Assalamualaikum...
Untuk makluman anda semua, Perodua mengadakan Kempen "What's Your Perodua Story?" . Apa sahaja cerita yang anda nak dikongsikan pasal kereta keluaran Perodua boleh dikongsikan dalam segmen ni. Anda semua yang ada kereta keluaran Perodua mesti ada kisah suka dan duka kan?. Aku? Mesti la ada.
Aku memiliki kereta Perodua Kancil tahun 2004, hasil titik peluh aku sendiri selama 3 tahun kerja. Tu je la kereta yang mampu milik masa tu. Takmo beli kereta mahal-mahal sebab takmo nak bebankan diri sendiri. Seminggu pas aku dapat kereta tu, aku dah langgar "bumper" kete orang. Almaklumlah, belum berapa nak mahir kan memandu kereta. Masih tak boleh nak budget bila nak undur kereta. Melayang gak la RM aku nak baiki kereta kancil tu.
Ku namakan Kancil aku itu "Si Biru", sebab dia kaler biru. Si Biru tu aku dah bawak ke merata tempat. Aku pernah bawak dia sampai ke Muar, Johor masa tu ada kenduri bertunang kawan baik aku masa belajar kat UTM dulu. Pastu penah ku bawak dia gak pi Negeri Sembilan, tapi aku tak ingat nama pe tempat tu. Yang tu pun ada kenduri kawin abang housemate aku dulu. Jauh gak kan perjalanan Si Biru ni.
Si Biru ni jugak la yang membawa aku ke SPA, Putrajaya untuk pi interview. Bila dah dapat tawaran keje, dia gak la yang aku bawak tuk lapor diri kat Putrajaya. Bila aku dapat transfer kerja ke Pulau Pinang, aku travel dari KL ke Sungai Petani (umah mak hubby) dengan Si Biru tu jugak. Sehingga ke hari ini, hari-hari la aku berulang pi kerja ngan balik kerja dengan dia dari Sungai Petani ke Butterwoth.
Sebab pe aku mang serasi ngan kancil biru aku ni?
1. Kecik dan sesuai dengan perempuan
2. Minyak save
3. Senang nak parking
4. Laju pun laju
5. Senang bila bawak anak-anak, sebabnya jarak antara seat tak jauh
6. Banyak lagi la kelebihan dia.
Dalam tempoh lapan tahun ni banyak sungguh kenangan suka duka aku ngan kancil biru ni. Dan aku akan bersama Perodua Kancil ku ni sampai bila-bila.
So, jika korang nak kongsikan cerita pasal kereta Perodua korang jom KLIK KAT SINI
Pastu lengkapkan ruangan tersebut, dan korang boleh share cerita korang.
5 comments:
wah, ade si biru lah dia!
zera eira : yang tu je la yg mampu dimiliki buat ms sekarang.
sy punya si ciku...sad story.:P
Arra Ahmad : comei la nama "si ciku" tu...
Sama la kita ada Kancil jugak, tapi sekarang Kancil telah bertukar tangan kepada adik..
Ingat nak syer jugaklah pengalaman bersama Perodua ;)
Post a Comment