Assalamualaikum...
Memberi
seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai
anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk
mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar
di dalam hati anda.
Mimpilah
apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan
jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan
satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Semoga
anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik,
percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk
memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan
anda bahagia.
Kebahagiaan
terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah
mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai
kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
5 comments:
Kata2 peransang menjadikan lebih bersemangat :)
banyak mencuba, banyak pengalaman, makin bermakna kehidupan..:)
Termenung seketika kakak merenung mutiara kata yati nie...
suka mutiara kata nie..
mintak copy
Post a Comment