Assalamualaikum...
Alhamdulillah pas dia pi Kem Solat kat sekolah hari tu, dah makin rajin nak solat. Sykur sangat-sangat. Semoga ianya berpanjangan. Mulanya ingatkan sehari dua je. Tapi bila dia pesan kata nak bangun pagi solat subuh, sejuk hati ni.
Kadang-kadang malam sebelum tido tu dia peringat kat ibu gak. "Firas tak sembahyang lagi ibu...(solat isyak)". So, dia panggil ayah dia suh jadi imam. Tanya gak kat Firas. "Besh ke sembahyang ni?". Dia kata besh!. Alhamdulillah....
Sebelum ni ada gak ajak dia solat sekali tapi tu la, cam liat je. Sekali dua je nak solat sama-sama. Tapi bila dia dah belajar sama-sama ngan kawan-kawan dia kat sekolah, mungkin baru dia terasa seronoknya solat.
Kalau ibu ngan ayah kerja, dia pulak dok kat umah tok mie, dia kata dia solat zuhur sendiri. Solat yang lain tu sempatlah ayah dia nak imamkan. Takpelah walaupun bacaan dia tak berapa betul lagi. Pelan-pelan nanti fasihlah kan?, yang penting minat dia ada pada SOLAT.
Kita sebagai ibu bapa macam rasa berbesar hati pulak bila tengok anak tu berminat kepada sesuatu yang baik. Haruslah memberikan sokongan kan. Doa ibu ngan ayah "semoga anak ibu jadi anak yang terbaik!".
Sekian, Wassalam....
11 comments:
harap2 dapat didik ank dgn solat diusia awal2 ie..
amin :)
alhamdulillah.semoga Firas terus menjadi anak soleh
of course harus bagi sokong.lagipun benda yg sgt baik.bagusnya firas
berkesan kem solat tu kan
alhamdulillah. kalau abang rajin sembahyang. adik adik pun akan turut rajin jugak
Tak per terkial-kial sikit yang penting hati nak solat dah tumbuh...
Tahniah untuk awak kerana menjadi ibubapa yang terbaik..
Alhamdulillah..seronoknya bila ada anak yang bergiat utk melakukan kebaikan.Dari kecil la kita pupuk minat utk mendalami islam...Tahniah dari fahz utk yati dan suami sbb punya anak yg soleh.In Shaa Allah :)
Bagusnya ada kem solat..kalo ada nak gak anta luqman. Mmg kalo ngan kite cam liat je..jenuh nak paksa. Skrg pun still ajar slow2 la..
bagusnyer,.... kena sokong lah ye
Alhamdulillah...moga firas jadi anak yang soleh..amin
Alhamdulillah.sronok kan bila dorang tunjuk minat dari skrg.amin
Post a Comment