Assalamualaikum...
Kuala Lumpur: Keputusan mengkaji lebih 80 jenis elaun penjawat awam bagi memastikan kebajikan penjawat awam terus terbela adalah tanda prihatin kerajaan terhadap golongan itu.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata usaha itu pasti membawa kelegaan kepada 1.4 juta penjawat awam, khususnya mereka yang terbabit. “NUTP mengharapkan keputusan kajian itu dapat diumumkan dalam kadar segera. Sebaiknya sebelum berlangsungnya PRU-13, 20 peratus daripada lebih 80 jenis elaun penjawat awam sudah dikaji dan ditambah baik untuk dimanfaatkan kepada penjawat awam,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Beliau mengulas pengumuman Ketua Setiausaha Negara, Datuk Dr Ali Hamsa, semalam mengenai lebih 80 jenis elaun penjawat awam akan dikaji secara terperinci, termasuk elaun sara hidup dan gaji statik bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahannya.
Beliau, yang juga Naib Presiden (Pendidikan) CUEPACS berkata, antara 20 peratus daripada yang patut diberi keutamaan kajian, termasuk Elaun Sara Hidup (COLA) dan jadual gaji penjawat awam.
“COLA sepatutnya diseragamkan, sama ada kepada mereka yang bekerja di bandar atau luar bandar. Sekarang, ada yang mendapat RM300, RM250 dan RM150.
Ada yang mengatakan perbezaan itu perlu kerana kos hidup di bandar lebih tinggi, manakala di luar bandar lebih rendah.
“Kos sara hidup di luar bandar juga tinggi, tetapi membabitkan aspek lain. COLA sepatutnya diseragamkan kepada RM350 bagi semua penjawat awam,” katanya. - Berita Harian
p/s : kalau ada rezeki alhamdulillah... manatau kan dapat sungguh hihi!
6 comments:
setuju kalo cola diseragamkan..tp kalo leh ITP tuh pun diseragamkan jugak
harap dapat la yea. rezeki anak2..hehe
Sokong.. sara hidup kat kg ngan bandar lebih kurang je. Brg mkn mahalllllll
Tumpang happy untuk asben..heheee
tak berani komen..hehe.
tak setuju.. siapa yang hidup di bandar lg terasa kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. disini kos menghantar anak ke nursery dah menjangkau rm 400.00 untuk sorang anak... rumah sewa 600.00 keatas kalau nak yang 300.00 boleh tp mcm reban ayam.... nak beli rumah lagi la tak manpu... rumah di sekitar selangor, shah alam, bangi dan seangkatanya... rm300,000 keatas...
renung-renung la... kesempitan hidup untuk orang yang bekerja dibandar.....
Post a Comment