Kisah ni lama dah...tahun 2007 lagi, tapi aku masih teringat sampai sekarang. Masa aku lapor diri kat JPM, Putrajaya dulu, aku p sendiri. Tak ada kawan. Gementar gak, tapi tawakkal je la. Nasib baik aku tau gak selok belok Putrajaya tu. Aku tengok majoriti yang p sume bawak famili. Tak ramai pun yg p sorang-sorang. Masa aku tunggu nak masuk dewan tu, aku nampak budak perempuan ni pun sensorang gak. First time aku tengok dia, "nampak cam sombong je, cam tak friendly je". Aku cam segan la nak tegur. Takpe la. Aku pun masuk tuk Dewan tuk lapor diri.
Masuk-masuk Dewan tu, "mana nak duduk ni?". Aku duduk la sebelah budak perempuan yang aku tengok sensorang tadi. Dalam sesi taklimat tu, "eh, ramah la plak budak ni!". So, sembang la serba sedikit pasal diri masing-masing. Nama pendek dia Zila. Masa tu dia tengah pregnant anak ke 4, kalau tak salah la. Berasal dari Terengganu. Tumpang rumah kawan dia, wat sementara waktu ni. Husband ngan anak dia ada kat Terengganu. Aku pun kata "Kita senasib...". Sebab hubby ngan anak aku pun ada kat Kedah.
Masa sesi penempatan. Aku dapat kat Kementerian Wilayah dia plak dapat kat Kementerian Kerja Raya. Kalau boleh aku takmo la kat Putrajaya, cam jauh sangat, sebab aku lagi serasi keje area Kuala Lumpur. Dan, dalam masa yang sama ada pulak, kawan ni takmo area KL, "alhamdulillah...". So, aku tukar suka sama suke ngan dia, tak silap aku nama dia Sofia. Dian amik Kementerian Wilayah aku amik Kementerian Kerja Raya, sama ngan Zila.
Kami pi lapor diri sama-sama. Nasib Zila baik sebab kat Terengganu ada kosong, so dia bley p JKR Terengganu. Aku?. Still kene kat JKR HQ gak. Tak pe la, bley je. Tak kisah. Zila kene balik Terengganu tuk lapor diri kat sana plak. Sian kat dia, sebab takde sape nak tolong tuk ambik barang dan hantar dia kat Stesen bas. Ntah camana, aku tergerak hati nak tolong padahal aku baru je kenal dia. Tak tau pun dia ni camana, tapi aku tau hati Zila ikhlas.
Pas, lapor diri kat KKR, aku teman dia beli tiket bas kat keramat, pastu singgah makan kat bawah umah sewa aku. Dah kebetulan lalu kat situ kan. Pas makan baru aku anta Zila balik Putrajaya. Dia try call sepupu dia, nak mintak tolong, tapi tak dapat. So, aku kate jom la tido umah sewa aku kat keramat, sok pagi bley singgah anta Zila kat Hentian Putra. Zila pun setuju. Dan aku tolong dia angkat barang-barang dia buh dalam kancil aku tu. Aku ingat lagi, kawan dia siap tanya, "lama dah ke kenal?". Aku kate "baru je kenal masa lapor diri tadi...". Kawan dia cam tak caya je, sebab dia nampak antara aku ngan Zila cam dah lama kenal.
Malam tu Zila tido kat umah sewa aku, kebetulan plak ada kakak housemate aku tu balik kampung so, aku suh dia tido atas katil kakak tu. Settle dah satu perkara.
Sok pagi tu on the way aku nak pi JKR HQ, aku singgah anta dia kat Hentian Putra. Aku tolong dia angkat barang-barang dia, sebab dia kan pregnant, aku tak sampai hati. Dan itu la kali terakhir aku jumpa dia face to face. Nak 5 tahun dah aku kenal Zila. Still contact lagi sampai sekarang. Dah 5 orang pun anak dia sekarang. Zila pun dah tukar jabatan lain, sama plak ngan jabatan aku sekarang cume dia kat Negeri Terengganu, aku plak kat Pulau Pinang.
Bila aku fikir balik. "Dengan siapa pun kita boleh bersahabat, tapi yang penting keikhlasan yang lahir dari ikatan persahabatan tu, samada ikhlas ataupun tidak. Kalau ikhlas persahatan yang dibina tu akan kekal sampai bila-bila...".
Ni la Zila, sahabat jauh aku tu....
Ni Zila ngan bb dia yg ke-5
7 comments:
Samala kita, walau dimana berada tetap boleh berkawan :)
Asalkan kita ikhlas, lagipun sombong ni untuk apa kan :)
nak cari kawan yg betul2 ikhlas memang payah...
dan sangat bersyukur sekiranya persahabatan yg terjalin ikhlas berkekalan... :)
kawan yg ikhlas ssh nk cari..bla dah dpt kita kna hargai kan dear ;-)
Susah nak cari sahabat sejati ni.. macam mencari permata dalam timbunan pasir pantai ..
Myra Jay:Betul tu...kdg2 kwn tu la yg mbantu kita masa susah
Masz Sidek:Setuju sgt.
are_lin@yu: Mang susah nak cr kdg2hanya amik kesempatan je...InsyaAllah akan dihargai sahabat2 yg ikhlas berkawan tu.
Kesuma Angsana:Tq, Suke ngan komen tu!
bagus la haryati nie.fahz pon ade kawan jauh.kenal dlm alam maya.pompuan gak tau.dah jumpa.n jadi bestfriend' sampai la.kdg2 bila 'terjumpa' n 'terkenal' dengan cara mcm nie,persahabatan tu lebih bermakna.sahabat2 zaman sekolah pi mana ek???huhuhu
fahz : tu la seronok, bley bertuka2 fikiran, pendapat, cerita...
Post a Comment