Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja
selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali. Ini akan membuatkan
anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi,
apakah punca yang menyebabkan masalah ini?
(1) Minum terlalu banyak minuman manis- Hasil
daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa
kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak.
Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah
mendapatkan makanan yang secukupnya.
(2) Makan makanan bertin- Makanan di dalam tin
terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang
turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk
makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.
(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi- Hasil kajian
terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang
mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat
badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori.
Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk
makan banyak kali sepanjang hari.
(4) Tidak makan sayur-sayuran- Khasiat di
dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama
dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(5) Tidak minum teh kurang gula- Hasil
daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas
makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung
dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(6) Kurang minum air masak- Tubuh badan yang kurang
air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan
tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak
terlebih dahulu.
(7) Kebosanan- Hasil daripada kajian
penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan
meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.
No comments:
Post a Comment