Assalamualaikum....
Sejak Fawwaz dah cerdik sikit ni, pantang salah cakap sikit je dah merajuk,
Tak pun kena marah sikit je dah muncung pastu siap peluk tubuh,
Dok jauh-jauh, takmo kawanlah kononnya,
Bila dah merajuk nak pujuk bukan main susah, kalau kita buat tak tau je, nanti dia pandailah buat macam-macam nak suh kita bagi perhatian kat dia,
Lain sangat ngan Firas, Firas kalau merajuk, sat je nak elok,
Si adik ni, kene pujuk sayang-sayang, baru boleh nak elok,
Alahai.... blaja ngan sape tahlah merajuk camtu,
Bila dah ok tu, mintak buatkan susu suara cam nak carik gaduh je,
Amboi takut ibuuu.....
Sekian, Wassalam....
14 comments:
napa eerrkkk...anak kedua peel dia pun sama cetu???hihuhi
hahaha.. sabar je la kamu ni. bila majuk, mintak susu mcm nak cari gaduh.
Adik nak bermanja le tu :)
comeynya dia merajuk..hehe :)
sama ngan anak saya...suka merajuk..kena pujuk baik-baikkan..baru dia ok...
hehehe mcm2 ragam anak2 yer
saja la nak kan perhatian ibu yea.mcm mana la nanti bila dah ada adik ni..hehe
wahh... majuk majuk pun garang. hahhaa ikut sapa la yer?
amboii, merajuk noh..saja la tu nak uji kesabaran ibu ye..
hehe..boy pun merajuk gak yer..olololo... manjew lewtew
tak mo la majuk2 meh uncle bg gula gula.
tergelak dengar. comel betul bila merajuk eh
siap peluk tubuh camtu yer.. agaknya nak bermanja la tu.. nanti nak dpt adik plak
anak saya yg no 3 pun kuat majuk. sensitip lagi.
Post a Comment