Assalamualaikum kawan-kawanku,
Arini aku nak share sket tip tuk cantik, semalam kan dok kemas bilik belakang, so aku terjumpe la majalah lama yg aku rase bley dikongsikan ngan korang sume.
Sekilas...Cantik
kredit from google.
BAGI ANDA YANG MEMPUNYAI GIGI KURANG PUTIH atau sedikit kekuningan, elakkan gincu yang mengandungi unsur warna kuning dan jingga.
SEBELUM MENYAPU PELEMBAB, pastikan wajah dicuci bersih terlebih dahulu. Pelembab baik untuk kulit kerana formulanya mampu menahan terik matahari pada wajah anda dan bertindak melambatkan proses penuaan.
BEDAK ASAS berfungsi menghasilkan wajah dah leher yang halus dan gebu. Pemilihan warna bedak asas perlu dititiberatkan. Anda disarankan untuk memilih warna-warna yang senada dan sesuai dengan kulit wajah.
OLESKAN GINCU WARNA MERAH JAMBU atau jingga untuk memberi kesan wajah yang lebih segar, khususnya di waktu pagi atau semasa melakukan aktiviti di siang hari.
LEMBABKAN KAWASAN MATA 2 kali sehari untuk melawan timbulnya tanda-tandanya penuaan. Losyen mata atau krim harus disapu setelah mata dibersihkan.
KETIKA MEMAKAI PENCIL EYELINER, buka mulut sedikit agar otot sekitar mata lebih relaks bagi memudahkan pensel digaris dan diratakan
No comments:
Post a Comment