Hari ni genap 11 tahun dah arwah Hamzah bin Ngiman, meninggalkan Baniah, Hanizah, Haryati, Faizal dan Farizol. Rasenya baru semalam je abah pergi. Teringat balik masa hari kejadian, abah meninggal sebab jatuh dari tempat tinggi masa buat umah kawan dia. Masa tu aku takde kat kampung, hari kejadian tu ari selasa. Hari ahad sebelum tu abah antar aku kat stesen bas Kuala Selangor, sebab dah janji ngan kawan aku Liana nak cari keje. Betul-betul baru lepas grad, so sementara nak dapat keje yang ok, ingat nak cari keje yang biasa-biasa je la. Aku ingat lagi pesan abah "Kalau tak cukup duit, nanti balik la kampung...". Itu la ayat terakhir abah pada aku. Sebab lepas tu abah dah tak bercakap dah.
Selasa 8hb Mei 2001. Petang tu abah jatuh. Aku dapat call dari kakak aku tengah malam tu, sebab abah terlalu kritikal. Dulu mana ada handset lagi, so kene call telefon umah. Masa aku dengar kakak kate abah kritikal, aku cam tak caya, aku mimpi ke?. Tapi tak. Air mata ni tak yah kate la, mang tak berenti. Semangat aku hilang. Nasib baik kawan aku Liana tu ada, so, dia yang tenangkan aku. Dia suh aku baca Yaasin, sementara nak p tengok abah sok ari.
Pagi 9hb Mei 2001. Aku bertolak pagi-pagi p Stesen bas Klang. First time aku nak naik bas p Hospital Klang (Ampuan Rahimah). Tak tau. Tapi aku tanya kat orang yang ada kat situ. Masa aku dah naik bas tu ada sorang pakcik tu dok sebelah aku, dia tanya aku nak p mana, mungkin masa tu dia tengok muke aku sedih kot. Aku kate la nak p Hospital Klang, abah masuk icu. Aku citer la first time nak p situ, tak tau nak naik bas apa bila sampai Klang. Alhamdulillah, mungkin kuasa Tuhan kan, masa kita susah ada gak orang nak bantu kan. Bila sampai Klang, pakcik tu teman aku p carik bas yang lalu kat depan hospital. Alhamdulillah, sampai gak aku kat hospital tu. Terima kasih pakcik!
Sampai hospital, aku tengok je muke mak, aku terus nangis. Sedih. Mak bawak aku masuk tengok abah. Bila aku tengok. Tak sampai hati la. Sedih sangat, kepala abah berbalut, rambut abah abis kene cukur. Abah koma, sebab hentakan kat kepala terlalu kuat. Ada pendarahan dalam kepala abah. Doktor dah operate, tapi darah still keluar lagi. Doktor kata peluang abah untuk hidup hanya 50-50. Kalau hidup pun mungkin tak bley sempurna macam sebelum ni.
Sepanjang abah dok kat icu, aku ngan mak tak balik umah. Tunggu abah. Kami tido kat surau. Nyamuk banyak tapi kami tak kiah pun. Kami tido kat tempat tunggu pesakit. Kami tak sanggup nak tinggalkan abah. Takut kalau jadi apa-apa kat abah, takde sape nak tengok-tengokkan.
Sepanjang abah hidup, abah la orang yang paling baik sekali yang penah aku jumpe. Abah tak pernah tinggikan suara ngan anak-anak dia. Nak pukul lagi tak pernah. Abah cukup sayang ngan anak-anak dia. Kalau anak-anak dia buat hal pun, hanya nasihat yang dia bagi. Bila aku buat salah, dan mak marah aku. Abah la pembela aku.
15 Mei 2001. Genap seminggu abah kat icu. Hari abah dah tiba. Aku sendiri menyaksikan nafas-nafas terakhir abah. Abah pergi buat selamanya. Aku tekilan sangat sebab aku tak sempat nak membalas jasa-jasa abah selama abah membesarkan aku.
Berbulan jugak la aku tak bley terima kenyataan bahawa abah dah takde. Emosi aku bercelaru. Fikiran tak tenang. Asik teringat abah je. Bila teringat aku menangis. Mak apetah lagi. Tapi lepas, makcik aku bagi semangat, alhamdulillah aku bangkit semula tuk teruskan kehidupan.
Kepada sesiapa yang penah kehilangan abah atau mak, keluarga terdekat ke...tau la camne rase 'kehilangan' tu. So, sape yang masih ada abah atau mak, hargai la mereka sementara mereka masih hidup.
Sekian.
Al-Fatihah tuk arwah Hamzah bin Ngiman.
3 comments:
selalu lah berdoa untuk arwah ye sebab tulah harta yang cukup berharga buatnya di sana.al-fatihah
arelan: InsyaAllah...
Hiii!!! Farisha datang melawat blog awak. Nak jemput kamu sertai segmen Farisha --> http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/05/segmen-blogwalking-follower-diari.html
Post a Comment