Assalamualaikum....
Alamak, hubby kata badan dah semakin kurus keding. Memang pun bila aku tengok kat cermin, punggung pun tak nampak dah...aisshhh. Runsing jugak. Aritu last timbang berat badan 60kg. Tu pun masa mula-mula bawak Hafiy pi check tuk sebulan.
Memang tiap kali bersalin berat akan turun dan susah jugak nak naik balik. Makanlah banyak mana pun berat still camtu gak. Lagi pulak menyusu badan sepenuhnya setakat ni. Segala zat semua pergi kat Hafiy, mang betul pun sebab benda aku penah tanya ngan doktor. Masa tu aku selalu sakit kepala. Bila doktor soal selidik rupanya ia ada kaitan ngan menyusu badan. Bukan tak bley nak menyusu badan. Disamping menyusu badan tu kenalah ada makanan tambahan tuk support badan kita balik iaitu vitamin. So, nampak gayanya kena ada makanan tambahan le ni.
Kalau hubby dah mula bersuara makanya kenalah ada usaha tuk memperbaikinya. Hubby kata kalau kurus sangat tak elok, memang pun aku pulak kan ke tinggi. Nanti angin tiup je dah melayang lagi pulak tetiap ari naik feri.
BMI : Ketinggian (M) x Ketinggian (M)
Berat Tubuh Badan (Kg)
1.68m x 1.68m
60kg
BMI : 21 (Kira berat badan yang Normal untuk aku)
Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal
25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan
30 dan keatas,anda adalah obesiti
Tapi apapun kena tambah sket lagi kot mungkin 63kg baru maintain cantik BMI tu. Pasni kena usaha keras sket tuk naikkan berat badan.
Sekian, Wassalam...
7 comments:
nak naik senang kot..tapi kalau nak turun amatlah payah...hehehe..good luck ye
uiks.. ok sgt dah tu kalo 60kg.. sya ni pun tinggi tp berat cuma 45 ke 47kg jer.. lg kedingggg
ok dah tu yati !
huwaaaaa...jelesnya. wantie ni dah start berat berlebihan dah
samalah berat kita 60kg...bmi pun normal juga
untung akak tak perlu risau nak diet bagai kan.. badan mantain jer..
nik pun kena tegur sebab kurus sgt. mmg susah jugak nak naikkan balik berat badan ni. huhu
Post a Comment