Assalamualaikum...
Nak larik sekejap dari cerita pasal anak and famili. Cerita bab REZEKI pulak. Bila difikir-fikirkan, rezeki ALLAH ni amat-amatlah luas. DIA meberi rezeki kat kita dengan macam-macam cara, macam-macam kaedah. Mungkin rezeki naik pangkat, naik gaji, mengandung dan kelahiran baby baru, anak berjaya dalam pelajaran dll. Cuma apa yang kita boleh buat jangan berhenti untuk memohon kepadaNya agar sentiasa ditambahkan rezeki.
Aku imbas balik diantara rezeki yang ALLAH berikan kepada kami. Masa kelahiran anak pertama, ALLAH bagi rezeki dari segi kerjaya. Pas abis pantang dua bulan, SPA panggil tuk interview kerja, dan alhamdulillah aku berjaya dalam temuduga tersebut. Syukur sangat.
Masa anak kedua, ALLAH bagi rezeki kat kami dari segi wang ringgit. Alhamdulillah hasrat kami untuk ada rumah sendiri tercapai. Proses untuk memiliki rumah pun tak susah, sekejap je dah lulus.
Masa anak ketiga, ALLAH berikan kejayaan kepada aku dalam menghadapi peperiksaan, sebab masa aku pregnantkan Hafiy aku ada amik exam dan alhamdulillah keputusannya aku lulus.
Itu diantara rezeki yang ALLAH berikan melalui zuriat, kan ke setiap anak tu ada rezekinya. Jangan sesekali kita merungut bila ALLAH lambat memberikan rezeki. Itu tak bermaksud ALLAH tak memakbulkan doa kita :
Kesimpulannya sentiasalah kita berdoa dan memohon semoga ALLAH memperkenankan segala doa kita kerana ALLAH itu MAHA PEMURAH.
Sekian, Wassalam...
16 comments:
Alhamdulillah.. rezeki kita dah ditentukan Allah :)
alhamdullilah
Indahnya peraturan yg Allah dah susun-susun buat Yati dan keluarga kan.. Syukur padaNya..
ye rezeki Allah itu luas dan pelbagai bentuk.Yg penting usaha ikhtiar dan doa dr kita jgn putus.Tq like page akak ye
alahamdulillah.. tu lah namanya rezeki anak kan. mak bapak boleh menumpang.
Tahniah untuk yati yer.
Betul tu mmg kita patut sentiasa mensyukuri rezeki yang Allah beri. Setiap anak tu mmg ada saja rezekinya, kan.
yup betul lah.. mmg dah tertulis sebenarnyer rezeki utk kita & anak2 kan
alhamdulillah..bersyukur dgn rezeki yg allah bg kan..
tahniah..memang murah rezeki tu :)
rezeki Allah tu plbgai macam... syukur dgn apa yg ada.. Allah tahu yg terbaik utk Kita... :)
salam singgah dan ziarah dari blog kak IntanBerlian...
Betul tu.. rezeki Allah pelbagai & sangat luas... setiap org ada rezeki masing2... :)
Betul tu dear.. Rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk.. Tapi orang kita zaman sekarang ni suka pandang rezeki tu dlm bentuk wang ringgit & harta benda jer.. Apa pun, jangan putus berdoa & meminta pada Allah SWT.. Sesungguhnya DIA lah yang Maha Pemberi Rezeki.. Lagi satu jgn lupa ucap syukur.. =)
ZON PERMAISURI CHOMEL
Alhamdulillah.
Saya pun percaya pasal rezeki anak-anak ni hehe
Betul rezeki Allah nih sgt2 luas
betoi tu... rezeki ank2 ni byk kan... org selalu bg alasan xnk ank rmai psl msh kewangan... tp mcm saya, sy pk dr sudut positif, setiap ank ada rezeki msg2..
betul tu.semoga saya terus diberi kekuatan utk lalui semua ujian ni.doakan utk sy ye kak
Post a Comment