Assalamualaikum...
Kan aku kata dah hihi... terbeli jugak novel secara online. Rindu pulak nak mengadap novel. Kalau dah minat mang tak bley nak dipisahkan. Dok teringat je bila lama tak membaca. Bukan takmo beli terus kat kedai. Tapi disebabkan kalau keluar sekali ngan famili, ngan anak kecik payah sketlah. Sian kat hubby kena jaga anak-anak. Aku pulak jadi cam serba salah, lastly tak beli apapun. Salah satu sebab dia, kalau nak beli novel kena belek satu-satu. Besh ke tak citer tu. Kang nyesal tak sudah pulak kalau main rembat je.
If aku pi sorang, aku bley dok lama sket dalam kedai buku tu. Tak taulah sebab pe bila masuk je kedai buku, macam ada satu aura yang mendamaikan. Bau pulak buku-buku baru. Ishh... kalau bley nak dok lama-lama dalam tu. Belek macam-macam buku. Syok jugak. Kalau aku pi sorang selalunya kat Popular, Komtar tu la, mana lagi. Jumaat adalah hari yang paling besh sebab rehat dia panjang. Hihihi...
Ok, nak tau novel apa yang aku beli????
Nilah dua novel yang aku beli. Salah satu sebab nak beli jugak novel ni adalah.... kerana aku dah pernah baca novel yang penulis ni tulis. Dah tau cara penulisannya. Aku beli secara online kat SINI. Cepat jugak proses pengeposan dia, aku order ari Selasa, ari Khamis dah sampai. Erm... malam tadi dah start baca sket.. hihi... arini nak sambung baca lagi.
Sekian, Wassalam...
8 comments:
gitu selagi boleh membacatu belilahkan.. syioknyer terbanga dalam dunia novel..
blom dpt bli lagi MPI tu...huhuhu...
salam jumaat yati..
bestkan bila dpt baca novel.minat novel yg dikarang oleh Ramlee Awang Mursyid?best la novel2 dia..
slmt membaca yer !
sy pun suka baca novel.. :-)
best ke citer tu? nnti leh cari jugak..hihihi
memang peminat novel tegar la yati ni.
dah minat kan.susah la nak di halang..hehe
tak pe. minat benda bagus.ok jea kan.
OKje kurang suka membaca novel Yati hehe
Post a Comment