Assalamualaikum....
Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram, dan dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit, dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus, sebab lemak bayinya belum datang lagi. Walaupun beratnya semakin meningkat setiap hari, kulitnya masih kelihatan berkedut-kedut dan dia masih perlu menambahkan berat badannya. Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap. Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik.
Pada peringkat yang seawal inipun, tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi. Tak lama nanti, bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu, gigi pertama akan muncul.
http://www.babycenter.com.my/a1044279/perkembangan-fetus---hamil-22-minggu#ixzz2NQYradQD
Seronok bila dapat rase sendiri pergerakan baby dalam kandungan. Satu pengalaman yang amat-amat tak ternilai. Rase cam dia dok bermain-main kat dalam perut ni. Anak ibu aktif ye...Semoga anak ibu sentiasa sihat ye!.
12 comments:
moga dipermudahkan terus ye yati!
alhamdullilah
aik.... baru ku tahu
mmg seronok bila rasa baby gerak kan..!!
moga baby sihat.. mesti xsabar kan.. :-)
alisha pun sama.. cuma bezanya alisha time saya duk ats kerusi.. hahah... dia buat gaya macam duk dalam buat...
BEST TAU ADA BABY DALAM PERUT. NIKMAT YANG TAK TERGAMBAR BAGI MEREKA YANG MENGANDUNG.
KEGEMBIRAAN YANG SUKAR DI UCAP DENGAN KATA KATA.SATU JALINAN HUBUNGAN YANG SANGAT ISTIMEWA. HANYA SI IBU ITU SAJA YANG TAHU.
dah aktif yea.moga sihat untuk anak dan jugak ibu :)
Amin amin.. :D:D
lhamdulillah.. semoga baby membesar dengan sihat dalam tu ye :)
Mesti tak sabar nak keluar jumpa Ibu :D
Seronok dgr berita orang nak dapat bb ni. Take care ye
Bestnya..tumpang kongsi kegembiraan
wah! rindu saat itu..
Post a Comment