KURMA BERKHSIAT UNTUK SI MANJA
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh saintis Mesir, jus kurma dapat membantu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, Vitamin C & E. Kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula dalam kurma ialah sebanyak 50 hingga 57 peratus. Gula dalam kurma dikenali sebagai fruktosa yang akan dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa untuk membekalkan tenaga kepada tubuh. Kandungan vitamin C dalam kurma pula dapat membekalkan sebanyak 230 kalori tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Mengambil sebiji kurma setiap hari sudah cukup memberikan tenaga kepada kanak-kanak sedang membesar.
ELAK KENCING MALAM
Sekiranya anak anda sering kencing malam, berilah dia makan satu sudu madu yang dicampurkan dengan sedikit perahan lemon. Amalkannya pada waktu pagi dan sebelum tidur. Semoga anak kecil anda berhenti kencing malam.
Ruam panas sering menyerang bayi yang baru lahir. untuk meredakannya, gunakan kanji nasi. untuk membuatnya, masak bubur nasi. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Sapukan air kanji tersebut pada ruam. Hasilnya ruam akan berkurangan
KULIT BAYI BERKERAK
Jika kepala bayi anda berkerak, ambillah segenggam kelapa parut dan campurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar. Masukkan campuran tersebut ke dalam perca kain dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga keluar santan. Selepas itu sapulah ke atas kepala bayi dan biarkan seketika. Hasilnya kerak akan hilang dan dalam masa yang sama rambut bayi anda akan lebat dan hitam.
kredit dari Pa&Ma
No comments:
Post a Comment