Assalamualaikum....
Semasa berpantang, ada sesetengah
makanan yang tidak boleh dijamah oleh ibu. Namun, makanan tersebut perlu
diganti dengan makanan yang mengandungi zat yang sama supaya para ibu mendapat
diet yang seimbang.
Wanita yang bergelar ibu dinasihatkan supaya mungkin dinasihatkan untuk mengambil makanan berkhasiat terutama yang mengandungi protein dan zat besi seperti daging tanpa lemak, daging lembu, ayam dan telur.
Wanita yang bergelar ibu dinasihatkan supaya mungkin dinasihatkan untuk mengambil makanan berkhasiat terutama yang mengandungi protein dan zat besi seperti daging tanpa lemak, daging lembu, ayam dan telur.
Perlu diingatkan bahawa telur mentah atau kurang masak
seperti telur separuh masak yang sangat digemari di negara kita mesti dielakkan
kerana ia mungkin mengandungi bakteria salmonela. Bukan itu sahaja daging
perlulah dipastikan betul-betul masak dan tiada bahagian yang berwarna merah
jambu atau merah. Pastikan airnya jernih, terutama apabila dipanggang atau
menjadi sebahagian daripada makanan yang sedia dihidangkan manakala ketika
berada di restoran, pesan supaya daging dimasak sepenuhnya dan elakkan ikan dan
daging mentah seperti sushi dan ‘yee sang’.
DIET KHAS
Diet masyarakat Cina – Anda perlu makan pelbagai makanan yang ‘memanaskan’ badan.
Ini termasuklah halia dan tonik tradisional yang dimasak dengan herba. Makanan
yang disediakan dengan bahan itu dipercayai dapat memperbaiki pengaliran darah
dan menguatkan sendi.
Diet masyarakat Melayu – Anda akan digalakkan memakan ikan segar seperti ikan
haruan untuk menyembuhkan bahagian dalaman badan. Sesetengah ikan seperti ikan
kembung dan lain-lain makanan laut seperti kerang, udang dan kerang mesti
dielakkan kerana ia boleh menyebabkan alahan dan kegatalan.
Diet masyarakat India – Sesetengah sayuran jenis labu seperti lauki dan tori
dipercayai dapat meningkatkan pengeluaran susu. Daun sirih juga dapat membantu
dalam penyusuan.
MAKANAN BERKHASIAT
Jika merawat diri tetapi tidak berpantang semasa makan samalah seperti mandi tidak bersabun. Pada minggu awal bersalin eloklah memakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim. Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok untuk dimakan. Menurut pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya. Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang.Tetapi sejauh mana kebenaran hal ini masih belum dapat dipastikan lagi. Namun perkara yang jelas ialah mengamalkan pantang semasa makan selepas bersalin akan membuatkan kaum ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.
Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu untuk
ibu-ibu bersalin, antaranya dengan cara pemasakan yang berbeza, misalnya
dipanggang, direbus atau dikukus.
Sementara itu lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah perisa-perisa yang dapat membangkitkan selera makan kaum ibu. Selain itu, ulam-ulaman seperti pegaga (Centella Asiatica), kunyit (Curcuma Domestica), halia (Zingiber Officinale), cekur (Kaempferia Galanga), mengkudu (Morinda Citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan mereka di samping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang. Menurut orang-orang tua, buah mengkudu (Morinda Citrifolia) jika dimakan mentah-mentah ianya mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu. Cara memakannya ialah dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar.
Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau
dalam bahasa saintifiknya 'Flatulence' boleh didefinisikan sebagai situasi di
mana seseorang berasa sangat kenyang. Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik
& Dietari di Institut Jantung Negara, selain dari beberapa faktor tertentu,
makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin. Masalah angin yang
disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu dengan individu
yang lain.
Info ni aku amik kat SINI.
17 comments:
hehehe demi kesihatan kan
betul tu, very gd sharing !
kalau wantie kan, memang extreme. memang tak de tolak ansur punya. kalau dia kata yang tu yang tu la. jgn nak ngelat bagai. hahahaha..
ulam cekur tu saya suka. kalau tak dalam pantang pun saya balun.
entry yg berguna :)
Pada kakak lebih baik berpantang. Makanan org berpantang pun sedap apa lagi macam ikanbakar, sup, cekur dan sebagainya tu..
bersedia dari awal yati. pantang kat ne nnt?
info yg sgt2 berguna.boleh dijadikan rujukan nie :) thanks yati atas perkongsian ini :))
dalam pantang ni memang kena jaga rapi, nama pun pantang :)
lps bsalin la waktu y penting bg pompuan..sbb tu kna bpntang..klo nk bntuk body pon, time ni la
SEKSA MS BERPANTANG SBB BYK MAKANAN TAKLEH MAKAN..HARI2 MAKAN,SUP AYAM,IKAN BILIS DGN HALIA JER..HUHU
agreed.. nice info ni.. :D
teringat pulak masa berpantang dulu..
bagus ni.... memang wajib pantang untuk kesihatan diri sendiri... huhuuu
insyaallah akan meraSAI suatu hari nanti..hihi
perlu pantang la kan. untuk kesihatan diri sendiri jugakkan
orang cina pun nak jaga kesihatan dia jugak..
anak yang first, mak tak galakkan sangat berpantang...suruh cuba semua...
Post a Comment