Assalamualaikum....
Sori, hari ni lambat publish sebab aku terlupa wat autopublish semalam. Haha... punya konfiden entry arini dah publish. Tengok-tengok pas lunch, semalam punya cerita daaa!
Last Friday "Hari Kemerdekaan ke 55", so skola Tadika firas meraikan hari kemerdekaan tu. Pagi-pagi dah kene pi skola. Ibu bapa pun digalakkan tuk meraikan Hari Kemerdekaan tu. Budak-budak biasala eksaited, seronok sebab dapat kibarkan jalur gemilang, pakai baju cantik-cantik...macam nak pi beraya je...
Last Friday "Hari Kemerdekaan ke 55", so skola Tadika firas meraikan hari kemerdekaan tu. Pagi-pagi dah kene pi skola. Ibu bapa pun digalakkan tuk meraikan Hari Kemerdekaan tu. Budak-budak biasala eksaited, seronok sebab dapat kibarkan jalur gemilang, pakai baju cantik-cantik...macam nak pi beraya je...
Sebelum acara bermula, cikgu Rehan suh masuk kelas dulu sebab ramai lagi budak-budak yang tak mai. Biasalah mak bapak pun cuti aritu, lambat sket lah.
Berkumpul ramai-ramai kat depan skola tadika ni, sebab acara nak mula dah.
Ini budak tak reti diam!, sibuk jugak nak menyambut hari merdeka. Keje dia asik nak mintak dokong je...penat aku!
Bila semua dah ada, acara pun dimulakan dengan bacaan doa, pastu nyanyi Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah (hahaha...yang ni mang sumpah aku tak reti) dan lagu 31 Ogos!.
Berjalan keliling kampung sambil kibarkan jalur gemilang, cikgu Firas sangat-sangatlah bersemangat siap nyanyi lagu 31 Ogos lagi.
Dah abis acara berarak, ada program lain pulak!. Pertandingan mewarna anak dan ibu bapa (yang ni aku suke sangat!).
Ayah pun lepaskan gian nak mewarna gak!, taklah ayah touchup balik lukisan tu kot ada yang kurang.
Budak ni dok menggediks nak baca buku, pantang ada buku semua dia kaut. Bacanya idak pun. Suke buat sepah-sepah. Pastu bila tak kasi amik, mulalah dok melalak macam pe tah. Terpakselah bagi jugak.
Ok, siap dah mewarna, cantik tak kami buat?. Mestilah cantik!. Apapun kami semua dapat hadiah, hihi tu yang besh. Baik betul cikgu Rehan ni, walaupun hanya note book tapi ada gak penghargaan kepada semua yang datang memeriahkan Hari Kemerdekaan ni.
Yang ni pun nak amik gamba jugak!
Majlis penutup adalah menyanyikan Lagu 31 Ogos!, dan pastu acara makan-makan. Bihun sup dia sedappp!, tak sempat pun nak snap gamba pun, sebab takde tangan nak pegang kamera ngan dak-dak ni lagi hihihi... oklah tu je! Babai!.
11 comments:
AKAK KENE BELAJA JUGAK...NYANYI LAGU KEDAH...HEHE
http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/ketupat-daun-buluh-penah-makan-ke.html
QasehnyaRania: hihi...ntahlah, aritu masa pi BTN kat langkawi, kene gak nyanyi lagu kedah...hampeh ku tak tau...lalalalalaaa je...takpe nanti akak blaja ye...
5thn fahz duk keja kat kedah,sekali pun fahz tak pernah dengaq lagu negeri kedah.hehehhe
sambutan kat sek.siap mak ayah pun boleh pegi ni.bagus
meriahnya....elok semaikan semangat kenegaraan sejak dr ecil..semoga tersemai teguh di ingatan mereka dan tak akan terjadilah seperti yg terjadi sekarang...sedih tgk ada individu yg sanggup nak jual negara sendiri...sadis..
Happy tengok anak2 merdeka ;)
Heheee, takpe nanti suruh anak akak nyanyi lagu kedah.. Myra dah 28 tahun dok Penang ni nyanyi lagu penang pandai la :)
wahh beznya kalau ada anak macam ni lah kan..hihi..
meriahnya... terimbau zmn sek tadika dulu... hihi
Budak yg asyik nak minta dukong dan menggediks sama dgn abang meh sini bagi kat auntie boleh tak firas? Adik bagi kat auntie?. Terus auntie tak pulang balik pada mama...
merdeka3!
wah... semangat tengok gambar budak2 ni kak... :D
Post a Comment