Assalamualaikum....
Ramai jugak pembaca blog yang bertanya soalan mengenai tajuk entri ni. Aku pernah postkan pasal Caesarean pada ENTRI sebelum ni. Kalau ada yang teringin nak baca bley lah baca ye. Aku pun tak berapa nak arif sangatlah berkenaan ngan bab Caesarean ni. Cuma apa yang aku bley bagi hanya pengalaman aku semasa menjalani dan selepas menjalani caesarean ni.
Macam soalan puteri nadia ni, kalau ada sapa-sapa yang ada pandangan bleylah share sekali ye. Apa yang aku bley jawab ni adalah berdasarkan apa yang doktor atau nurse penah bagitau kat aku la ye. Yelah anak pun dah 3 orang confirm setiap kali mengandung ada saja info yang diberikan.
Ok, macam soalan puteri nadia ni, pada pandangan akulah, aku tak sure sangat kalau dia nak pregnant dan bersalin secara normal. Sebab benda ni bergantung kepada sejarah kelahiran yang lepas. Mesti doktor ada rekod kenapa puteri kena bersalin secara caesarean kan?. Macam aku dulu terpakse bersalin secara caesarean sebab baby songsang dan aku n hubby takmo amik risiko. Doktor pulak bagitau yang tulang punggung aku kecik. Kan ke aku dulu koruuuusss keding. Punggung pun takde.
Untuk pengetahuan puteri jugak, biasanya sebelum nak pregnant balik doktor suggest tuk jumpa doktor pakar dulu dan doktor akan tentukan samada bley pregnant dalam jangka masa terdekat atau tak. Kalau bley pi lah hospital yang sama, sebab semua rekod kita bersalin ada kat situ kan. Lagi senang. Benda ni penting sebab bekas jahitan takkan sembuh sepenuhnya dalam jangka masa setahun. Paling kurang doktor selalunya akan suggest dua atau tiga tahun baru bley nak pregnat balik.
Macam aku dulu dua tahun pun rasa lagi ngilu dia bila angkat benda yang berat.
Ok, aku amik pengalaman kawan-kawan yang kedua-dua anaknya lahir secara caesarean. Memang lagi sakit masa nak jaga bekas czer tu sebab tak sampai setahun dah pregnant lagi. Diaorang kata "tobat dah nak pregnant lagi, sakit...". Bukannya aku nak takut-takutkan tapi tu lah kenyataannya.
Seeloknya bagilah bekas czer tu pulih sepenuhnya. Tapi kalau dah "ter eksiden" nak buat camana kan?. Doktor pun tak bley nak kata apa. So, berpantanglah pas bersalin tu sebaiknya.
Kalau kawan-kawan yang penah bersalin czer ni. Masa pregnant selepas tu sure misi akan rujuk kepada doktor pakar dan doktor pakar akan scan balik perut, nak check samada bley bersalin secara normal atau tak. Dia jugak akan check jugak bekas czer yang lepas tu dah ok atau belum.
Masa aku pregnant yang 2nd ngan 3rd sama jugak doktor scan perut. Tak taulah pulak dia tengok camana kan, #dahdoktormestidiaterorkan? tapi doktor yakin mang bekas czer tu dah pulih sepenuhnya dan bley bersalin secara normal.
Rasanya ni je yang aku bley bagi pandangan kat puteri. So, kalau kawan-kawan yang ada pengalaman yang sama bley lah share jugak ye, sebab kadang-kadang pengalaman kita tak sama.
Sekian, Wassalam....
13 comments:
a'ah setuju dgn kak hayati..batter tgu 2 atau 3 tahun untuk yg ceazer..bg jahitan betul2 pulih sbb nak tanggung baby yg berat nt dekat kawasan jahitan tu..
Banyak ilmu kita boleh belajar dalam tempoh mengandung dan bersalin ek? hehe
saya tiga2 anak pun bersalin normal...tak tahu mcm mn sakit ceaser ni... :-)
singgah petang
tq akak utk info pasal ni..blh share2..hihi
Ngilulah kakak Yati bila baca bab czer ini semua. Itulah czer ini kadang luar memang dah sembuh, dalam lapisan kulit kita tak nampak. Itu yg doctor scan..
betul tu.. blh bersalin normal atau x slps czer sbnrnya bergantung pd keadaan y kena czer sblm ni.. mcm sya anak yg 1 normal.. yg 2nd czer sbb sya demam panas & nk selamatkan baby yg mana heartbeat dh sgt tinggi.. kalau nk ikutkan blh je bersalin normal if sya x demam.. & sya pnh tny doc lps ni if sya preggy lg xde masalah for me utk bersalin normal..
so mmg semua ni bergantung pd keadaan diri kita. kalau xde masalah boleh je bersalin normal. just like my fren after czer baby blm setahun dh preggy semula & alhamdulillah bersalin secara normal..
oh macam tu .. tq kongsi pengalaman yer !
seriau denga ni huhu..
baca kisah ibu pregnant dan bersalin ni, sangat terharu..
tu la selalu jugak dengar yang bersalin czer ni kena tunggu lama untuk mengandung selepas tu.
Setiap org pglman bersslin lain lain kan..mcm kwn sy ank 2nd czer..ank die srahun die pregnant yg ke3..Alhamdulillah bersaln nrmal..tp ble bby mkin basr memg die ckp prut rse ngilu
akak nik pun czer. mmg menakutkan jugak la dia cakap bila lahirkkan anak kedua tu. jarak dekat kan
Post a Comment