanan balik kampung kami berjalan dengan lancar. Anak-anak pun tak banyak ragamnya. Dan aku mang banggalah ngan Firas sebab dia berjaya menamatkan puasa dengan jayanya. Walaupun perjalanan balik kampung memakan masa selama lebih kurang 5 jam, tapi dia still larat nak teruskan sampai ke waktu berbuka puasa. Semoga pose tahun depan akan sama jugak cam pose tahun ni ye. In Shaa Allah.
Raya kami tahun ni biasa je. Cam tahun-tahun lepas pagi raya ziarah kubur arwah abah, pastu pi umah makcik-makcik, jumpa atuk, berkumpul ramai-ramai sampaila ke petang. Anak-anaklah yang paling hepi sebab dapat jumpa rakan sebaya diaorang. Dapat duit raya. Aku???? hihihi... still dalam pantang lagi so, KITA TENGOK JE LAH ORANG MAKAN YANG SEDAP-SEDAP. Waaaa... sungguh tercabar keimananku raya tahun ni. Takpe-takpe yang penting badan aku sihat, cukuplah... makan bila-bila pun boleh kan? #ayattuksedapkanhati ;-)
Gamba tak banyak aku amik raya tahun ni. Ntahlah kalut ngan anak-anak, sedar-sedar dah terlepas saat-saat yang besh tu... ermmm... terkilan jugaklah.... Biasala bila ada anak kecik ni cam tak cukup tangan ngan kaki pulak. Baru nak biasakan balik ada anak kecik camtu lah. Nanti lama-lama baru ok sket.
Itu jelah cerita aku setakat ni, nanti lain hari aku tambah lagi ye. Ni pun dok menaip dari kul 8.30 pagi sampai nak pukul 10 pagi tak publish lagi.
Sekian, Wassalam....
13 comments:
happynya
ya..kitapun masih mood raya lagi..selamat hari raya...:)
sama laa...pgi raya kalut siapkan anak2...tmbh ngan baby lagi..mmg laaa...
selamat hari raya yati... heheh pantang lagi emm telan air liur lah kan.. emm seronok dapat berjumpa sanak saudara. dengan baby baru
kejap je rasanya. ko dah pun lepas pantang.
wah best tu dapat ambil gambar beramai ramai
raya kat tg karang meriahkan!!!.. akak ka;au balik kampung ikut kuala selangor- tanjung karang - sekinchan - sg besar dan sabak bernam meamng teruja sesangat tengok cara orang sana beraya...
dah dalam pantang memangler tak bersemangat nak beraya cam orang lainkan.. akkapun penah kena sekali ... orang beraya kita berpantang...
selamat hari raya.. abis pantang nnt boleh mkn apa saja yer.. hehehe
gembira dpt berkumpul satu keluarga di hari raya. :)
as-salam.
selamat ahri raya kak
tahniah.
dapat baby boy ke girl?
Meriahnya raya dia walaupun dlm pantang ya :) selamat berhari raya yati..
Selamat hari Raya Aidilfitri kak :)
Besar jugak family akak ye.. penuh je tengok dalam gambar :D
Mineral Coffer tu sekotak RM25 ada 20 sachet
Ala... Yati ni tak pandangkan muka baby ke arah kamera. Abang-abang dah pandai berposing tapi baby belum lagi tak nampak jelas muka comelnya..
Tahun depan baby dah pandai mintak duit raya Yati:)
meriah betul kumpul ramai2 ni yer !
Post a Comment