Assalamualaikum....
Weekend aritu sempat google resepi yang simple dan mudah tuk buat Nasi Ayam Goreng. Sebenarnya dah tak tau nak masak pe ngan ayam yang ada dalam peti ais. Balik-balik masak kicap, gulai, goreng kunyit. Jemu jugak. So, nak share ngan u all cara tuk buat Nasi Ayam Goreng ni. Resepi aku amik kat SINI.
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam- di potong 12 ketul (aku buat ikut berapa ketul yang ada dalam peti ais)
2 sudu kecil garam*
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar rempah kari*
Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa..
Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan (aku guna beras biasa je 5 cawan).
4 1/2 cwn air (air pun aku tambah kepada 51/2 cawan)
1/2 cwn susu cair
Goreng ayam yang dah diperap tadi tapi jang garing sangat, sebab nanti nak masukkan sekali ke dalam nasi.
Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.
.
Dah siap!, jap je....jadi jugak akhirnya....
Sambal merah
Cili merah 5 biji
Bawang putih 1 ulas
limau nipis 3 biji
gula 1 sd kecil
garam 1 sd kecil
Tumbuk semua bahan.perasakan garamnya..
Macam yang aku buat, aku tambah ngan sup ayam sekali sebab bila makan tak berkuah cam tak berapa nak sedap pulak. Bila ada sup cam segar sket.
Sekian, Wassalam....
14 comments:
Sally ada nampak semalam org share..tapi tak ingat sape..ttbe mcm ramai pulak yg masak..hihi
sedapnya
bole cuba ni...sbb guna ayam..msti bdak2 ni suka...
ha.. yg mcm ni wantie suka. sebab kalau letak ayam terus tu, ayam akan jadi lembut/lembik.
kalau ayam goreng eden suka suka suka..
waah..sedap ni.. kena try nanti bila free. hihi
sedap tu yati, tq share resipi yer
wah.. rajin masak nasi ayam yer...
aaaa terliur
selalu masak2 special ni hr jumaat
tp jumaat skrg pon xsempt
huuu
macam2 boleh buatkan.. lagi senang makan kot...
boleh cuba ni, macam bleh berjaya jer kekdahnya hihihi.
yumm..sedapnyer....
Wah terbaik lah..wajib wat ni. Thanks ye yati..
Wah terbaik lah..wajib wat ni. Thanks ye yati..
Wah terbaik lah..wajib wat ni. Thanks ye yati..
Post a Comment