Assalamualaikum....
Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ begitu juga dengan anak-anak. Sejak dari kecil mereka patut diasuh dengan baik supaya membesar dengan nilai-nilai murni yang diterapkan sejak kecil.
Berikut 10 tip mudah untuk anda ikuti agar si kecil membesar sebagai insan yang baik. Tip ini jugak akan aku ambik sebagai panduan untuk mendidik anak-anak aku yang semakin hari semakin membesar ;
- Berilah nama panggilan yang baik dan mempunyai makna yang elok supaya nama yang diberi sinonim dengan akhlak pekerti yang mulia.
- Peluklah si kecil setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
- Pandanglah mereka dengan penuh kasih sayang kerana ia dapat memberikan keyakinan kepada mereka.
- Berikan penghargaan kepada mereka, bukan sahaja dalam bentuk hadiah, malah ciuman, pujian dan juga senyuman untuk setiap kebaikan yang mereka lakukan.
- Terima mereka seadanya. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar dan tidak terkecuali melakukan kesilapan.
- Jangan mengeluh di hadapan mereka kerana keluhan membuat mereka berasa diri meraka beban untuk anda.
- Dengarlah cerita anak-anak anda. Tunggu sehingga anak habis bercerita dan kemudian barulah anda bercakap. Ini akan mengajar anak tentang giliran untuk bercakap tanpa mencelah.
- Tenangkan anak jika setiap kali mereka melakukan kesalahan. Terangkan kepada mereka mengapa ia salah agar mereka jelas dan tidak lagi mengulanginya.
- Anda adalah cikgu terbaik untuk anak-anak. Tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kerana mereka akan mengikut apa yang anda buat.
- Luangkan masa bersama. Peganglah tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka agar mereka dapat rasa kepentingan kehadiran diri mereka dalam keluarga.
sumber : Pa&Ma
Sekian, Wassalam....
14 comments:
Follow dari Blog Ina... Salam Ukhuwah
great tips
Sangat-sangat baik tips ini Yati..
Salam jumaat..singgah pagi ke sini :)
salam..info yg bgus ni..salam kenal dri saya fieda..
Thanks for the tip ye... :)
wahh.. tips yg terbaik.. ^_^
ok masa 7 tahun ke bawah memang gitu lah yg di praktikkan. Tpi bila dah si Naiim tu menginjak 7 tahun ke atas, buat salah. kasi rotan. kalau idak bila marahkan dia dia mian tolak tolak pulak kita. Tapi rotan tu pukul sekali je.. yg lain tu acah acah aje...
mcm mana pun memang cabaran la zaman sekarang dalam membesarkan anak anak
moga kita menjadi ibubapa yg cemerlang yg terbaik tuk anak2 kita
betu sgt tu yati.. very gd tips!
PART PELUK ANAK2 SETIAP HARI TU KAK BUI SLL BUAT..^_^
Assalamualaikum :)
My mom is a very good listener. Sebab tu bila saya dah besar pun saya prefer utk dengar cerita org tanpa berkata-kata. Adik2 saya skrg ni haa tiap2 balik sekolah ada je cerita kat mak, mak layan je hehe
Tips yg bguna..
In shaa Allah.. Best kan saat peluk anak tu
Post a Comment