Assalamualaikum...
Bila dah ada anak sendiri baru nampak dengan jelas camana karekter anak. Anak pertama dengan anak kedua kadang-kadang karekter dia tak sama. Apa yang aku perhatikan macam Firas sebagai anak sulung, bila aku bagi tanggungjawab kat dia suh jaga adik dia, mang dia akan jaga. Mendengar cakap bila kita slow talk ngan dia, bagi pujian kat dia. Hati tu kekadang 'selembut tisu' jugaklah. #orangjawakataciwek. Selalu jugaklah mengalah ngan adik dia. Cuma kadang-kadang dia tak puas hati jugak napa asik dia je yang kena mengalah?. Tak jugak bagi aku ianya bergantung kepada situasi. Kalau perlu adik yang mengalah, adiklah kena mengalah.
Fawwaz pulak sebagai anak kedua, apa yang aku nampak memang manja dan penyayang, suka curik perhatian ibu ngan ayah dia. Aktif, memang sangat aktif le. Lebih berani daripada abang dia. Pandai amik hati. Lagi satu kalau beli apa-apa selalu dia ingat kat abang dia. Kalau beli kat dia, kena beli kat abang jugak. Anak kedua ni jugak kadang-kadang cepat terasa, suka merajuk. #cammakdiajugak. ;-). Rasa cam terpinggir je dari adik beradik yang lain. #padahaltakdipinggirkanpun.
Anak ketiga, Hafiy. Aku tak bley citer lagilah sebab tak nampak lagi apa karekter dia. Tunggu dia besar sket nanti baru aku bley share.
Ni sedikit sumber yang aku dapat dari internet tuk perbezaan anak pertama dan anak kedua.
ANAK PERTAMA
Personaliti:
Pelindung, suka bertolak ansur serta ego
Sering berjaya dalam hidup
Lebih pandai mengambil hati orang tua
Nilai tanggung jawab yang tinggi
ANAK KEDUA
Personaliti:
Lebih
berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain
Lebih
percaya dengan keyakinan diri.
Suka
mencuri perhatian dengan cara tersendiri
Sering
merasa diri mereka terpinggir
Apapun perbezaan karekter anak takpe, sebab bagi aku perbezaan itulah sebenarnya yang mencorakkan kelainan dalam keluarga. Menjadi satu cabaran tuk kita sebagai ibubapa tuk menghadapinya. Kalau sama je takde cabaranlah kan?.
Sekian, Wassalam...
6 comments:
hehehe..betul tu.. anak sedare saya yg no 2..ya ampunnn... selalu jer buat perangai..hehe..nak amik perhatian ibu dia.. beza ngan adik dia pun kat 3 tahun jugak tapi manja Nye..lebih dari adik..hahaha
fae anak no 2 and bongsu :p
mmg pun setiap karakter anak2 tu tak sama even satu ayah & ibukan
betul tu. kalau semuanya perangai sama tak berwarna warnilah sebuah kehidupan.
saya anak sulung :)
Btul..ank nih lain karakter masing2
Post a Comment