.:: Sahabat Blog ::.

Tuesday, January 15, 2013

.: Mak MertuaKu :.

Assalamualaikum...

Macam mana aku nak start ngan citer ni ye?. Oklah, aku start dengan pas kitaorang akad nikah. Itulah kali kedua aku jumpa mak mertua aku. Sebab masa berkawan ngan hubby dia tak penah ajak jumpa ngan mak dia, kan ke kitaorang bercinta jarak jauh. Susah sikitlah. Kali pertama jumpa pun masa majlis bertunang aku ngan hubby.

Hubby anak bongsu dan tak penah langsung berpisah ngan mak dia. Kat situ umah mak dia dan kat situ jugaklah umah dia. Keje pun area umah tu jugak. So, tak pi mana. 

Pas akad nikah still PJJ lagi, sampailah aku bersalinkan Firas, hubby suh balik duduk ngan dia. So, aku terpakse berhenti keje dan balik Kedah. First time duduk sepenuhnya ngan mak mertua, sebelum ni just weekend je aku balik Kedah. Memang, memang... mencabar sebenarnya. Terpakse suaikan diri ngan keadaan. Mak mertua aku pulak jenis yang cerewet, banyak cakap. Cakap pulak jenis yang kuat-kuat, bukan slow punya volume. Mula-mula tu dok terasa hati jugaklah. Yelah, tak tau lagi intonasi dia tu marah atau bercakap. Terkecik ati jugekslah....!. Tapi, lama-lama tu dah terbiasa. Tapi still tak puas hati jugaklah bab jaga anak sebab masa aku dok KL, aku tinggalkan Firas suh mak mertua aku jaga. Jadinya, semua serba serbi kena ikut cara dia. Sampaikan malam bila anak nangis pun mak mertua amik tuk tido ngan dia. Sedihkan?. Masa tu aku terfikir, "aku ni sape?, napa tak bagi langsung peluang kat aku.... tuk jaga anak aku sendiri?". Mang aku nangis sangat-sangat. 

Aku pendekkan cerita. Akhirnya kami amik keputusan tuk ada umah sendiri. Lagipun masa sebelum kawin tu hubby dah bagitau kat mak dia, yang pas kawin dia dah hidup berdikari. Nak ada kehidupan sendiri. Alhamdulillah sampai sekarang kami bahagia. 

Tapi hubungan anak, menantu ngan cucu tak bley dipisahkan daripada mak mertua. Kami still bergantung harap lagi dalam penjagaan anak. Mak mertua still nak mengasuh anak-anak kami. 

Apa yang aku nak share kat sini sebenarnya, mak mertua aku adalah MAK MERTUA yang TERBAIK!. Walaupun mulut dia potpetpotpet tapi, hati dia baik. Aku mula sedar bila Firas start sekolah. Banyak sangat jasa dan pengorbanan dia ngan kitaorang. Korang bayangkan, pagi kalau Firas nak pi sekolah, mak mertua aku yang siapkan. Hubby tolong apa yang patut je. Sebab area 6.40 pagi pas anta diaorang kat umah mak mertua, aku terus pi keje, mang tak sempat nak siapkan Firas tuk pi sekolah. 

Kalau time Firas nak balik sekolah hujan, mak mertua akulah yang pi amik dia balik sekolah. Tu pun nasib baik mak mertua aku pandai drive kereta. Kitaorang mang tinggal satu kereta time weekday tuk kegunaan mak mertua. Mang banyak sangat jasa dia kat kitaorang. Aku tak tahu sampai bila nak bergantung harap ngan dia. Mak mertua aku tu pun bukan sihat sangat, sentiasa bergantung ngan ubat sebab ada darah tinggi. 
Sepatutnya, time macam ni dia dah bley rehat-rehat. Tapi, mungkin kat umah pun takde sape, bila dia mengasuh anak-anak aku, dia rase seronok. Rumah tu tiap-tiap hari riuh rendah. Takdelah dia sunyi.

Bila aku fikir balik, kehidupan kitaorang mang tak bley dipisahkan daripada mak mertua. TERIMA KASIH MAK sebab banyak sangat jasa mak pada famili kami. In Shaa Allah, baik budi MAK akan kami kenang selamanya. Alamak! tersedih la pulak..... waaaa....



21 comments:

Kakzakie said...

Carilah mak/ayah tak kiralah sendiri punya atau mertua bila tiba pada cucu kasih mereka memang lebih dari 100% Tie. Kalau boleh tak boleh ada yg kurang pada cucu dia. Kakak maklum sangat hal ini. Syukurlah dan sentiasa doakan mereka ini.

Saya Disini said...

:)

Pelengkap Rusuk Kiri said...

TERsedih pulak bace :'(

are_lin@yu said...

itula sebenarnya org yg mlt bising ni hati dia baik kan..hehe

Norliza Nordin said...

untung dapat mentua cmtu.lagi best semua die tolong.. :)

permatabiru said...

mak mertua pun macam mak kita sendiri juga..walau macam mana layanan mereka pada kita..rindu arwah mak terubat juga..bila ada mak mertua..untuk kita panggil MAK..tersedih plak komen nie..:(

Bui Junaidi said...

ORG TU NI MMG KDG MULUT POT-PET TP UTK KEBAIKAN SEBENARNYA..SO,KITA KENA TERIMA SECARA POSITIF..SO FAR,MAK MERTUA BUI SGT2 BAIK ORGNYA..LAGIPUN KITA JARANG SGT JUMPA..HARI RAYA JER BALIK SBB KPG MERTUA JAUH DI MUKAH,KAMI DI KUCHING..KALAU DRIVE DLM 10 JAM BARU SAMPAI..HUHU

Kesuma Angsana said...

terharunyer baca, untung anda MIL sebaik ni ti!

QasehnyaRania said...

hihi..biasalah kak volume orang kedah memang akdang2 kasaq sikit kan.kalau org yang 1st time jumpa pasti akan terasa tapi tak semua.

alhamdulillah ..

Wak Gelas™ said...

untungla ada mak mertua yg baik hati.., UHuuuu, kasim? siapa kasim?

wantie said...

akak doakan agar hubungan korang anak beranak sentiasa bahagia dan lebih bahagia..

tetiba teringat kat MIL la.

Nastyna said...

salam dear,

itu la kan orang tua, cara mereka sometimes kita payah nak terima, tapi tujuan dorang sangat mulia. Tak terbalas jasa dorang.

Nadia Johari said...

dia syg menntunya..cuma malu nk tunjuk..hehe..

Mimie said...

sy pun dulu xphm mentua mcm ne terasa ati la pulak...mule2 kawen je pastu lame2 dh ok...mak mentua sy memg best....

nik ros said...

sama mcm mak mertua nik.mulut bising jugak tapi hati baik.hehe

IntaNBerliaN said...

mana2 mak pun, mesti akn kalah bila dgn cucu... dorg mmg syg sgt dkt cucu2..

ros_reeza said...

Touching pula Ros baca.

izan mama mia said...

untung laa masih ada mak mertua..saya mak mertua langsung tak sempat nak kenal..mak mertua tiri ada laa tapi kasihnya ttp tak sama..

Noraziha said...

Masa baru2 ada anak tu, dok sembang gak ngan yati psl ni kan.hehe. Tp tak sume org kedah bising yati..contoh terdekat my mom..
Apa2pun terbaik lak mertua yati..:)

Anonymous said...

Wow, this post is nice, my sister is analyzing these things, thus I am going to convey her.


Also visit my web blog ... SEO automation

Eca Dwinky Asha said...

terbayang lak camna nak jumpa bakal mak mertua nanti....harap2 mak mertua ne oke...samalah hubby akak dgn bf eca..dia anak bungsu lelaki.eca pulak anak manja..adoiiii.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: IkatanKu ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:: Muhammad Firas Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Fawwaz Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Hafiy Firdaus ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers